Sabtu, 6 Jun 2009

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Orang Melayu zaman dulu-dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu.

Mungkin pantang larang dan petua ini tidak semestinya benar dan mungkin juga tidak bertepatan dalam agama kita.Namun pengalaman dan petua ini boleh dianggap nasihat berguna untuk anak-anak kita.Adakah pantang larang ini masih sesuai pada masa sekarang? Tepuk dada tanya hati...

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Wallhualam....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Setiap yang membosankan datang dari diri anda sendiri...kalau nawaitu sendiri pun dah rasa bosan,macamana nak rasa erti bersyukur setiap pemberian.Manusia menasihatkan,memberi pengalaman dan peringatan untuk dikongsi bersama,.Sampaikanlah walaupun satu perkara kepada org lain,jika ia mampu memberi ilmu kepada diri dan juga setiap insan,,,Kalau rasa membosankan,muhasabah diri untuk melihat suara dan kata org lain,jangan nak pentingkan diri sendiri...Sekian Terima kasih

PERSONA PERANGAI

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera... Satu ketika nanti, pasti dunia ini akan dihancurkan, Setelah fasa-fasa kehidupan seorang i...