Rabu, 24 Jun 2009

Andaikata perlunya hari ini buat esok...

Dalam dunia ini,tiada siapa yang mampu membaca fikiran sesorang totally...

Kenapa?

Sebab setiap insan ada hati dan perasaan yang tersendiri..Walaubagaimanapun hebatnya seseorang tu dalam berkata,perlu lah kita fikir panjang bahawa ada Yang Maha Hebat!

Kalau diibaratkan sesuatu perkara ada sempadannya,terbatas,begitulah juga perasaan manusia yang terbatas dek akal untuk bertindak..Alangkah indah jikalau konsep kehidupan,simple life ada dalam setiap insan yang perlu berusaha dan terus berdoa agar tidak ada sesuatu pun yang sia-sia dilakukan.

Namun,

Mudah kata dari kitab hidup...Susah sebenarnya untuk bersyukur...Maksudnya kita ni mudah lupa kalau senang sikit,bt kalau susah terus tak nak berusaha.Life is nothing impossible right now..

Contohnya la,kalau susah nak handle sesuatu kerja,ada manusia tetap teruskan walaupun terpaksa merangkak.Tapi ada juga terus lari dari buat kerja tu.Tengok,contoh ni pun kita dah nampak dua manusia yang berbeza kan?

Apa yang penting 'mindset' atau dalam agama kita,niat dan aqli kita lah..Good will...Kita buat baik,dapatlah hasil yang baik...Cash!
Memang susah dalam menzahirkan wawasan kalau tiada erti istiqamah!

Ahli fikir sekalian,

Cubalah sesakli kita renung diri dalam cermin...tengok lah seorang pemimpin,wira-wati yang mampu menjadi insan hebat! Tidak kira lah kepimpinan untuk diri sendiri sekalipun,yang penting kita kena faham,bahawa hidup ini singkat la sangat...

Cuba cari dan lakukan sesuatu yang indah yang cukup bermakna dalam hidup masing-masing,seolah-olahnya kita beribadah seperti kita tiada hari esok,dan bila bekerja seolah-olahnya kita ada seribu tahun lagi!

Hidup hanya sekali,buatlah yang terbaik untuk diri anda,dan buat yang tersayang....

Andaikata kita menulis hari ini,belum tentu esok kita dapat menulis lagi...
Andaikata kita menyanyi hari ini,belum tentu esok kita boleh menyanyi lagi...
Kita melihat hari ini bukan untuk selamanya,
Kita melihat semalam bukan untuk kekal selamanya...

Tiada ulasan:

PERSONA PERANGAI

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera... Satu ketika nanti, pasti dunia ini akan dihancurkan, Setelah fasa-fasa kehidupan seorang i...