Sabtu, 17 Januari 2009

WALAUPUN SATU SEN...

Satu sen yang kita belanjakan untuk produk israel,
Mampu membantu mereka menyerang muslimin muslimah kita...
Adakah kita mahu terus menyokong?
Cubalah kita membuat tindakan bijak dalam berbelanja ke jalan yang membawa kemusnahan ini..
Hanya dengan ini kita mampu berdikari,
Tanpa cengkaman sang kafir...
InsyALLAH kita mampu!

MALAYSIA BOLEH! ISLAM BOLEH!

1 ulasan:

anwar999 berkata...

assalamualaikum rizal, aku dah masuk blog ko, aku tulis kat sini jela eh.....amacam?



pengembara fakir
-----------------

tinggal beberapa hari lagi aku melangkah pergi,
meninggalkan UiTM bukit mertajam ini,
seribu satu kenangan buatku,
sebagai pengembara ilmu,
dari jauh aku datang,
dari bumi shah alam ke jengka,
dari jengka ke pulau pinang,
aku mengembara sebagai orang yang terasing,
mengemis ilmu dari orang lain,
sebagai pengisi ilmu didada,
untuk aku mengenal formula dan professional physic theory,
kaji bumi dan reinforced concrete,
bisnes dan theory of speculation trading, forex dan emas,
hati dan budi insan,
yang mengajar aku erti kepakaran,
seorang jurutera dan korporat,

aku pergi tanpa membawa apa,
hanya jati diri yang membara dijiwa,
tiada teman sebagai peneman ,
tiada kekasih untuk buat berbicara,
tiada saudara disisi,
hanya aku dan aku seorang,
meratapi perjalanan ini,
hanya aku sahaja yang mengerti,
sengsara demi ilmu dan pengalaman,
aku masih sanggup berdiri,
dengan wang yang tidak mencukupi,
dengan harta yang sekadar ada,
dengan kaki yang masih mampu berjalan,
lagak dan pantas bagaikan raja kayangan,
kepadamu ilahi,
ku panjatkan doa,
sebagai hambanya,


pesan ayah kepadaku
ditanganmu segala keputusan,
habiskankan apa yang kau mulakan,
kerna perjalan masih jauh,
dan insya allah,
disana ada kedamain yang kau impikan,
kekayaan yang tiada batasan,
tapi jangan kau lupa satu perkara,
batasi dirimu dengan syariat,
ikuti jalan dihadapanmu dengan tariqat,
lihatlah melalui makrifat,
dan pegang yang haq menerusi haqiqat,
hanya dengan itu kau tidakkan jauh dan tersasar,
dunia hanya sementara,
kejar selagi belum putus,
jangan mudah mengaku kalah,
ini hanya sekadar ujian,
untuk orang orang yang terpilih,

tika ini aku masih lagi menulis,
diwaktu sang roommate sedang tidur,
besok hari mereka yang paling best sekali,
dapat jumpa mak ayah abang adik,
aku pula masih disini,
sedang menulis,
kerana ilhamku pagi,

tiba tiba bahuku disapuk,
aku melihat dia dengan mata jengil,
siapakah dia?


bersambung disiri akan datang....

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...