Sabtu, 10 Februari 2024

FANTASI ITU REALITI

"Ada tidak menambah, Tiada tidak mengurang"

Tapi,

"Work to be seen, Work not to be seen"

Terpenting,

"KeranaMu Allah"

Kerana,

"Dunia ini tempat ujian, Akhirat itu tempat tujuan"

Wallahualam 

Ahad, 14 Januari 2024

Pancaroba...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun berganti tahun,
Skrip dan lakonan baharu,
Sekadar menghiasi duniawi pegun,
Tetap dilayari bahtera bertuju.

Mudahnya kehidupan tanpa cabaran,
Bagaimana pula pencapaian tanpa ujian?,
Sukar ditafsir ketentuan Tuhan,
Usaha terus berdoa pada Tuhan.

Usailah yang dihadapan dengan tenang....
Optimis, Positive, Confidence, Considering

Wallahualam

Isnin, 28 Ogos 2023

5. PENCIPTAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejatera...

Hidup ini satu ujian,
Hidup ini satu perjalanan,
Hidup ini sejarah manusia,
Hidup ini satu persinggahan.

Terus berusaha selagi bernyawa,
Terus positif selagi demi kebajikan,
Terus berani selagi demi kenyataan,
Terus berharap selagi mohon Illahi.

Nothings in the best,
During the best,
Nothings to let,
Do the best.

Insya-allah ok 

Khamis, 15 Jun 2023

MAKANAN TEMURUN-SAMBAL JAWA

Sambal Jawa:
*Bahan-bahan*:
1. 1 kilo daging,
2. 400 g cili hidup (dihiris),
3. 5 sudu makan cili kering yg telah dimesin,
4. 6 biji bawang besar (dihiris),
5. 1 ulas bawah putih (dihiris),
6. 1 ketul halia (dihiris),
7. 1 ketul lengkuas muda (dihiris),
8. 1 ketul gula melaka (diketuk hancur),
9. Sedikit belacan (diramas),
10. Sedikit asam jawa (bersama air garam)
11. Serbuk perasa,
12. Tempe (dipotong kecil,siap goreng),
13. 1/2 kg santan,

*Cara memasak*:
1. Panaskan minyak,
2. Masukan cili hidup,
3. Masukan cili mesin,
4. Tumis hingga garing,
5. Masukan bawang puteh,
6. Masukan bawang merah, halia dan lengkuas,
7. Kacau sehingga sebati sehingga mesra,
8. Masukkan daging dan kacau,
9. Masukan sedikit air dan kacau,
10. Bila daging separuh empuk, masukan air asam jawa yang telah bercampur belacan dan kacau,
11. Masukan garam, serbuk perasa dan gula melaka,
12. Setelah daging empuk, masukan santan, kacau sehingga sebati dan akhir masukkan tempeh yang telah digoreng.

Sekian, terima kasih..selamat maju jaya👍

Jumaat, 31 Mac 2023

4. SATU RASA JIWA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selagi namanya kehidupan...
Gembira,
Sedih,
Marah,
Teruja,
Lesu,
Dan detik rasa di hati...

Itu la norma kehidupan kepada mereka yang waras...

Salam Ramadhan 31.3.2023


"Mereka yang berjaya dalam kehidupan, sentiasa BERANI ambil RISIKO dan BIJAK mentadbir setiap kemungkinan"

Rabu, 4 Januari 2023

3. CABARAN LALUAN KEJAYAAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Usah difikirkan sehingga melalaikan matlamat,
Usah diragu pencapaian akal,
Usah diikut nafsu dan kehendak,
Usah gusar bersama busar,

Kerana semuanya dicipta Maha Esa,
Kerana itulah diberi gelaran Manusia.

Waslam 

2. BERBUDI JIWA, BERPANTUN KATA...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Selagi hela nafas tiada yang akan kekal abadi...
Selagi berada buatlah semampunya...
Selagi berbudi sentiasalah berbahasa...
Selagi boleh berkata mudahlah berpantun...



Ahad, 1 Januari 2023

Bil.1 Wajah-wajah Tahun Baharu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Komunikasi dan silaturahim adalah nikmat kebahagiaan,

"Seandainya kehidupan ini berwajah, hiasi la wajah dengan keikhlasan"

Niatkan setiap gerak-geri kehidupan dan hela nafas sebagai ibadah kerana Allah Swt 

Amin.

Jumaat, 30 Disember 2022

KENANGAN SEMALAM...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini mungkin cemerlang buat kau dan aku,
Hari ini mungkin kurang bernasin baik buat kau dan aku,

Atau mungkin, 

Hari ini diuji dengan pelbagai masalah rumit,
Hari ini mungkin diuji dengan kemewahan yang banyak,

Senang kata,

Hari ini mungkin kita bersyukur dengan semua pemberian Allah Swt,
Hari ini mungkin semua hajat telah tercapai,

Maka itu,

Hari ini bersyukurlah tiap saat kepada Allah Swt,
Hari ini terus berusaha mencari yang terbaik dan mencuba yang bersungguh apa dihajati.

Kerana selagi benyawa, kita masih sentiasa ada peluang dan ruang dengan izin Illahi..

Moga esok hari kita mampu sentiasa berjaya di dunia dan mencari damai di syurgawi.

Titipkan usaha dunia kerana Allah Swt.

Selamat Tahun 2024

Selasa, 30 Ogos 2022

DI AMBANG SEMANGAT MERDEKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hong Ghi (1880-1942) pernah berkata,

"Memiliki kemampuan untuk melakukan perbuatan jahat tetapi tidak melakukan, itulah kebajikan. Memiliki kemampuan untuk melakukan perbuatan baik tetapi tidak melakukan, itulah keburukan."

Makanya...bertindak itu penting, niat itu kunci setiap perkara dan tindakan....

Wallahualam

Alfateha kepada semua pejuang kemerdekaan negara kita yang telah berjuang dan berkorban demi erti kemerdekaan buat generasi kini...

Aminnn....

Ahad, 26 Jun 2022

SI POYO ITU BENAR???

Apa itu poyo sebenarnya?

Definisi yang tidak mungkin satu dan memang banyak makna bagi setiap pendapat.

Sebenarnya bijak pandai ada menyatakan bahawa POYO itu adalah estem diri atau keberanian dalam sesuatu hal di mana yang secara tidak langsung menujukkan kekuatan / keistimewaan sesorang dalam memikirkan serta melakukan sesuatu.

Bahasa mudah POYO adalah kelebihan sesorang yang mungkin dipandang negatif atau positif merujuk definisi pandangan manusia itu kepada manusia yang dinilai.

Wallhualam

HALATUJU MENARA GADING???


Seringkali dalam kehidupan seharian ibu bapa akan memastikan anak-anak cepat belajar dan terus belajar mengikut peringkat umur sehinggalah tamat pelajaran ke tahap tertinggi yang ingin dicapai.

Seterusnya terus bekerja di atas segulung sijil pengesahan tahap pelajaran yang diperolehi. Ketika anak-anak sedang meningkat dewasa dan ketika inilah ibubapa akan mendorong mereka belajar agar menjadi seseorang yang berguna apabila dewasa kelak. Di sini bermulalah episod menetapkan aliran pembelajaran anak-anak ke arah bidang kerjaya yang popular, Jika berjaya teruslah berjaya anak-anak itu, jika tidak maka berubahlah bidang pembelajaran mengikut minat dan cendorong anak itu.

Jangan dipaksa anak-anak itu demi sesuatu, tapi bagi la dorongan pada yang diminati...

Wallhualam

Jerebu Oh Jerebu...

Assalamualaikum....

Jaga kesihatan untuk kehidupan ini...

ANTARA JAM DAN KOMPAS DUA BERADIK???

Jam mewakili komitmen, janji temu, jadual, matlamat dan aktiviti yang kita buat dan bagaimana kita menguruskan masa

Kompas mewakili visi, nilai, prinsip, misi, suara hati dan tujuan apa yang kita rasa penting dan bagaimana kita menerajui kehidupan kita

Maka itu, gunalah jam dan kompas jika mudah sesat dalam perjalanan...

Jika sukar, hanya petik aplikasi terkini yang dihujung jari...


Wallhualam

KESYUKURAN KEHIDUPAN....

 Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera...

Kehidupan di dunia ini hanya seketika,

Tiada apa perasaan yang kekal di dunia,

Layari kehidupan ini dengan satu arah,

Hanya ibadah kerana Allah...


Tujuan tanpa arah mudah goyah,

Niatkan gerak melangkah gagah,

Bulatkan tekad dan berserah,

Kerana masa ini, masa esok telah dinoktah...


Just nice in your life...

Because Allah always with you...


Amiin...

Ahad, 19 Jun 2022

Kemahiran Pecahan dan Bahagi?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...


UTAMA YANG UTAMA...

LEBIH BAIK CUBA, DARI TIDAK MENCUBA...

FOKUS DAN FOKUS SETIAP MASA...


BERKESATUAN???

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.....


Dalam buku The 7 Habits of Highly Effective People, diperkenalkan satu proses tiga langkah mudah yang berprinsip bagi mencipta menang-menang:

1. Fikir menang-menang: Berdasarkan prinsip lihat/buat/dapat, manfaat bersama dan bekerjasama

2. Usaha untuk memahami dahulu, kemudian difahami: Berdasarkan prinsip hormat, rendah hati dan keaslian

3. Sinergi: Berdasarkan prinsip menghargai perbezaan dan mencari alternatif ketiga

"Ular menyusur akar, tak hilang bisa"

Ahad, 13 Mac 2022

Domino Effect?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semoga bersahabat baik bersama Covid-19 di dunia ini...

Seringkali kita dalam kehidupan ini hanya memikirkan sesuatu perkara hanya pada satu sudut sahaja,

Kenapa, kita tidak berfikir apa yang berlaku di dunia ini akan memberi kesan kepada kita secara langsung atau tidak tidak.

Pemikiran 360 darjah atau kolektif perlu ada kepada setiap insan sewajarnya, kerana Allah yang Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku, dan kita harus terus merancang sebaiknya.

Anggaplah setiap yang berlaku adalah seperti Domino Effect dan berfikirlah secara positif walaupun positif Covid-19 itu adalah pasti.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 20 Julai 2021

Kisah lalu...



Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah

Seperti panahan kilat di waktu musim panas
dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih

Ah……Beginilah hatiku membakar

dan kini menjadi warna debu revival.

Ah….. hanya terbayang kisah dahulu

Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai

Saat terakhir hanya bergelinangan air mata

Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu

Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati

Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival

Ah….hanya tebayang kisah dahulu

Esok mungkin berulang kembali….


A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...