Assalamualikum wbt...
Everyone who will success in life when they try moving step ahead than try reverse to failure action..
Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Assalamualikum wbt...
Everyone who will success in life when they try moving step ahead than try reverse to failure action..
Asslamualaikum dan salam sejahtera...
Melayari kehidupan musafir dunia,
Tidak semudah yang difikirkan,
Dan tidak sesusah seperti yang disangka,
Atas perkara tiap amal dan perbuatan...
Sesukar kehidupan dunia,
Semudah capaian mahsyar,
Semudah urusan dunia,
Sukar digambar di mahsyar...
Kejari dunia daptlah ia,
Kejari akhirat,
Dikejari dunia...
Dapatlah keduanya terikat...
Sekadar perhentian buat sepanjang tujuan maknawi...
Assalamualikum dan salam sejahtera....
Kehidupan ini adalah satu sistem yang dicipta oleh Maha Pencipta...
Terdapat pelbagai klausa kehidupan yang perlu dilalui...
Halangan dan cabaran itu pasti diselesai satu persatu...
Begitulah umpamanya Si Komputer...
Dicipta dengan dibekalkan aturcara untuj berfungsi...
Terdapat halangan keberatan jika tidak diselenggara dengan baik,..
Bahkan diserang virus jika tiada pedamping...
Maka itu,
Sebagai manusia berakal dan dicipta,
Jadilah pencipta berdasarkan ciptaan Illahi...
Wallhualam
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dalam kehidupan di dunia ini,
kita hanya sementara cuma...
Berhubung bekerja sesama manusia,
Bercinta sesama insan,
Dibelai dan membelai,
Hanya sementara selagi bernyawa..
Mahu atau tidak, semuanya telah tertulis..
Gerak lakon dan skrip telah sedia ada..
Jika beramanah dan mampu memilih sifat benda,
Jadilah seperti bunga...
Bunga dibelai, dijaga, dihiasi ditiap tempat,
Yang cantik, harum mewangi, mudah disanjung di sana sini...
Bila layu, dan tiada selalu dirindu..
Bila mati terkulai layu dijadikan hiasan..
Begitulah sifat dan nilai bunga...
Namun,
Jika dipilih menjadi duri...
Ada ditakuti, ada dibuang..
Malah terpijak menjadi luka,
Dilanggar menjadi nanah...
Boleh jadi, bukan manusia sahaja tidak mahu dekat,
Malah hidupan lain menghindari..
Dalam kerjaya menjadi duri dalam daging,
Kewujudannya memberi isyarat berwaspada,
Tersilap langkah menusuk bisa,
Tidak siapa yang rela,
Menjadi sahabat sang duri...
Maka itu,
Saya, kita, awak, kamu dan andalah bunga dan duri,
Pilihan ditangan selagi ada pilihan..
Assalamualaikum wbt...
1. Kejar apa yang hendak dibawa, jangan dikejar apa yang ingin ditinggalkan...
2. Angan-angan yang panjang, sedangkan maut menanti...
3. Kita selalu melupakan maut, tapi maut tidak akan melupakan kita...
4. Kalau kita ingatkan kematian, sudah pasti kita akan banyak menangis berbanding ketawa...
Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir...Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir..
Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri.. bukan dari luar..
Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru...bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar...
Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi:
Hikmah di setiap cubaan... jawapan di setiap doa..
Jangan pernah menyerah.. Life is so beautiful..
Jika hidup itu perjalanan.. maka nikmatilah..
Jika hidup adalah tentangan.. maka hadapilah..
Jika hidup adalah anugerah.. maka terimalah..
Jika hidup adalah tugas.. maka selesaikanlah..
Jika hidup adalah cita-cita.. maka capailah..
Jika hidup adalah peluang.. maka ambillah..
Satu hal yang membuat kita bahagia adalah:
Cinta Allah.
Satu hal yang membuat kita hancur adalah:
Putus Asa.
Satu hal yang membuat kita maju adalah:
Ikhtiar.
Satu hal yang membuat kita kuat adalah:
Doa.
Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kita hari ini dan hari seterusnya.Amin Ya Allah❤
Assalamualikum dan salam sejahtera...
Bila bergerak ke hadapan ada musuh,
Bila berundur ke belakang juga ada musuh..
Apabila ke hadapan berisiko,
Apabila mengundur juga berisiko...
Itulah persimpangan dalam membuat keputusan...
Yang terbaik adalah terus maju ke hadapan,
Sekurangnya jika gagal kita telah berani majun ke hadapan,
Tapi jika berjaya merempuh halangan, itulah kejayaan...
Namun, jika mengundur, kita tidak mencuba untuk berjaya, dan juga kita gagal dipersimpangan pilihan...
Kejayaan itu harus menuju ke hadapan...
Asslamualaikum....
Jam tangan antik,
Jam yang ada zaman dulu,
Jam yang berfungsi hingga kini..
Jam tangan antik,
Jam yang tiap saatnya berdetik,
Jam yang setia ditangan si pemakai..
Jam tangan antik,
Jam lama yang semakin bernilai,
Jam yang sentiasa berharga berzaman...
Begitulah istimewanya jam tangan antik,
Sentiasa berdetik dalam apa jua keadaan,
Sentiasa menjadi rujukan masa...
Jadilah seperti jam tangan antik,
Tidak hirau caci, maki, hinaan,
Sentiasa bertawakal dalam kehidupan...
Walauapapun yang terjadi,
Detik masa tetap bergerak,
Sehingga ke saat akhir kehidupan...
Jam tangan antik,
Menempuh kehidupan saat gembira,
Merempuh saat sukar,
Hingga titisan saat terakhir ajalnya...
Walhualam
Assalamualikum wbt...
Mana kan boleh, minyak dan air bersatu...
Walaupun sebekas bersama, namun tidak bersatu...
Wallahualam
Asslamualikum..
"Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat"
(QS al-Faathir [35]: 27)
Kadangkala kita perlu lihat ke belakang,
Untuk menilai sejarah,
Kita terlupa yang dibelakang itu adalah pengalaman,
Yang dihadapan itu harapan,
Kehidupan itu berwarna warni bagai sang pelangi..
Assalamualaikum wbt....
Ourlife is so beautiful,
How we handle?
How we control?
How we manage?
Everything done as planning...
In management of life or organization, dont be a joker cycling the bicycle.,
But,
Try to cycling like a human being with ilham by Allah...
Conclusion is, dont manage like a pop pop, but try manage like a thunder bomb. Your result is more impact and good...
Wallhualam
Assalamualikum...
Kegembiraan beraya adalah kemestian buat semua insan dari yang tua hingga yang muda...
Ke darat ke baruh, pasti berjumpa sanak saudara...
Ketawa girang bertemu syahdu atas ukhwah kerinduan...
Tapi,
Pastikan aurat dan batasan menjadi keutamaan...
#Utamakan Keselamatan Diri dan Premis
#Utamakan Keselamatan Di Jalan Raya
#Utamakan Keselamatan Kebakaran
#Utamakan Dosa dan Pahala Dijaga
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Sesetengah manusia itu mudah mengatakan stress...
Hakikatnya stress itu datang apabila ada sesuatu yang sedang difikirkan dan dilakukan...
Tapi, bagaimana untuk mengendalikan stress tersebut?
Itu yang menjadi kelemahan dalam pengurusan kehidupan...
Jika stress itu mampu dikawal dengan baik, sebenarnya ia mampu menjadi hikmah dalam penyelesaian masalah...
Namun ini adalah sukar buat mereka yang tidak memahami konsep stress...Dan juga bukan mampu diajar kepada mereka..Kerana perlu pengalaman dan analisa peribadi, barulah stress itu akan menjadi booster dalam kejayaan kehidupan...
Walahualam
Mengapa manusia ego?
Mengapa manusia tidak bersyukur?
Mengapa manusia tidak menempatkan haknya?
Mengapa manusia tidak menghormati pada yang hak dihormati?
Mungkin kerana mereka berfikir hidup buat selamanya...
Allahuakbar....
Semoga aidilfitri ini menjadi satu detik kematangan dalam kehidupan yang diberi peluang oleh Allah...
Setelah sebulan menempuh bulan cabaran,
Maka tiba bulan kemenangan dalam menghalang hawa nafsu...
Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua...
Maaf Zahir Batin...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tahun berganti demi tahun...
Akhirnya ditakdirkan kita masih dapat bersama Ramadhan kali ini...
Bulan di mana penuh barakah ibadahnya...
Bersamalah kita menyambut dan mengimarahkan bulan ini bersama...
Insyallah...
Nilai seorang Bomba....
Tugasnya bermula sejak langkah ke pusat latihan...Perubahan diri dari seorang awam menjadi seorang penyelamat...
Berlatarbelakang yang pelbagai. Menjadi satu platun yang seerat serasa sehati sejiwa... Latihan demi latihan, menjadi bekalan harian...
Semangat setiakawan menjadi kekuatan sesama rakan...Bidang terdahulu telah ditransformasi menjadi seorang penyelamat yang professional...Ditempatkan bertaburan ke setiap negeri sebagai adi wira yang baru...Dididik menjadi perwira dalam pelbagai unit kebombaan...Bermulalah langkah dalam belajar mencari ilmu dan pengalaman...Penglibatan dalam perlbagai bidang, program,sukan....Perwira Bomba terus mara bergerak dan didorong keluarga tercinta...Kerja tidak tentu masa, kerenah dan birokrasi dihadapi dengan tabah...Mental dan fizikal 24 jam sentiasa diasah...Tanpa doa dan keyakinan tawakal pada Allah, sudah pasti perwira api mampu bertahan...Niat azali membantu manusia tetap menjadi keutamaan dalam memikul tanggungjawab yang diberi...Hidup dan kerja bersama stress tidak asing bagi perwira api...Namun barakah titik peluh kudrat yang diberi hanyalah datang dari izin Allah...Ketabahan semangat perwira api, hanya perlu difahami oleh keluarga tercinta...
Pihak berkepentingan ke atas perwira api perlu sentiasa mendengar keluh resah pewira api...Kerana apa? Kerana setiap tugasan dilaksanakan demi kesejahteraan bersama,.. Kerana ikhlas dan jujur dalam keselamatan kebakaran...Kebajikan perwira api tidak mampu dinilai dengan hanya berpandukan kertas semata-mata...Dekatilah perwira api yang sentiasa mudah didekati walaupun sinonim dengan api...Sikap air dalam perwira api adalah sandaran timbal balik untuk diselami isi hatinya...Tiada apa yang diminta hanya sekadar untuk difahami isi hati perwira api....Pengorbanan yang dilalui dalam memastikan keselamatan kebakaran masyarakat umum adalah berpaksikan kenyataan dan realiti...Tomahan yang diterima semasa melaksanakan tugas, hanya ditelan seorangan...Sabar bila dihina, dicaci, kerana karma hidup ada balasannya...Wahai perwira perjuang....Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....Wahai keluarga tercinta, hanya kalian pembakar semangat pejuang....Wahai masyarakat, hanya kamu adalah amanah....Setiap perwira api disetiap cabang, adalah himpunan kepakaran dalam organisasi...Kepakaran individu dikumpul menjadi permata...Organisasi adalah ibarat sepohon pokok yang teguh berdiri dirantai akar umbi yang teguh mencengkam tanah...Daunan diranting menjadi peneduh....Dahan tua dan ranting muda menjadi topang....Teras yang utuh dan segar sudah pasti menghasilkan buah yang baik...Lantas bersambung sehingga disemai benih-benih baik di kebunan mewangi...Di situlah kekuatan organisasi perwira api...Ikhlas ilham bagi Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017~Nukilan 5 Mei 2017
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...