Ahad, 19 November 2017

Bunga atau Duri????

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam kehidupan di dunia ini,
kita hanya sementara cuma...

Berhubung bekerja sesama manusia,
Bercinta sesama insan,
Dibelai dan membelai,
Hanya sementara selagi bernyawa..

Mahu atau tidak,  semuanya telah tertulis..
Gerak lakon dan skrip telah sedia ada..

Jika beramanah dan mampu memilih sifat benda,
Jadilah seperti bunga...

Bunga dibelai,  dijaga,  dihiasi ditiap tempat,
Yang cantik, harum mewangi, mudah disanjung di sana sini...

Bila layu,  dan tiada selalu dirindu..
Bila mati terkulai layu dijadikan hiasan..
Begitulah sifat dan nilai bunga...

Namun,

Jika dipilih menjadi duri...
Ada ditakuti,  ada dibuang..
Malah terpijak menjadi luka,
Dilanggar menjadi nanah...

Boleh jadi,  bukan manusia sahaja tidak mahu dekat,
Malah hidupan lain menghindari..
Dalam kerjaya menjadi duri dalam daging,

Kewujudannya memberi isyarat berwaspada,
Tersilap langkah menusuk bisa,
Tidak siapa yang rela,
Menjadi sahabat sang duri...

Maka itu,

Saya, kita,  awak,  kamu dan andalah bunga dan duri,
Pilihan ditangan selagi ada pilihan..

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...