Ahad, 17 Februari 2013

Nafas sejenak....

Apakah yang kita kejar dalam kehidupan?
Impian atau kepuasan?
Adakah ia akan tercapai?
Adakah jalannya berliku?
Bagaimana anda mengatasi?
Adakah anda bersedia untuk gagal?
Siapakah yang ada disisi?
Apakah pegangan yang disanjung?

Pelbagai soalan dalam kotak pemikiran untuk menghadapi kehidupan...

Namun semuanya adalah syarat untuk lebih berjaya,
Kelengkapan untuk menjadi 'khalifah super'...
Kepuasan mengejar impian perlukan sejenak nafas untuk bermotivasi dan bermusahabah diri...

Wallahualam

Mulakan hari dengan Bismillah dan senyuman...

Assalamualaikum wbt...

Sejak hari berganti hari,
Sejak kaki melangkah maju,
Semakin tinggi cabaran dihadapi,
Semakin pastas masa berlalu....

Dalam apa jua keadaan kini,
Yang pasti pentas dunia ini adalah persinggahan,
Untuk hadapi satu tugasan barzakh,
Yakin dan tawakal adalah bekalan untuk lalu di dunia.

Ubat dan kekuatan dalam cabaran?
Jawapannya doa dan senyuman seharian,
Adalah segalanya.
Redah saja apa dihadapan,
Berfikir positif dan matang membuat keputusan,
Berserahlah pada Illahi...

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...