Selasa, 25 September 2012

Cerita dia tentang dia....

Assalamualaikum wbt...

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi berkata-kata...
Masuk asap keluar asap, habis sekampung jadi kecoh..
Apa yang dikata jauh dari didengar...
Pedihnya sakit penambah perisa...

Habis seantero ruang diguna...
Tempayan bermulut senang ditutup...
Guruh dilangit disangka hujan...
Tapi panas sampai ke petang...

Ke sana ke mari agenda dibawa...
Manifesto hilang tercicir di mana...
Kecaman sesama sendiri...
Yang kaya terus kaya,miskin terus miskin...

Peritnya rasa di akhir zaman...
Jikaiau longlai, terus keciciran...
Kalau pedih itu ubatnya...
Mungkin jiwa syaitan hilang sepenuhnya...

Ibarat api itu tanda...
Tanda yang panas membakar diri...
Cerita dia tentang dia...
Cerita penghujung dunia seadanya...

Khamis, 20 September 2012

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Ujian

Adakah ini semua ujian atau yang sebenarnya?

Rabu, 19 September 2012

Kunci Kejayaan

Assalamualaikum....

Sesetengah daripada kita sedang mengejar cita-cita dalam kehidupan...

Adakah apa yang kita kejar itu ada perancangan?

Ada matlamat dan strategi?

Jikalau dalam organisasi pasti gaya kepimpinan menjadi sandaran...

Sedangkan individu yang ingin mencapai cita-cita perlu ada usaha berterusan, doa dan bertawakal...

Kesimpulannya kunci kejayaan ada ditangan kita, samada ingin digunakan atau dibiarkan sahaja...

Wallahualam


Manusia oh manusia....

Assalamualaikum....

Dunia kini akhir zaman...
Penuh dengan onak duri dan jalan berliku...
Adakah kita bersedia?

Tepuk dada tanya hati...

Dunia Dunia Dunia

Dalam dunia ini tiada yang mustahil... Bagi mereka yang berusaha dan idealistik...

Rabu, 12 September 2012

Guna Akal...

Dalam dunia ini cuma hati kita sendiri yang boleh dikawal oleh kita sendiri Samada baik atau buruk hati kita yang menilai Sedangkan kita diberi akal yang memang Allah minta gunakan sebaiknya Guna akal

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...