Khamis, 23 Ogos 2012

Tomyam dan sotong tepung di hari raya...




Assalamualaikum...

Nampak sedap dipandang....

Nilainya bukan pada rasa....

Tapi pada masa dibuat...

Memandangkan musim raya dapur rumah masih bersih...

Sibuk beraya baruh ke darat...

Perut kosong diisi kuih raya....

Hidangan minuman gas berkarbonat menjadi minuman rasmi...

Duit raya penyeri kanak-kanak...

Mercun dan bunga api menghiasi langit malam..

Bayangkan suasana raya...

Tapi bila mencari makan malam,..

Kedai menjadi tumpuan...

Bagai kelkatu dan semut mencari makan...

Hanya kesabaran membatasi nafsu...

Kerna tiap insan ada hak sendiri...

Maka bersabarlah demi tomyam dan sotong tepung di hari raya...

Sekadar mengisi gurindam perut lapar dan mata yang sayup mengantuk...


Wasalam

Sabda Nabi SAW...

Bermaksud: Ada 4 di pandang sebagai "ibu", iaitu : 1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. 3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. Maka dalam bulan Syawal ini sentiasa la kita ingat-mengingati sesama insan...Pilihan hidup ditangan anda, pilihan anda ditangan Allah... Renungkanlah....

Salam Adidilfitri...

Assalamualaikum... Dilebaran ini, jari sepuluh disusun sebagai tanda mohon keampunan di dunia fana ini... Salah dan silap harap diampun bagi kesejahteraan bersama... Kempen keselamatan jalan raya dan kebakaran mengiringi lebaran syawal... Namun ujian tetap ada, walaupun usaha dilaksanakan... Pastikan kenderaan dan rumah yang ditinggal benar-benar selamat... Kerana ia usaha dalam tawakal... Semoga kita menyambut syawal dengan dengan redhaNya dan selamat berbahagia... Amin

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...