Khamis, 21 Jun 2012

Diari dari Kuala Kubu...

Sehening subuh adalah saat indah menusuk jiwa,
Keindahan bukit bakau diselubungi salju embun,
Dengan hentakan kawad seiringan ke padang rumput...
Di mana tempat untuk mengerah keringat...

Kiri kanan kiri kaki berderap...
Semangat juang diteruskan untuk 7 hari keramat...
Letih pagi dibawa ke ruang ilmu...
Liga ilmu dunia kehidupan sebagai pengkaji aturan dunia...
Memerah otak sehingga rehat dan solat di waktu zohor...

Episod besambung selepas santapan jiwa dan makanan...
Terus menggapai ilmu dipuncak langit...
Matahari mencanak sehingga ke petang...
Dilitupi awan di kaki bukit hingga ke asar...

Lari-lari kaki bersama...
Bertemu lagi dipadang yang terbentang luas...
Peluh pagi dibawa ke petang...
Akhirnya jatuh ke rumput membasahi tandus tanah...
Sampai ke petang membawa ke santapan juadah kenyang...
Akhirnya sampai ke magrib dihening senja...

Badan yang letih berehat seketika...
Menanti isyak yang bakal sampai masanya...
Buletin utama terpapar dikaca televisyen...
Menunjukkan gambaran dunia dan ehwal duniawi...
Perang dan politik sajian berita...
Jelas menggambarkan dunia semakin suntuk...

Kuala Kubu adalah saat yang ada,
Bagi aturan masa yang kacau sebelumnya...
Memberi nafas baru bagi pemantapan tindakan...
Moga diari Kuala Kubu menjadi ingatan bila pulang nanti.

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...