Kenapa POYO sangat???
Adakah kita jelas pengertian POYO sebenarnya?
Ada golongan daripada kita yang hanya petah bercakap begini tanpa jelas maksud konkrit.
Apabila begini setiap mulut dan pendapat yang berkata berbeza-beza mengikut pemahaman sendiri.
Jika positif pemahaman, positiflah hasilnya, jika negatif, negatif lah hasilnya.
Sebenarnya POYO ni adalah satu perkataan yang menunujukkan sesorang dalam melakukan sesuatu yang dipandang orang sekeliling sesuatu yang ketara perbuatannya.
Erti lain, jika seseorang menonjolkan sikap yang istimewa lebih daripada orang lain, maka timbulah idea umum mengatakan orang itu POYO.
Padahal spontanan atau memang orang POYO itu adalah bergantung pada niat mereka, jika baik positif tujuannya, jika sebaliknya ia akan menjadi sombong atau riak.
Paling penting sekali, umum tidak harus enteng melabelkan sesorang itu dengan gelaran tertentu tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.
Setiap daripada kita berhak melahirkan dan menzahirkan sesuatu perasaan yang membahagikan diri mereka tanpa ada yang mempunyai sikap dengki. Umum harus membimbing dan mendalami erti tindakan seseorang itu bagi memastikan setiap insan itu berjaya dalama apa yang diusahakan.
Rumusannya, POYO adalah estem diri sesorang yang mampu menjadi satu pemangkin dalam kehidupan tanpa mendengar suara tepi umum yang kurang selesa dengan kelebiha orang lain. Manakala, jika POYO itu tidak dikawal baik, ia mungkin menjadi satu petunjuk ke arah riak dan sikap sesorang individu dalam kehidupan. Fikir-fikirkan, setiap yang terjadi dan tersurat di muka bumi ini pastinya boleh menjadi tersirat kerana ilmu kita tidak sama dengan ilmu Maha Pencipta, Allah...
Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Jumaat, 4 Jun 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
PERSONA PERANGAI
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera... Satu ketika nanti, pasti dunia ini akan dihancurkan, Setelah fasa-fasa kehidupan seorang i...
-
"Bergerak merupakan perjuangan yang besar dalam memperoleh nasib baik." " Janganlah sekali-kali engkau bergantung pada takdi...
-
Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama... Namun tanggapan ini adalah kurang tepat... Kerana WATAK dan P...
-
Assalamualaikum wbt Dan salam sejahtera.. Pokok Buluh Cina ditanam selepas tanah disediakan, dan bagi empat tahun pertama, semua perkem...