Khamis, 4 Oktober 2012

Terima kasih....

Ungkapan kata yang mudah,
Ringkas dan tuntas,
Diguna tiap hari,
Tidak kira apa dibuat,
Melibatkan dua pihak,
Mudah sungguh terungkap...

Anak kecil diajar kerap kali,
Agar mudah luah tanda syukur,
Jangankan pula orang dewasa,
Ia bagai azimat keramat...

Namun,

Semakin material menjadi panduan,
Nilai duit memberi makna,
Kemajuan liberalisasi,
Tidak mampu dihalang,
Kerana usia tua dunia semakin meningkat,
Nilai hormat menjadi tipis,

Budaya terhakis mudah sekali,
Sekadar terima kasih,
Jawabnya sama-sama...
Nilainya tinggi buatnya mudah...

Terima kasih


Tiada ulasan:

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...