Ahad, 19 Julai 2015

Koleksi kehidupan....


Assalamualaikum...

Semoga semua dalam rahmat dan redha Allah...

Bukankah kesempatan seketika di dunia ini adalah untuk dimanfaatkan...

Kembali kepada fitrah, adalah ungkapan selepas berjaya di bulan ramadhan...

Namun, ada yang masih tidak berjaya bersyukur dengan kehidupan...

Berfikiran jumud dan berfikiran seperti hidup di dunia selamanya...

Sentiasala beringat, kita pasti hadir tanpa gagal apabila telah tiba masanya nanti...

Meninggalkan semua yang digenggam,

Meninggalkan semua kuasa dan darjat...

Meninggalkan semua prestasi kerja yang terbaik...

Meninggalkan ilmu, anak dan harta yang bermanfaat...

Bersyukur dan sentiasa redha..kunci kejayaan hidup sebenar...

Sabtu, 18 Julai 2015

Salam lebaran Aidilfitri..

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْــــــــــــــمِ.                    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه  وَبَرَكَاتُهُ

"تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ"
"Taqabballallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima kebaikan kami dan kebaikan kamu ) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan.

شلآمت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين

Syawal ini dibawa pelbagai kisah setahun raya sebelum ini...
Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi...
Pelbagai kejayaan dan rahmat diberi...
Diberi ujian dan dugaan...
Diberi jua jalan penyelesaian...
Tiada penuh kesalan...
Tapi diharungi bersama kekuatan...

Namun...

Adakah setahun selepas ini, mampu...
Adakah dugaan yang mendatang tepu...
Sediakah dalam kekuatan sediada...
Sepenuhnya jiwa diserahkan padaNya..

Hanya Dia yang mampu bersama...
Hanya Dia yang memberi kekuatan...
Hanya Dia yang memberi taufiq hidayah...
Hanya Dia yang tetap dalam segalanya...

Sesungguhnya, Di mana bumi dipijak...
Di situ langit dijunjung...
Di mana Allah dijejak...
Di situ nyawa dikandung...

Hidupku, matiku kerana Allah...

Sabtu, 11 Julai 2015

Saki Baki Ramadhan Ini...

Assalamualaikum salam ramadhan...

Dalam kehidupan ini, sentiasa ada perkara yang perlu dilakukan...setiap perkara itu bertujuan tidak lain selain untuk beribadah sebagai khalifah di dunia..keperluan kehidupan hendak atau tidak, perlu dicari dan diadakan agar tidak terganggu dengan nawaitu kerana Allah...mencari ilmu yang dituntut, mencari kertas bernilai,dan pelbagai lagi sebagai assabab kehidupan harmoni. Sebagai pemudahcara kehidupan.

Rezeki dan keluarga tidak dapat dipisahkan bersama tuntutan hak Allah...ibarat minyak dan air walau tidak bercampur namun tetap bersama di dalam bekas..itulah ujian dan dugaan insan. Sekiranya hadirnya ujian itu akan mendekatkan diri kepada Allah, maka itulah yang terbaik...namun jika dugaan yang hadir itu menjauhkan kita pada Allah, maka perlu ada penyelenggaraan kehidupan.

Semoga insan semakin tabah dan sentiasa cekal di dunia sementara..Semoga Allah sentiasa jauhkan sifat haiwan yang tidak mampu berfikir, dan dekatkan sifat khalifah berakal dalam menjalani kehidupan. Semoga saki baki Ramadhan ini mendapat semakin banyak taufiq dan hidayah dari Allah.

Amin

Isnin, 29 Jun 2015

Ramadhan oh ramadhan. ?

Sikap manusia, perlu ada perubahan bermula ramadhan....
Sekadar coretan di bulan ramadhan,  bulan indah lagi nikmat...syukur kita sempena ramadhan kali ini, kita diberi kesempatan dalam menghadapi saat manis dalam beribadah dalam bulan mulia ini...
Ramadhan memimpin kita agar menjadi lebih berdisiplin dalam mengawal hawa nafsu, di samping memastikan sistem tubuh badan sentiasa sihat...setiap ibadah dilipat gandakan ganjaran dari Allah..

Namun, masih ada manusia yang tidak mengerti bersyukur dan masih ditakuk lama cara berfikir dan tindakan...hubungan Allah, manusia dan alam perlu ada dalam kehidupan...menyusahkan hidup sendiri dan orang lain.

Pastikan kita semua sentiasa hebat berfikir, dan berayukur dengan peluang yang ada...Allahuakbar

Jumaat, 22 Mei 2015

Cabaran kehidupan???

Assalamualaikum...

Setiap perjalanan dalam kehidupan kita pasti ada destinasi untuk dituju. Bagaimana cabaran yang akan kita hadapi pasti di luar kotak pemikiran. Tetapi sekiranya ada payung disediakan sebelum hujan, pasti tidak basah. Bagaimana sesak jalanraya, pasti sampai dengan selamat perjalanan sekiranya sabar. Apapun, semua berbalik pada usaha kita dalam hadapi cabaran..tetap indah kalau doa dalam solat seiring, insyallah destinasi kehidupan tetap sampai.

Wallahualam

Khamis, 20 November 2014

Harga bagi sejam kehidupan buat anak...

Renungan utk anggota keselamatan...

ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
Ayah pun berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"

ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira...
ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"

ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.

Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat. Kita seharusnya ingt bahawa mereka sngt memerlukan kita.

Rabu, 19 November 2014

Hari Ini...

Hari ini adalah penentu hari esok...Untuk kita terus berpijak pada bumi yang nyata...
Muhasabahkanlah diri kita ini untuk menggapai segala impian yang dihajati...
Sudah menjadi lumrah alam, setiap insan yang bergelar MANUSIA...
Hidupnya tiada kesempurnaannya...

Dikurniakan kelebihan dan kekurangan, maka setiap insan yang bergelar manusia...
Haruslah pelajari untuk menerima kelebihan dan kekurangan diri sendiri...
Untuk kita buktikan agar suatu hari nanti kelemahan ini akan terbangkit dan kekurangan ini akan tersangkal...

Dalam erti kehidupan ini, janganlah kita takut untuk menilai setiap kekurangan dan kelebihan diri sendiri...
Dan...janganlah kita gusar seandainya ada pihak di luar sana cuba menilai tentang diri kita...
Dan jangan sesekali kita rasa tercabar bila adanya orang sekeliling cuba memberi teguran dan pandangan tentang diri kita...sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu titik permulaan untuk kita mengorak langkah dengan lebih jauh lagi...

Dalam meniti titian hidup ini, jangan kita terlalu yakin dalam berkata-kata, takut kelak...suatu hari nanti...kita tidak mampu untuk berkata-kata...

Bila kau sudah hampir menuju ke mercu, jangan kau toleh ke belakang lagi...
Jadikan apa yang terjadi pada hari ini sebagai satu rencana hidup untuk kau terus bangkit dan bangkit...
Jika setiap apa yang dilakukan jika disertakan dengan akal fikiran, iman, dan taqwa..nescaya hidup kita akan hampir mencapai kesempurnaannya...

Doa seorang teman itu akan sentiasa mengiringi kejayaan teman-temannya dan kejayaan teman-temannya adalah kejayaanhya jua...

28 Mac 2010

Rabu, 8 Oktober 2014

Nilai sebatang mancis....

��������������������
SEBATANG POKOK DAPAT MEMBUAT JUTAAN BATANG MANCIS,

�����������������TAPI SATU BATANG MANCIS JUGA MEMBAKAR JUTAAN POKOK.

⛔ ✅✅✅✅✅
JADI, SATU FIKIRAN NEGATIF DAPAT MEMBAKAR SEMUA FIKIRAN POSITIF.

������������������
MANCIS MEMPUNYAI KEPALA, TETAPI TIADA OTAK,

��������
OLEH ITU SETIAP KALI ADA GESEKAN KECIL, SANG MANCIS
TERUS TERBAKAR.

������
KITA PULA MEMPUNYAI KEPALA, DAN JUGA OTAK,


KITA TIDAK PERLU MUDAH TERBAKAR MARAH HANYA KERANA GESEKAN
KECIL.


KETIKA BURUNG HIDUP, IA MAKAN ULAT,


KETIKA BURUNG MATI,
ULAT MAKAN BURUNG.

������
WAKTU TERUS BERPUTAR.
KITARAN KEHIDUPAN TERUS BERLAKU.


JANGAN MERENDAHKAN
SESIAPAPUN DALAM HIDUP,
BUKAN KERANA SIAPA MEREKA, TETAPI
KERANA SIAPA DIRI KITA.

����
KITA MUNGKIN BERKUASA TAPI TUHAN LEBIH BERKUASA DARIPADA
KITA.

����
WAKTU KITA SEDANG BERJAYA, KITA RASA RAMAI TEMAN
DI SEKELILING KITA.


WAKTU KITA SUSAH, BARU KITA KENAL SIAPA SAHABAT KITA.

  ����
DAN WAKTU KITA SAKIT, BARU KITA TAHU BAHAWA NIKMAT SIHAT ITU SANGAT BERNILAI, JAUH MELEBIHI HARTA.


KETIKA KITA TUA, KITA BARU TAHU BAHAWA MASIH BANYAK YANG
BELUM KITA KERJAKAN.

������
DAN, SETELAH DI AMBANG AJAL, KITA BARU
TAHU BEGITU BANYAK WAKTU YANG TERBUANG SIA-SIA.

��������
HIDUP TIDAKLAH LAMA,
SUDAH SAATNYA KITA BERSAMA-SAMA
MEMBUAT HIDUP LEBIH BERHARGA.

����������������
SALING MENGHARGAI, SALING MEMBANTU DAN MEMBERI,
JUGA SALING MENYOKONG.
JADILAH TEMAN PERJALANAN HIDUP YG TANPA BANYAK SOAL DAN
SYARAT.


BELIEVE IN "CAUSE AND EFFECT"
APA YANG DITABUR,
ITULAH YANG AKAN KITA TUAI ....

Ahad, 5 Oktober 2014

Salam Aidiladha 2014

��Selamat      ��✨      
                 ✨��Menyambut   
       ��✨ �� ��AiDiLAdHa��      
               __|  |_______
             /__________/_\
����  | 四 |目| 四 |目|  ����
╭⌒╮ ��╭⌒╮✨
✨╭⌒╭⌒╮╭⌒╮✨
,✨︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣✨n
╬ ︱田︱田 田 ︱╬╬╬
����..����������
Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..

Khamis, 2 Oktober 2014

Selasa, 27 Ogos 2013

Salam syawal dan salam sejahtera sekalian manusia....

Sebelum coretan ini dimulakan, marilah kita mendoakan semoga roh mereka yang telah ke rahmatullah berada dalam keadaan terbaik dan agar kita yang mempunyai peluang dan ruang di dunia ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayahNya...

Saban hari ada sahaja pertumpahan darah di sana sini...semuanya melihatkan kerakusan manusia dalam memastikan dunia ini tiada belas ihsan. Adakah manusia itu tiada akal dan perasaan...?

Ataupun dunia ini sudah tiada keadilan? Sedangkan akal ciptaan Allah adalah anugerah yang tidak ada apa pun yang setanding dengannya. Namun demikian nafsu adalah cabaran akal untuk bertindak waras...

Fikirkan la saudaraku di mana kita pada esok hari?

Wallahualam

Selasa, 13 Ogos 2013

Detik pertemuan berakhirnya sentuhan masa itu...

Sekejap bertemumu amat cukup bererti buatku,
Dapat melepaskan rinduku, menatap auramu...
Sentuhanmu memberi semangat yang zahirnya membuat diriku bersyukur kepada Nya...

Acap kali sendirian,
Sedetik bersamamu bermain difikiranku...
Hening malam dipenuhi senyuman dan tangisan kesyukuran...
Keindahan malam mu membangkitkan senangat bersyukur...
Detik suka-duka mengharungi perjalanan bersamamu,
Amat terang menyuluh cahaya kegelapan dalam mencari malam 1000bulan...

Alangkah indah sentuhan waktu itu dalam kenangan abadi...
Kenangan impian, cinta dan harapan...
Hanya padaMu wahai Maha Pencipta...
Tiada tolok bandingan, sentuhan masa ini,
Semoga ramadhan yang berlalu menjadi ukuran ramadhannakan datang...

Aku bersyukur dalam menjalani ibadah puasa dalam ramadhan...
Kini tiba syawal bulan kemenangan yang dijanjikan...

Allahuakbar! Walillahilham....

Aidilfitri! Maaf zahir dan batin!

Assalamualaikum....semoga aidikfitri disambut dalam keredhaan dan kesederhanaan...

Semoga ramadhan akan datang menjadi mioik kita semuanya...

Amin

Isnin, 10 Jun 2013

Doa Seorang Pegawai Bomba (Versi Melayu)

Assalamualaikum wbt...
Terjemahan dan gubahan daripada versi "The Fireman's Prayer"...

Apabila aku dipanggil untuk bertugas,
Apabila api mula menjadi marah,
Ya Tuhanku!
Berikan aku kekuatan untuk menyelamatkan kehidupan itu,
Tidak mengira apa usia yang ada disitu.

Bantulah aku untuk menyelamatkan seorang anak kecil,
Sebelum ia terlalu lewat,
Atau mereka yang tua disitu,
Dari ditimpa musibbah yang tak diingini.

Jadikan aku lebih berjaga-jaga,
Untuk mendengar jeritan yang paling lemah,
Jadikan aku bertindak dengan cepat dan cekap,
Untuk keluar menyelamatkan nyawa dari api.

Dengan rahmatMu,
Berikan yang terbaik kepada aku,
Untuk menjaga masyarakatku,
Dan melindungi harta benda yang ada.

Sekiranya takdir Mu,
Aku perlu berkorban nyawa,
Aku mohon kepadaMu,
Lindungilah anak dan isteriku...

Ahad, 9 Jun 2013

Kata Semangat Laungan Juara...

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah...

Sekadar perkongsian pengalaman..,

Bagi mereka yang aktif dalam bersukan, sudah pasti memerlukan semangat juang yang tinggi. Tak kiralah dalam apa jua lapangan sukan, semestinya mental dan fizikal sesorang ahli sukan itu perlu ditahap yang tinggi.

Namun demikian, mental sekiranya tidak sekuat fizikal, sudah pasti kita mempunyai konflik dalam menguji diri dengan sukan itu. Sebagai contoh, keadaan gelanggang yang hiruk-pikuk di luar gelanggang sudah pasti menjadi musuh dalam pertandingan itu. Ada ahli sukan yang hebat, tetapi gagal dalam menghadapi cabaran mental penyokong lawan di luar gelanggang.

Sudah pasti ini menjadi satu faktor dalam mengundang kekalahan yang berpunca daripada diri sendiri. Oleh demikian, faktor di luar gelanggang adalah satu faktor yang amat penting dalam pertandingan. Contoh laungan yang boleh diberikan oleh penyokong di luar dalam memberi semangat adalah seperti:

Sehati Sejiwa:

Kami turun ke gelanggang,
Sehati dan sejiwa...jiwa...jiwa....jiwa...
Go Pahang Go! Go! Go!

Ayuh Tok Gajah,

Ayuh...Ayuh...Ayuh...Tok Gajahku...
Hari ini kita mesti menang...

Kalahkan musuhmu..
Ha..re...Hare...Ho...

Kalahkan musuhmu pahlawanku....

OOOOoo...Tok Gajah...
OOOOoo...Tok Gajah...

Hareha...Ho...

Hogoh! Pahang Hogoh!....

Khamis, 6 Jun 2013

Kekalahan Bukan Ukuran Kemampuan!

Assalamualaikum dan Salam Isra' Mikraj...

Setiap apa yang kita lakukan di atas dunia ni ada assabab yang memang Allah berikan sebagai pendorong ketentuanNya...

Janganlah kita beriya sangat hilang selera dan beremosi sekiranya ditimpa kekalahan dalam pertandingan duniawi...

Ayuh, jadikan cabaran dalam dugaan kekalahan sebagai motivasi dalam memperbaiki diri menjadi yang terbaik daripada kalangan terbaik sebagai juara pada masa akan datang! Insyallah!

Selasa, 4 Jun 2013

The Fireman's Prayer

When I am called to duty,
God whenever flames may rage,
Give me the strength to save some life,
Whatever be its age.

Help me to embrace a little child,
Before it's too late,
Or some older person,
From the horor of that fate.

Enable me to be alert,
And hear the weakest shout,
And quickly and efficiently,
To put the fire out.

I want to fill my calling,
And give the best in me,
To guard my neighbour,
And protect his property.

And if according to Your will,
I have to lose my life,
Pless bless with Your protecting hand,
My children and my wife.

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...