Rabu, 16 Mei 2012

Jangan jadi seperti Dinosor...

Assalamualaikum wbt...

Sahabat semua pasti mengetahui kehidupan dinosor atau haiwan purba adalah makhluk yang pernah wujud pada ketika ribuan tahun dahulu.

Kita hanya dapat melihat kesan peninggalan seperti tulang dan rangka pada masa kini...semuanya amat besar dan jelas menunjukkan dominasi yang hanya tinggal kesan dan nama.

Jika dikaji dengan kehidupan dinosor yang pupus ini, kita dapat melihat bahawa betapa dunia ini sungguh bersifat sementara.

Walau sehebat dan segagah mana sekali, kita tetap akan meninggalkan dunia untuk fasa yang berikutnya. Setiap aturcara dalam dunia adalah perancangan yang belum pasti terjadi dan berjaya. Keutamaan bagaimana kehidupan kita dibuat.

Sedarkah kita dengan kehidupan kita? Adakah kita tercapai segala hajat? Ataupun kita ditakuk lama?

Marilah aku dan kau berubah sebelum kita diubah...
Usah menjadi seperti dinosor yang gah pada mulanya, namun akhirnya pupus di muka bumi ini.

Wallhuaalam

Selasa, 8 Mei 2012

Pesanan penaja...

Hey,

I just downloaded WhatsApp Messenger on my Android.

It is a smartphone messenger which replaces SMS. This app even lets me send pictures, video and other multimedia!

WhatsApp Messenger is available for Android, iPhone, Nokia, Windows Phone and BlackBerry and there is no PIN or username to remember - it works just like SMS and uses your internet data plan.

Get it now from http://www.whatsapp.com/download/ and say good-bye to SMS!

Selasa, 1 Mei 2012

Bijaksana sini...

Assalamualaikum wbt...

Dunia sekarang ibarat menaiki keretapi laju di mana ia tidak akan menunggu kita jika tertinggal...maka, untuk maju kehadapan, teknologi adalah seiring dengan Al Quran. Kerana apa? Kerana teknologi datangnya daripada Al Quran, jadi bagaimana hendak dipisahkan perkara ini.

Ada hadis mengatakan seperti maksud, "jika kita mengejar kejayaan di dunia, kita hanya berjaya di dunia, jika kita mengejar kejayaan di akhirat maka kita berjaya di dunia dan akhirat"...inilah cabaran kita...

Jika kita menjaga harta kita, belum tentu harta itu menjaga kita kembali. Tetapi jika kita menjaga ilmu dan agama, maka ia pasti menjaga kiata dunia akhirat...

Aduhai...cabaran manusia akhir zaman.. Tapi yang paling penting mulai saat ini, cubalah menjadi dan buat yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. Peganglah agama dalam setiap perkara.. Bantu diri untuk membantu orang lain...Ya Allah bantulah kami umat akhir zaman...!

Ahad, 1 April 2012

What you give, You get back...

Jika mahukan sesuatu perkara itu berbaloi, maka usaha juga harus berganda dan berterusan.

Jika sekadar melepaskan batuk di tangga, maka hasilnya juga ala kadar ibarat serpihan mutiara yang berkecai...

Jadi buatlah sesuatu sebaiknya, kerana hasilnya pasti berbaloi-baloi...

Insyallah

Sabtu, 31 Mac 2012

A piece of cake...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Dalam perjuangan khalifah dimuka bumi ini, pasti ada cubaan dan dugaan...

Samada ia datang dalam keadaan tenang mahupun gelora...

Ubat sakit pastinya ada, melainkan ajal...

Semua masalah ada jalan penyelesaian...

Ada persoalan pasti ada jawapan...

Semuanya bergantung bagaimana azali dan kehendak Allah..

Cepat atau lambat itulah masa yang pasti tiba...

Kesimpulan dan keputusan perlulah dibuat sedaya upaya...

Kerana itulah yang akan dilalui...

Walaupun kecil tapi kesannya cukup besar...

Bersama kita dalam mendekatkan diri pada Allah....

Agar yang besar menjadi kecil, dan kecil terus tenggelam...

Itulah keputusan yang perlu anda ada untuk difirkan..

Jumaat, 30 Mac 2012

Kata orang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Setiap detik dalam kehidupan kita ada nyawa yang mengikut kita. Namun jika nyawa tidak ada mengikut kita, maka telah tamat pengembaraan di dunia ini.

Hendak dipendekkan cerita, ada seorang sahabat baru bicara mengenai kisah Burung Enggang seperti di Kenyalang. Kisahnya cukup menarik bagi difikirkan di mana cinta sejati burung ini. Katanya jika Enggang adalah burung sejati.

Kenapa?

Katanya, jika Enggang hidup, ia perlu berpasangan ke mana saja ia terbang dan hinggap. Jika ada anak, ia tetap bersama setiap masa. Paling menarik jika salah seekor mati, maka pasangan itu tidak akan mencari pasangan lain. Kelamaan, tiada pasangan, maka pasangan itu juga akan mati. Termasuk anak jika ada turut mati.

Jadi,

Boleh kita contohi di mana institusi keluarga burung ini, yang mana hidup senang bersama, susah bersama. Terbang di alam dengan tenang bersama.

Tapi,

Kita ini manusia, bezanya cuma akal fikiran yang boleh digunapakai... jangan pula ikut pasangan kita mati jika ajalnya dah sampai...Contohi semangat keluarga untuk adaptasikan pada kita sebagai manusia.

Kerana orang bijak hanya bertindak bijak menggunakan akalnya...

Sabtu, 17 Mac 2012

Perspektif tamadun....

Assalamualaikum....

Sekadar ingin berkongsi ilmu...Tamadun dunia adalah bergantung kepada sesuatu masyarakat semasa itu...Oleh itu jika kepimpinan tidak menunjukkan ciri yang baik maka masyarakatnya juga akan mundur...Setiap masyarakat ada istilah ketamadunan tersendiri...

Menurut The Oxford Dictionary (1995) salah satu makna moden ialah baru dan mutakhir iaitu new and up to date.

Menurut Kamus Dewan (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara kelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

Dalam bahasa Arab terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah, Umran dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa inggeris iaitu civilization....

Renungkan kita....

Selasa, 7 Februari 2012

Tiada peluang kedua sampai masanya...

Assalamualaikum wbt...

Sesungguhnya masa itu ibarat emas,

Di mana masa semakin singkat selari usia,

Apa yang telah ada selama masa diberi?

Hanya pembaziran atau masa yang bermanfaat?

Ya Allah,

Ampunkan aku dengan masa sia-sia,

Jadikan aku khalifah yang hidup demi masa Mu,

Tabahkan aku dalam meniti usiaku,

Penuhkan masaku dengan saat yang berguna,

Sesungguhnya aku hanya ada masa ihsan Mu,

Jadikan aku insani yang bermanafaat ke atas insan lain,

Kerna tiada peluang kedua buatku jika tiba masaku...

Isnin, 6 Februari 2012

Salam Maulidurrasul 1433H


Assalamualakum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Bersama kita, bersama iman, bersama roh,
Menyambut hari kebesaran junjungan Nabi Muhammad saw...
Moga setiap daripada kita menjadikan nabi idola sepanjang masa...

Insyallah...

Ahad, 29 Januari 2012

Teman Kepada Teman Sekalian...

Assalamualaikum wbt...

Dalam kehidupan kini, setiap insan ada watak tersendiri. Jika bercinta, pelbagai gaya watak terserlah demi perasaan. Namun demikian jika tidak berteman, carilah teman yang boleh membawa kita ke jalan yang baik sebaiknya. Kenapa perlu mencari teman yang betul??

Kerana teman ibarat minyak wangi yang dipakai orang lain, dan jika kita berkawan bersamanya, maka wangilah kita jika keluar bersama. Sebaliknya jika teman itu tidak baik watak dan perwatakannya.

Semalam dia adalah yang terbaik, hari ini juga dia sangat terpuji...Namun belum pasti esok, bagaimana teman kita.

Dengan ini,marilah berdoa agar kita mendapat teman sejati dalam mengharungi cabaran hidup seterusnya membimbing ke akhirat nanti.

Fikirkan....

Sehelai Sejadah Dalam Kehidupan....

Assalamualaikum...

Setiap daripada kita sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupan.

Samada yang bujang mahupun berkeluarga ada tanggungjawab tersendiri.

Jika ingin dikatakan masalah, bukan abnormal. Kerana masalah itu adalah kehidupan.

Wang dan harta seringkali menjadi punca masalah. Tidak lupa jua cinta kasih kekasih yang dikejar.

Telah dihadapkan laluan sukar dan mudah dihadapan kita.

Hendak tidak saja. Tepuk dada tanya hati.

Masalah itu ujian dan cabaran yang ada jawapan.

Bentanglah sejadah menghadap Allah untuk penyelesaian.

InsyAllah terbukti dan tidak perlu disangkal...

Isnin, 2 Januari 2012

Ilmu...

Ada ilmu digunapakai,
Dibawa bekal setiap perkara,
Usah diragu ombak di pantai,
Kerna tebing tidak terurai.

Usah diimpi setinggi gunung,
Ceteknya air kail sejengkal,
Marilah kau dan aku merenung,
Kenapa ramai yang pendek akal?

Kuat berangan kekadang elok,
Berangan angan yang tak sudah,
Mampukah aku dan kau ke teluk,
Jika ilmu tak kuat diperah?

Cakap sana cakap sini,
Dibawa mulut disampai-sampai,
Alangkah murni jika berani,
Mengejar ilmu dunia akhirat sekali.

Ahad, 1 Januari 2012

Tahun 2012 Vs Tahun 2011

Assalamualaikum wbt...

Apa yang pasti, kini tahun 2012 telah berlayar meninggalkan pelabuhan tahun 2011...

Adakah semua perkara telah digenggam sepanjang 2011?

Atau hanya melayan perasaan sepanjang tahun lepas?

Ayuh, bangkit!

Bangkit daripada takuk lama yang tidak ada kepastian.

Optimistik di tahun baru dalam mengejar cita-cita impian hidup,
dikeca
Dan menjadikan sejarah lama sebagai panduan untuk kemajuan.

Dan jika liku yang dilalui diharungi dengan jayanya,

Usah dibiar lemau sahaja dengan apa yang dikecapi...

Tingkatkan terus ke puncak maksima...

Oleh itu,

Setiap daripada kita perlu imunisasi untuk lebih berani menghadapi segala rintangan dan cabaran masa depan...

Apa yang dilakukan adalah di bawah Kuasa Yang Maha Esa...

Datangnya daripada Yang Maha Esa, jadi dampingilah doa setiap masa...

Hanya yang tabah dan berpegang pada paksi agama akan bejaya di dunia dan akhirat...

Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal...

Itulah masa hadapan kita...Wallahualam

Ahad, 11 Disember 2011

KHAS BUAT AINUL MARDHIAH...

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia ( isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut ).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (Ainul Mardhiah - bermaksud mata yang di redhai).Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama. ...Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah...lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini...lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...

Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nanti kamu belum syahid lagi......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah
ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam

* Isteri yang solehah adalah isteri yang beribu kali ganda cantiknya dari Ainul Mardhiah kerana isteri yang solehah adalah ketua segala
bidadari.

Isnin, 28 November 2011

Banjir oh Banjir....

Assalamualaikum wbt....

Sekadar ingin berkongsi idea dan pendapat. Kepada mereka yang pakar dalam bidang ini bolehlah menjelaskan jika ada maklumat fakta yang lebih jelas dan tepat.

Pertamanya kita yang merupakan bukan daripada golongan pakar, melihat menggunakan ilmu yang terbatas berdasarkan penglihatan dan pemikiran sediri.

Adakah tuan pernah berfikir, geografi dunia kini semakin berubah??? Tidak kira samada benua daratannya, lautan dan juga iklim cuaca yang tidak menentu??? Dan dalam Al-Quran itu sendiri sebagai rujukan kita ada menyatakan rosaknya muka bumi adalah di atas tangan kita sendiri.

Pokoknya sekarang, kita nilai sendiri keadaan yang dekat dengan kita sekarang. Kalau dulu musim tengkujuh, adalah biasa bagi negeri di pantai timur. Sedangkan kini, kesan tengkujuh iaitu banjir boleh berlaku disetiap negeri dalam negara. Adakah ini sebagai petanda hujungnya kehidupan??? Marilah kita semak balik apa yang kita lakukan ke atas muka bumi kita...

Jika dilihat pelbagai perancangan dan kemajuan telah dibangunkan dengan pesat, di samping berlakunya perubahan muka bumi. Bukit ditarah, hutan ditebang, sungai ditegakkan semata atas nama kemajuan. Tidak cukup juga laut ditambak. Untuk apakah ini semua jika kesan negatifnya dapat kembali pada kita???

Bukit ditarah tanpa ada sistem yang terancang menyebabkan struktur tanah makin rapuh, dan kebarangkalian tanah runtuh pasti berlaku.

Hutan ditebang menyebabkan kurangnya tadahan hujan yang baik. Pokok yang menghijau membekalkan oksigen dalam meneutralkan karbon dioksida makin haus ditelan masa.

Sungai yang tidak bersalah ditegakkan menyebabkan aliran air sungai makin laju. Semakin laju semakin banyak pepejal ampai, keladak dan selut dibawa termasuk sampah sarap. Akhirnya jika tidak dikawal, sungai terhakis lalu aliran tersumbat sebelum ke laut. Sedangkan aliran air yang berliku adalah lebih dahulu wujudnya sebelum pembangunan yang dirancang, jadi bagaimana ia perlu diubah???

Aduh, laut yang terluas bentangnya memberikan panorama pantai yang indah telah ditambak. Jika dasar laut dulunya ditengah lautan, kini menjadi tebing pantai yang merbahaya. Ditambak dan terus ditambak lalu didirikan pembangunan yang berisiko. Ikan di pantai tidak sama dengan ikan lautan dalam. Ekosistem berubah ikan terancam, dasar laut yang esotik hilang ditelan pasir. Akhirnya air semakin laju dilaut, sekali ombak melanda tiada penangkis dan nelayan kecil terus menangis. Sungai yang dulunya mudah dan pendek mengalirkan air ke laut menjadi jauh. Jika air laut pasang dan berombak besar, air dari daratan pula tidak dapat mengalir ke laut.

Sesungguhnya kalifah yang bijaksana dalam bidang masing-masing adalah penentu keharmonian dan keamanan dalam setiap kehidupan. Marilah kita berdoa agar kita sentiasa menjadi insan yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Kehidupan yang indah di alam ini dicorakkan oleh tangan kita sendiri. Allah SWT itu adalah Maha Pencipta yang Maha Mengetahui...

Sabtu, 26 November 2011

Bayu hijrah di Muharam 1433H...

Salam Maal Hijrah kepada Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT...

Sekilas angin bayu menghembus embun pagi semalam...
Dinginnya terasa hingga ke tulang damainya...
Namun sekilas bisa amat mencengkam dikalbu...
Lumrah kehidupan mana yang tidak teruji???
Teruji bagai bayu mata angin yang dituju-tuju ke semua arah...
Bagai bayu menjadi angin lalu menjadi ombak ditepi pantai...
Akhirnya tidak terkawal menjadi bencana seolah tsunami...

Tapi,

Bayu angin yang meniup marak api,
Cukup memadai memadam api lalu menjadi Nur indah menyemai bunga...
Bunga disanubari mampu memberikan makna kehidupan kita...

Dan,

Kadang-kadang angin bayu yang meniup awan mendung tetap selubungi langit...
Kerna itu proses kehidupan dilangit antara geserab sang bayu dan awan...
Itulah ibaratnya persefahaman dituntut dalam kehidupan duniawi ini...

Sesungguhnya...

Bayu hijrah adalah titisan perasaan cinta pada kehidupan yang dinikmati dan dirasai oleh insan yang tercipta dan diciptakan oleh Allaw SWT...
Aku doa kau,
Kau doa aku,
InsyAllah selamat dunia akhirat...Amin...

Rabu, 16 November 2011

Belia akhir zaman...

Assalamualaikum...

Sekadar ingin berkongsi fikiran mengenai cabaran belia masa kini. Apa yang kita inginkan sebagai generasi muda? Takhta? Harta? Wanita? Kereta? Ini semua mudah dicapai walaupun pelbagai sengketa di dunia. Apa yang susah adalah untuk mencapai nikmat dunia dan akhirat sekaligus. Kita perlu mengimbangi dunia dan akhirat kerana keduanya saling penting bagi menjadikan kita produk terbaik di dunia dan akhirat. Sesungguhnya kebenaran serta keadilan sentiasa mengiringi kejahilan dan penipuan. Tekad bersemangat kerana benar, kendur bersemangat terus mundur...ayuh belia masa kini tetapkan misi dan visi dunia dan mantapkan iman dan taqwa...!!!! Bukan kau tapi aku yang perlu mula!!!

Sabtu, 1 Oktober 2011

Maka Kami.....

Rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

* Kepercayaan kepada Tuhan
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-undang
* Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Rabu, 31 Ogos 2011

Merdeka Raya!!!!!



Salam Aidilfitri 1432H dan Selamat Hari Kemerdekaan ke-54 buat seluruh warga Malaysia yang tercinta...

Sempena lebaran dan kemerdekaan negara ini pasti jadual kehidupan rakyat Malaysia penuh dengan agenda tersendiri... Daripada kepimpinan negara hinggalah ke peringkat kanak-kanak, semuanya pasti tidak ketinggalan dalam meraikan dua acara ini...

Sedang kita berseronok, pasti ada yang bersedih...
Kerana itulah kelengkapan dalam kehidupan duniawi, tidak semuanya sempurna dan tidak semuanya kurang...

Dalam sambutan hari raya dan kemerdekaan ini, tentu ada yang sedang bertugas demi keselamatan negara. Di atas tugasan demi panji negara, iringi kesabaran dan mental yang kuat adalah satu kepastian.

Pelbagai kaum dalam negara kita hanya mempunyai satu bendera sahaja yang menjadi lambang kebanggaan. Walaupun beda agama dan kepercayaan namun sepakat dalam keharmonian dan tanggungjawab bersama dalam mempertahankan negara kita dalam apa jua cabaran.

Namun dalam 'setandan kelapa pasti ada yang koming'...Ini adalah cabaran kita dalam wacana hari ini. Cabaran lainnya adalah masalah sosial dan ekonomi yang semakin meruncing untuk dihadapi sementara menanti hari penghabisan dunia.

Doakan demi kau dan aku sentiasa dalam redha dan perhatian Illahi... Semoga apa yang dihajati menjadi kenyataan dalam bergelar khalifah di atas dunia ini...

Allahuakbar, walillah ilham...

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...