Sabtu, 25 Jun 2011

cAntkNyE LElAk|...gAGaHNyE wAN|ta..??!

Kecantikan Lelaki..??
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Saidinah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah S.A.W:-
" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71
" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Moga-moga menjadi renungan yang boleh membimbing kita semua, amin.

~ sesungguhnya perkara-perkara yang baik itu akan menghapuskan keburukan. demikianlah peringatan kepada orang yang mahu beringat....

Berpesan-pesan adalah tanggungjawab seni seorang insan...

Sabtu, 11 Jun 2011

Nilainya sama tapi rasanya beza???

Dalam mengharungi kehidupan globalisasi yang rancak menuju pengakhiran ini, banyak perkara yang difikirkan menjadi ketidak urusan bagi kita...

Dengan perang yang semakin menjadi, rusuhan negara berterusan, bencana alam semakin hebat, moral dan akhlak manusia terus merundum, kepimpinan diri melampaui organisasi institusi, jauhnya diri pada sunah dan Al-Quran...semua ini datangnya dari kita dan khasnya buat kita semua...

Soalnya difokuskan pada kenaikan harga barangan atau caj yang meningkat kini...adakah ia terkawal atau telah dikaji kesannya??? Tidak kira lah pada apa sekalipun yang harganya naik, yang naik tetap akan naik...kesannya pada semua...

Begitulah maksudnya... NILAINYA SAMA RASANYA BEZA...fikirkan

Sabtu, 4 Jun 2011

Durian dan timun...

Dalam kehidupan kita sering kali tekanan berlaku ketika mengemudi kerjaya...

Lumrahnya, kalau kita di bawah kita mungkin lebih tertekan dengan pihak atasan...

Tapi kalau kita di atas dengan "power" yang ada mungkin kita penyebab tekanan orang di bawah...
Itu semua memang realiti buat kita...samada peranan dan pendapat kita dipertikai atau sebaliknya, ia adalah sesi perjalanan dalam kehidupan...

Usah kita merungut atau membentak diri, kerana itu sikap yang tidak rasional dan profesional...

Sedari hakikat, dan Allah hanya ada pada pihak yang benar...sesungguhnya semua daripada kita tidak sempurna dan naif...

Di mana kita berada, berpijaklah pada bumi yang nyata..."saya yang menurut perintah"..."durian dan timun" memang sukar untuk bersama...

Sabtu, 28 Mei 2011

Ubat dalam tekanan hidup seharian???


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.

Jiwa  kita  akan  menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah
diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri
mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan
mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an.
 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran
walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran
ialah  selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat
dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab
pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan solat sunat.
 
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-­hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan
mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan
daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah.

Allah  telah  berpesan  iaitu  jangan  menyembah  selain  daripada-Nya. Ini
bererti  kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara  berterusan.  Waktu-waktu  mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah  malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan  iqamah.  Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak
akan  datang  bergolek  sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka
kita  perlulah  berusaha  supaya  mencapai  sesuatu di samping berdoa hanya
kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah.
 
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.

Orang  ramai  selalu  berkata  bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang  cergas.  Segala  tekanan  sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti
bersukan.  Situasi  akan  menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan
masa  membawa  keluarga  pergi  beriadah.  Ikatan  kekeluargaan  juga   akan
bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat.

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah
satu faktor tekanan sewaktu bekerja.. Oleh itu, cara untuk mengurangkan
tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak
terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang
lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati.

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana.

"Luaran  lain, hati  lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami
sesuatu  tekanan,  mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka
itu.  Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya
hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri.

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri.

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas
daripada  maksud  sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu
mencintai  diri  sendiri  terlebih  dahulu berbanding orang lain. Diri kita
yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan
dengan  cara  yang  dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita
dengan ceria dan penuh dengan senyuman..

Kesimpulan :
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya

Wassalam


Ubat dalam tekanan hidup seharian???


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.

Jiwa  kita  akan  menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah
diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri
mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan
mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an.
 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran
walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran
ialah  selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat
dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab
pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan solat sunat.
 
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-­hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan
mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan
daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah.

Allah  telah  berpesan  iaitu  jangan  menyembah  selain  daripada-Nya. Ini
bererti  kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara  berterusan.  Waktu-waktu  mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah  malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan  iqamah.  Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak
akan  datang  bergolek  sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka
kita  perlulah  berusaha  supaya  mencapai  sesuatu di samping berdoa hanya
kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah.
 
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.

Orang  ramai  selalu  berkata  bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang  cergas.  Segala  tekanan  sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti
bersukan.  Situasi  akan  menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan
masa  membawa  keluarga  pergi  beriadah.  Ikatan  kekeluargaan  juga   akan
bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat.

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah
satu faktor tekanan sewaktu bekerja.. Oleh itu, cara untuk mengurangkan
tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak
terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang
lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati.

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana.

"Luaran  lain, hati  lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami
sesuatu  tekanan,  mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka
itu.  Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya
hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri.

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri.

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas
daripada  maksud  sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu
mencintai  diri  sendiri  terlebih  dahulu berbanding orang lain. Diri kita
yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan
dengan  cara  yang  dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita
dengan ceria dan penuh dengan senyuman..

Kesimpulan :
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya

Wassalam


Ahad, 8 Mei 2011

Sentuhan Masa Kita...

Hari ini bukan semudah semalama untuk bergelar manusia sempurna...
Sesekali melangkah maju, langkah tersandung jatuh...
Sesekali melangkah gagah, tersenyum megah...
Semua itu keadaan yang memerlukan pengorbanan, kesabaran dan air mata...
Selagi prinsip hidup berada dilandasan yang betul...
Usah gusar pada anugerah Allah...
Anggaplah sesekali dugaan itu sekadar mematang dan mengajar kita...
Mengajar kita bangun dari kejatuhan dan seterusnya menjadi manusia berhati sempurna...
Sesungguhnya sentuhan masa kita adalah kita selamanya...26.02.08

Sabtu, 16 April 2011

Tabik Hormat???


"GILAKAN PENGHORMATAN ITU TERLARANG...
TETAPI MENJADI ORANG YANG TERHORMAT...
PERLU DIJADIKAN TUJUAN HIDUP..."

KATA IMAM AL-GHAZALI...

Sesungguhnya dalam kehidupan saling hormat-menghormati adalah perbuatan mulia yang dapat memakmurkan kehidupan. Tidak mengira status kedudukan atau bangsa kita perlu menghormati orang lain. Sentiasalah berfikiran positif dalam tugasan mahupun apa saja yang kita lalui kerana ia pasti memberi manfaat kepada diri kita. Usahlah kita hanya pandai merendahkan orang lain kerana setiap penciptaan ada kesempurnaan dan setiap kekurangan pasti ada kelebihan. Kita semua adalah sama cuma berbeza hati dan perasaan..
Wallahualam...

Jumaat, 8 April 2011

View of heart...


Manusia hari ini suka bersangka-sangka...
Ada sangkaan baik, dan ada sangkaan buruk...
Orang beribadat disangka riak...
Orang yang relaks disangka malas...
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk...
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)...
Orang yang makan banyak disangka pelahap...
Orang baik disangka buruk...
Orang senyum disangka mengejek...
Orang masam disangka merajuk...
Orang muka bengis disangka jahat...
Orang cakap nyaring disangka garang...
Orang cakap lembut disangka baik...
Orang bermuzakarah disangka mengumpat...
Orang diam disangka pakai susuk...
Orang nampak ceria disangka membela...
Mana tahu yang diam itu berzikir kepada Allah...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah...
Mana tahu yang masam itu mengenangkan dosa...
Mana tahu yang menawan itu bersih hati dan minda...
Mana tahu yang ceria itu cergas dan cerdas...
Mana tahu yang cakap nyaring itu mencari kebenaran...
Mana tahu yang cakap lembut itu ada niat jahat...

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana itu bakal memusnahkan ukhwah...
Seperti musnahnya kayu dimakan api...
Satu benda yang kita lihat macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat...
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

Wallahualam...

Selasa, 5 April 2011

Sehari dalam kehidupan...


Ada kata yang menyatakan kita hanya ada semalam dan hari ini untuk menikmati kehidupan...
Sedangkan kita tidak pasti menggenggam hari esok...
Apa yang pasti semalam adalah kenangan terindah dan pengalaman sejarah dalam kehidupan...
Semua yang dilalui menjadi bekalan setiap perjalanan kehidupan...
Di mana nilai cinta, teman,musuh dan taulan menjadi ukuran dan sempadan...
Cinta sejati hanya sekali untuk ditatapi...
Cinta sahabat dan keluarga mengiringi kehidupan...
Hati dan perasaan tidak serupa helaian rambut yang hitam...
Perasaan penuh tanda tanya sering muncul dalam kehidupan...
Kesahihan takdir adalah penentu azzali sebelum kehidupan...
Saat hembusan nafas terakhir mengakhiri kehidupan...
Mekar bunga dalam kehidupan menghiasi taman...
Akan melayu bila tiba kemarau...
Pantai dan ombak menjadi teman...
Intisari kehidupan menjadi sirah dalam perjalanan setiap insan...
Antara Kau dan Aku...
Meniti sehari dalam kehidupan...
- Ilham

Jumaat, 18 Mac 2011

"Last minute"???

Dalam setiap daripada kita sentiasa mempunyai pelbagai urusan duniawi yang perlu diselesaikan...tidak mengira umur,semuanya sentiasa sibuk...apa yang dikehendaki adalah kepuasan dalam tugasan yang dilaksanakan...yang penting siap...tapi adakah hasilnya menepati apa yang dikehendaki??? Sudah pasti ia memerlukan satu perancangan yang mantap dan berkesan...namun dengan kehidupan tidak cukup tangan kini, ramai yang mencari kaedah mudah dalam menyelesaikan tugasan...untung sabut timbul,jika ia bernasib baik...ada juga yang sentiasa di saat akhir membuat keputusan, dan kadang ia menghasilkan hasil yang terbaik...bagaimanapun kaedah perlaksanaan tugasan anda,saya lakukan, pastikan hasil yang memuaskan hati dapat kita capai...terpulanglah jika keadaan "last minute" adalah satu suntikan momentum untuk kejayaan anda, kerana yang penting ia bersesuaian dengan jiwa...jauhkan diri daripada berfikiran negatif, kerana ia akan mengurangkan positif dalam diri....

Khamis, 17 Mac 2011

Tsunami dan Nuklear...

Kita dikejutkan dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario “full meltdown” mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Adakah apa yang berlaku kini tidak menjadi iktibar kita bahawa secanggih mana kita dengan teknologi, kita tetap terdedah kepada alam semulajadi...Yang penting Tsunami adalah Tsunami, dan Nuklear adalah sesuatu yang boleh difikirkan semula penggunaannya dalam negara kita...Setiap perancangan kita adalah sekadar usaha kehidupan...Sejarah orang lain boleh dijadikan iktibar dan kita seharusnya memikirkan alternatif yang lebih selamat dan efisyen dalam setiap perancangan masa kini dan masa depan kita...

Khamis, 10 Mac 2011

Jiran tetangga sebahagian kita...

Manusia tidak mungkin boleh hidup seorang diri tanpa bergantung kepada orang lain.
Dengan itu, atas semangat kejiranan setiap orang tidaklah boleh mementingkan diri
Sendiri semata-mata.Kita perlu menjaga dan mematuhi tatasusila berjiran.
Antara tindakan berbuat baik dengan jiran tetangga ialah seperti berikut:

a.Menjaga diri drp buruk sangka terhadap jiran.
b.Memberi pertolongan seperti membantu kerja-kerja berat.
c.Bersimpati dgn kesusahan dan turut gembira di atas kejayaan jiran.
d.Ziarah menziarahi terutama apabila jiran sakit atau ditimpa kesusahan.
e.Menguruskan jenazah ahli jiran serta mengucapkan takziah di atas kematian ahli
kelurga jiran
f.Menanam semangat gotong-royong dan amalan kerja berkumpulan.
g.Menanam semangat ukhwah Islamiah

PERKARA YANG MENGHALANG SEMANGAT KEJIRANAN.

Di antara beberapa perkara sikap negative yg sering menjadi punca kepada terputusnya hubungan semangat kejiranan:

1.Bersikap terlalu individualis
Sikap ini menjadikan seseorang sombong sehingga menimbulkan kemarahan dan
permusuhan yang berpanjangan. Sikap terlalu individu akan menjadikan seseorang
Hidup bersendirian kerana adanya sikap sombong itu..

2.Beranggapan diri mereka saja yang betul.
Sikap ini menjadikan mereka tidak boleh ditegur dan tidak mahu menegur org lain
Ia ditambah dgn fahaman- fahaman yang salah seperti
”JANGAN JAGA TEPI KAIN ORG”
dan seumpamanya. Sikap ini seolah-olah apabila berlaku kesalahan tidak boleh
ditegur langsung, malah apabila berlaku teguran akan berlaku pergaduhan pula.

3.Sikap persaingan yang tidak sihat.
Sikap persaingan yang tidak sihat ini akan melahirkan cemburu dan hasad dengki
yang menimbulkan keadaan tidak harmoni dlm masyarakat.Ia akan melahirkan manusia
yang mementingkan diri sendiri.

Jadi, pastikan anda seorang jiran yang membantu jiran anda agar kehidupan ini dapat dinikmati bersama...

Khamis, 3 Mac 2011

Boss....

Dalam alam pekerjaan pasti ada yang merancang,mentadbir dan juga pelaksana...

Jadi setiap arahan perlu ada sebagai pemangkin dan penggerak sesuatu perancangan...

Oleh itu...Fikirkan lah di mana anda dalam koordinasi alam pekerjaan anda...adakah anda seorang Boss?

Ahad, 20 Februari 2011

Sembang kawan....

Sekejapan masa berlalu pergi, pejam celik masa meninggalkan kita. Semasa berkesempatan meluangkan masa bersembang di kaki lima, banyak agenda kehidupan dapat dihuraikan dan dirumuskan untuk bekalan diri...

Ada sahabat yang katakan "Masa sekarang cepat betul, masa sekolah dulu, lamanya nak tunggu masa dalam setahun"...Mungkin ini perasaan kita atau memang akhir zaman semuanya pantas berlalu.

Seorang lagi sahabat pula katakan "Kalau nak berjaya dalam hidup, perlu ada 'attitude' atau sikap yang tidak menyusahkan orang dan buat apa yang menjadi tugas kita"...Ini adalah kata hikmah yang cukup mendalam bagi kita, kerana dalam kehidupan kita sekarang memang susah nak jadi seorang yang ada sikap tidak menyusahkan orang lain.

Tapi, ada seorang sahabat ni pula katakan "Aku no hal, hobi tetap hobi, 'atleast' ada untung dalam hobi kita, baru seronok walaupun duit banyak keluar"...Memang sekarang semua benda perlu duit, tapi kalau kita dapat tolong orang lain, lagi mulia apa yang kita buat tu.

Seorang lagi katakan "Kalau nak senang dengan pekerjaan kita, ikutlah rentak pengurusan kita macamana, selagi mana tidak bertentangan dengan norma agama dan kehidupan"...Agak sukar bagi mereka yang berhati keras untuk berbuat demikian, tapi bagilah peluang untuk mencuba...!

Akhirnya, seorang sahabat katakan "Susah semasa bercinta, bertunang dan berkahwin tidak sama, macam-macam dugaan yang datang...Orang ketiga ni memang sentiasa ada sebelum kahwin dan selepas kahwin,sehinggakan setiap apa yang dilakukan memang betul-betul mencabar sampaikan otak dah lali dengan keadaan" Tambahan kata sahabat lain "Bila kita dah lalui saat sukar pada awal perkahwinan, dan berjaya tempuhi, insyAllah kita akan lebih yakin menepis masalah akan datang, sedangkan masalah ini juga memang wujud untuk setiap alam perkahwinan walaupun belasan tahun perkahwinan"...Untuk ini, masalah adalah warna-warni yang menghiasi keindahan kehidupan yang disediakan Allah untuk kita, jadi DOA lah agar kita tabah selalu!!!

Walaupun tidak lama di kedai kopi, pelbagai rungkaian dalam kehidupan telah dibicarakan...Ini semua kerana masa itu emas, jika kita mempunyai masa yang diisi dengan baik, ia pasti memberi faedah pada kita...

"Golden hour is most important when all time is up to us for ourlife..."

Masa berdukacita...?

Andainya kehidupan ini adalah selamanya milik kita,
Kita akan sentiasa teruji dan diuji...

Dalam ujian yang kita hadapi ini,
Penuh makna dan hikmah untuk kita pelajari...

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu yang memikul..

Hati kita yang tabah adalah semangat yang menjadi teman,
Buat kudrat untuk kita tempuhi nama kehidupan...

Satu masa pasti akan tiba giliran kita,
Yang tidak akan dapat kita jauhi...

Doakan mereka yang tiada selamanya,
Agar mereka sentiasa mendapat tempat disisiNya...

Hanya doa dalam dukacita...Alfatiha...

Salam Maulidur Rasul...




Berselawat ke atas Nabi...
Agar kita dekat selalu dengan ajaran dan sunah Nabi...

Salam Maulidur Rasul!!!!

Selasa, 8 Februari 2011

Doakan untuk kesihatan mereka...

Sedang kini, ramai saudara, rakan dan taulan yang sedang sakit...Sebagai insan kita perlu mendoakan dan memberi keyakinan bahawa mereka akan terus sembuh sediakala. Doa adalah satu cara yang kita ada dan CARA seorang Muslim melawat saudaranya yang sakit berbeza dengan cara yang dilakukan oleh bukan Islam kerana disertakan dengan jampi dan doa. Maka di antara sunnahnya ialah kita hendaklah mendoakan si sakit dan menjampinya (membaca bacaan tertentu) yang ada diriwayatkan oleh Rasulullah SAW.

Contohnya: Imam al-Bukhari menulis "Bab Du'a al-'Aa'id lil Maridh" (Bab Doa Menziarahi Orang Sakit) dan menyebutkan hadis Aisyah bahawa Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu didatangkan kepada baginda SAW, Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): "Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit." (Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

Dan Nabi SAW juga pernah menjenguk Sa'ad bin Abi Waqash kemudiannya Baginda SAW mendoakannya (yang bermaksud): "Ya Allah sembuhkanlah Sa'ad dan sempurnakanlah hijrahnya." (Riwayat al-Bukhari dalam fathul-Bari No.5659).

Ada sesetengah orang mengemukakan pandangan tidak perlu didoakan kesembuhan kerana mereka beralasan bahawa sakit dapat menghapuskan dosa dan mendatangkan pahala seperti disebutkan dalam beberapa hadis. Bagi kemusykilan itu, al-Hafiz Ibnu Hajar memberikan jawapan demikian, "Sesungguhnya doa itu adalah ibadat dan tidaklah menafikan antara pahala dan kafarat (penghapus dosa).

Sebab keduanya diperoleh pada permulaan sakit dan dengan sikap sabar terhadapnya. Adapun orang yang mendoakan, akan mendapat dua macam kebaikan, iaitu mungkin memperoleh apa yang dimaksudkan atau diganti dengan mendapatkan manfaat lain atau ditolaknya suatu bahaya yang mana semuanya itu adalah kurniaan Allah SWT."

Memanglah seorang Muslim itu hendaklah bersabar ketika menderita sakit atau ditimpa musibah, tetapi hendaklah juga ia meminta keselamatan kepada Allah SWT seperti hadis sabda Baginda SAW: "Janganlah kamu mengharapkan bertemu musuh dan mintalah keselamatan kepada Allah SWT. Tetapi apabila kamu bertemu musuh, maka bersabarlah dan ketahuilah bahawasanya syurga itu di bawah bayang-bayang pedang." (Hadis Muttafaqun 'alaih daripada Abdullah bin Abi Aufa).

Dalam hadis Ibnu Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda: "Perbanyakkan berdoa memohon 'afiat (keselamatan)." (Riwayat al-Tabrani dan adh-Dhiya').

Salah satu doa Nabi SAW (yang bermaksud): "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu penjagaan daripada yang terlarang dan keselamatan dalam urusan dunia dan agamaku, keluarga dan hartaku." (Hadis riwayat al-Bazzar daripada Ibn Abbas).

Di antara doa lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amir, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang menjenguk orang sakit, maka hendaklah ia mendoakannya dengan mengucapkan, "Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu, agar dia dapat membunuh musuhmu atau berjalan kepada-Mu untuk melakukan solat." Maksud musuh di sini mungkin orang-orang kafir yang memerangi umat Islam atau Iblis dan tenteranya.

Selain itu ada lagi hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas berhubung sabda nabi SAW: "Barang siapa yang menjenguk orang sakit yang belum tiba ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak tujuh kali (yang bermaksud "Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi 'arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu") nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi). Doa-doa ini saudara boleh dapatkan dalam buku-buku doa keluaran Telaga Biru Sdn.Bhd.

Di antara sunnahnya lagi iaitu kita harus memberi harapan sembuh kepada pesakit seperti ucapan yang sering diucapkan oleh Baginda SAW iaitu, "La Ba'sa Tohurun, Insya-Allah" (maksudnya: tidak apa-apa, bersih (sembuh), Insya-Allah). Maksud tidak apa-apa itu ialah jangan bimbang kerana penyakit yang dihidap akan sembuh. Ucapan ini menimbulkan keyakinan, sekali gus menjadi doa semoga hilang penyakit dan penderitaannya serta kembali sihat di samping dapat menghapuskan dosa-dosanya.

Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan hadis daripada Abu Sa'is al-Khudri secara marfu' (maksudnya): "Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya." (Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi).

Sementara itu, bagi pesakit yang tiada harapan untuk sembuh, mengikut Sunnatullah- maka hendakah si pelawat itu memohon kepada Allah SWT agar Dia memberikan kasih sayang dan tunjukkanlah sikap yang lemah lembut kepadanya dan meringankan penderitaannya.

Sumber : BHarianOnLine 2010/01/30

Ahad, 6 Februari 2011

Perasaannya...

Tika malam melabuhkan tirainya...
Mentari pergi tanpa dihalang...
Bulan datang tanpa diundang...
Sedangkan aku seorang menanti hari esok...

Hari ini?

Segalanya pasti berlalu pergi...
Tanpa ku jangka suasana sepi...
Datang pula pujangga hati...
Yang mencengkam jiwa...

Hari esok?

Kebarangkalian angin menderu dingin...
Menyapa pipi dibuai angan...
Mudahnya pasir berterbangan...
Sukar dicengkam dengan perasaan...

Hari lusa?

Lusa pasti menjadi saksi...
Peristiwa semalam pasti menghantui...
Sukarnya dituruti kata hati...
Sedangkan ia gagah sekali...

Selamanya?

Mudah untuk dicanai...
Bagai pungguk meniti malam hujan renyai...
Penuh cabaran dan dugaan ke destinasi...
Yang pasti iringi doa utuh di hati...

Abadi?

Ikatan hati tersimpul mati...
Bagai keratan hati utuh terpateri...
Walau badai datang kerap kali...
Hanya perasaan hati sebagai kunci...

Kau dan aku, abadi selamaya...
-Hatimu Hatiku Yang Satu-

Ahad, 30 Januari 2011

Sense Of Heart...

Jangan suka pamer

Jadilah seperti jagung, Jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,

Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu-satunya.

Setia terhadap pasangan


Jadilah seperti pohon pisang.
Kalau berbuah hanya sekali, lalu mati.


Inner beauty


Jadilah seperti durian,

Jangan seperti kedondong .
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Beda dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi didalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul


Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.


Selalu bertindak adil


Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membagi makanan sama rata ke biji2 petai-nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin tua semakin bijaksana


Jadilah seperti cabai.. Semakin tua,semakin pedas.


Jangan munafik


Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis bisa diteka isinya dari bagian bawah buahnya.


Selasa, 25 Januari 2011

Reput...


Dalam kehidupan ini,
Tiap saat penuh cabaran dan dugaan...
Pelbagai cubaan dan rintangan perlu dan mesti kita redahi...
Datangnya daripada Yang Maha Esa,
Perginya dengan izin Yang Maha Esa.
Pada diri,
Hanya ada bekalan semangat dan mental kental,
Apa yang difikir, itulah semangat...
Usah biarkan hidup dengan jiwa dan mental,
Berkarat dan akhirnya REPUT dimamah zaman...
Huraikan cas negatif dalam minda sebagai azimat kehidupan lestari...
Stress adalah peneman yang setia dalam kehidupan...
Minda positif dapat menyahkan sakit mental akhir zaman...
Hidup untuk kebahagiaan diri, dan orang disekiling kita...

* JAUHKAN DIRI DARIPADA SAKIT MENTAL!!! - DUNIA KINI MEMBAWA CABARAN DALAM KEHIDUPAN YANG MATERIALISTIK DAN DAIF MORAL...PASTIKAN SAYA DAN ANDA TIDAK TERGOLONG DALAM INSAN REPUT...

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...