Khamis, 29 Januari 2009

Bila Kata Berbicara...

Meletup Sebiji Bersepai semua...

Andai kata ini mampu memberi pengertian...

Ia mampu membuktikan kekejaman zionis iblis!!!

Takbir!!!

Ahad, 25 Januari 2009

Kisah Hidup Sebelum Akhir Masa

Setiap yang hadir dalam pertemuan tetap bersyarat...
Begitulah jua perpisahan adalah mutlak...
Kejayaan hari ini adalah ujian untuk esok...
Namun kegagalan pula bukan hukuman selamanya...

Apa yang diimpikan adalah niat diminda...
Zahirnya pula adalah restu Illahi...
Sukarnya mengenang kesusahan...
Begitulah juga menanggung kejayaan...

Titik noktah tiada siapa yang tahu...
Tiada siapa dapat menghalang...
Ketentuan itu adalah penentu...
Untuk menjadi insan gemilang...

Alangkah bersedia kita apabila mengetahui saat akhir kehidupan...


Khamis, 22 Januari 2009

SURAMAN VS SERAMAN?

HARUSKAH IA DATANG SAMBIL MEMBAWA SERIBU PENGERTIAN?
ATAU HADIRNYA MEMBAWA SERIBU PERINGATAN?
SEDUNYA DI MALAM HARI IA DATANG MENYERU...
SENJA MENJELANG IA PERGI MELURU...

AZAN BERKUMANDANG MENGAJAK KE ARAH YANG SATU...
KE ARAH PERJALANAN YANG SATU...
MENUJU KEJAYAAN YANG BERIBU BATU...
ENTAH DI MANA PUNCAK YANG DITUJU?

SETIAP KEJADIAN MEMBERI ERTI KEHIDUPAN...
UNTUK MEMBAWA INSAN DARI AZALI KE AKHIR ZAMAN...
MULANYA DARI MUDA AMALAN...
AKHIRNYA DI TUA KEHIDUPAN.

SEMAKIN UMUR KITA MENINGKAT...
SEMAKIN PENDEK KANDUNGAN HAYAT...
SENTIASA BERINGAT...
MENJADI MUAFAKAT DAN BERKAT...

HURAIKAN APA YANG ADA DALAM DIRI KITA,
AGAR SETIAP KEJAYAAN YANG DI USAHA SENTIASA MENGHAMPIRI KITA...
INSYALLAH...

Ahad, 18 Januari 2009

Bahagia ini...




Sedarkah kita bahawa hidup ini penuh bahagia?
Apakah bahagia jika kurniaan Illahi tidak difahami?
Setiap tutur kata dan tingkah laku bermakna...
Asalkan diri sentiasa ada syukur dihati...

Huraikanlah bahagia dalam keperitan...
Kerana yang indah tetap indah...
Kerana keperitan ada kebahagiaan...
Dalam kebahagiaan tetap ada gundah...

Semua ini adalah lakonan duniawi...
Yang tertulis sejak azali...
Skrip dan watak yang telah diadili...
Bersyukur la moga diri sentiasa diredhai...

Takbir! Allahuakbar!

Sabtu, 17 Januari 2009

WALAUPUN SATU SEN...

Satu sen yang kita belanjakan untuk produk israel,
Mampu membantu mereka menyerang muslimin muslimah kita...
Adakah kita mahu terus menyokong?
Cubalah kita membuat tindakan bijak dalam berbelanja ke jalan yang membawa kemusnahan ini..
Hanya dengan ini kita mampu berdikari,
Tanpa cengkaman sang kafir...
InsyALLAH kita mampu!

MALAYSIA BOLEH! ISLAM BOLEH!

Khamis, 15 Januari 2009

Ada apa dengan kita???




"HARI SEMALAM MENINGGALKAN KITA,

HARI ESOK MENANTI KITA,

HARI INI MILIK KITA,

SELAMA-LAMANYA ADALAH HARI KITA"...:)

Riwayat Tarmizi

"Tidak akan bergerak kaki seorang hamba Muslim di Hari Qiamat sampai dia ditanya tentang bagaimana dia mengisi umurnya? Bagaimana dia manfaatkan ilmunya? Dari mana dia mendapatkan hartanya? Dan bagaimana dia membelanjakan harta-hartanya serta bagaimana dia menggunakan tubuhnya..."



(Riwayat Tarmizi)

BERKATA,MERASA DAN BERFIKIR....



Kadang-kadang apa kita kata,
Tidak sama dengan apa kita rasa,


Yang kita rasa,
Tidak sama dengan apa yang kita fikir,

Dan yang kita fikir,
Tidak sama dengan yang kita rasa...


Berkata-kata membuat kita merasa dan sentiasa berfikir...

Rabu, 14 Januari 2009

Sejati Nan Abadi

Sukarkah sang bayu membawa rindu ini ke sana....
Adakah badai yang melanda ini mampu membawa bahagia selamanya?
Sedangkan taufan juga membawa seribu erti persoalan...
Asalkan angin bayu tetap membawa penyesalan...

Benci ini bukan petanda menyampah...
Asalkan hati telah beralih arah...
Bukti cinta itu mainan dunia...
Cinta Illahi tetap yang abadi buat diriku dan dirimu...

Selamaya angin rindu tetap menemani cinta abadi...

Isnin, 12 Januari 2009

BUMI ANBIYA

BUMI ANBIYA YANG INGIN DILENYAPKAN OLEH ISRAEL DALAM DUNIA...
BETAPA KEJAM ZIONIS YANG MERAMPAS JAJAHAN ISLAM...
MENGAKIBATKAN RAKYAT PALESTIN DIBUNUH DAN MENJADI PELARIAN
SEBAGAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAH KITA SATUKAN JIWA,SUARA DAN DOA KITA...
AGAR ISLAM SENTIASA DILINDUNGI DI MANA SAHAJA...
AL-FATEHA BUAT SAUDARA KITA YANG SYAHID DI PALESTIN...
AMIN YA ALLAH...

Ahad, 11 Januari 2009

ANDA LIHAT!!! ANDA NILAI!!!

































Apakah kesudahan intifada Palestin ini?
Adakah ia akan terus ke titisan akhir Qiamat?
Ayuh doakan mereka mati dalam keimanan,
Agar syahid mereka disisi Rahmat Allah...
Doakan mereka! kerana 2 mata yang tak mampu melihat mereka sedemikian...
Mulut yang kelu untuk berbicara ini,
Hati yang penuh sayu...
Melihat kegelimpangan Muslimin Muslimah di Bumi Palestin...
Inilah tanda Akhir Zaman...

zionis iblis syaitan nirajjim!!!
Takbir!!! Allahuakbarx3!!!

Marilah kita bersatu demi Islam yang tercinta wahai warga Dunia!!!
Doa kita menyatukan kita agar saudara kita sentiasa bersama Allah...

Amin...

Sabtu, 10 Januari 2009

AJAL,AZALI DAN KIAMAT...

Andai setiap masa kita memikirkan kematian...
Andai tiap detik kita memikirkan kiamat...
Asalkan ia telah ditetapkan dari azali...

Adakah kita telah mengecapi semua yang diimpi sementara hidup ini?
Apakah yang kita telah sedia untuk menuju kematian?
Adakah kita rela menuggu hingga kiamat?

Andai kematian sentiasa dalam pemikiran...
Alangkah indah hidup ini...
Apapun hiduplah dengan sebaiknya...

Doaku,

Ibadahku seperti tiada lagi hari esok,
Kerja dan tanggungjawabku seperti ingin hidup 1000 tahun,
Syukuri yang ku kecapi,
Agar bahagiaku abadi...

Jumaat, 9 Januari 2009

INSAN VS MANUSIA

Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama...
Namun tanggapan ini adalah kurang tepat...
Kerana WATAK dan PERWATAKAN benda yang beza...
MANUSIA adalah pemain peranannya,
INSAN pula nilai jiwa yang ada untuk setiap jasad...
Oleh itu,
Seorang MANUSIA perlulah menjadi seorang INSAN...
INSAN yang memiliki jiwa murni dalam kehidupannya...
Demi menggapai rahmat serta keredhaan-NYA yang ABADI...
Jadilah INSAN yang membantu diri untuk membantu INSAN lain...

Rabu, 7 Januari 2009

D.U.I.T for EVERYTHING

Apa kita fikir?
Apa kita buat?
Apa kita nak?

Semuanya bole dapat jika ada D.U.I.T
Banyakkan D.U.I.T untuk selamanya,
Kerana D.U.I.T segalanya...

D = DOA
U = USAHA
I = IKHTIAR
T = TAWAKAL

CUBA LA RESIPI HIDUP ABADI INI!!!

Selasa, 6 Januari 2009

Zionis Iblis!!! ALLAHUAKBAR!!!x3

27 Disember 2008 menjadi hari pertama serangan Israel terhadap Palestin...
Apa tindakan Dunia?
Apa tindakan pemimpin Dunia?
Pemimpin Islam?
Pemimpin Arab?
Manusia dan Insan Dunia?
Di mana kita?
Bagaimana kita?

Hari ini 558 orang menjadi kerakusan zionis!
Alasan Hamas adalah sandiwara semata,
Anak kecil dan wanita ISLAM menjadi korban,
Di mana DUNIA?
Sekadar melihat JIHAD di sana,
Islam kita perjuangkan...
Jika kita tidak mampu memegang SENJATA,
DOA kita sebagai SENJATA,
HAK pengguna kita sebagai senjata,

BOIKOT barangan AMERIKA-YAHUDI!
Apa sahaja yang menjadi produk mereka patut kita BOIKOT!

Kerana satu sen keuntungan mereka itulah,
Sumber yang digunakan mereka meragut nyawa,
Menghancurkan BUMI ANBIYA dan MUSLIMIN-MUSLIMAH KITA!!!


ALLAHUAKBARx3!!!
Sahabat, mari kita doakan Qunut Nazilah buat saudara2 kita di sana.
”Allhumma ya Mujriyas sahib, wa yaHazimal Ahzab, Ihzimhum kaumalkafirin, walaknat ‘alaihim, wansurna ‘ala kaumal kafirin”
salam perjuangan. ALLAHUAKBAR

Ahad, 4 Januari 2009

Andai kata setiap tuturkata,
Salah perbuatan kita,
Kebaikan kita,
Ia tetap menjadi cermin diri kita...

Sepertimana kita berhadapan dicermin,
Itulah kita yang sebenar,
Tiada siapa yang mampu menyangkal,
Kejadian ini,
Bersyukurlah atas kejadian insani...

Sabtu, 3 Januari 2009

Masalah sebagai cabaran akan menjadi positif,
Jika lari dari masalah,
Masalah takkan selesai,
Hadapi masalah,
Untuk menimba pengalaman,
Untuk terus maju ke hadapan...
Kita memang tidak dapat mengubah semalam,
Tapi kita masih mampu berbuat sesuatu sekarang,
Mampu merancang untuk esok,
Kerana kejayaan esok ditangan kita,
Kejayaan kita adalah izin Yang Esa...

Rabu, 31 Disember 2008


I KNEW I CAN
BE WHAT I WANNA BE
IF I WORK HARD IN IT
I'LL BE WHEN I WANNA BE...
BE OURSELF IN OURLIVE...

Ahad, 28 Disember 2008

.........renungkanlah..........

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan,setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi sebenarnya `cabaran-dugaan hidup' yang lebih mencabar sedangmenanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula `cabaran-dugaan-masalah'.Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua,tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat...Tidak kurang juga pasangan yang kecundang,karam dan lemas...Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai Penasihat...Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihatjuga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ` perkahwinan itusendiri' "mengambil masa" untuk `proses penyesuaian' antara lelaki dan wanita.

'Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kitakatakan kita sudah cukup kenal seseorang...Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..."Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan...Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek...Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...Semuanya terletak kepada ANDA, `suami dan isteri', bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut?

Setiap pasangan meng'impi'kan pasangan yang akan memenuhi naluri atauimpian mereka.Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku mengangankan Isteri yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akanlahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)

Sebaik cincin disarung ke jarimanis, ingin saja aku berbisikkepadanya,"andai kita impikan mahligai kita bahagia, semaikan keimananan yang bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit apicemburumu dan gemburkan dengan jenakamu..."Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, " Akumahu keluarga bahagia."Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian,rumahtangga bahagia `tidak wujud' hanya dengan kata-kata...Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan...

Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu(teori).Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!

"Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal"Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat,keharmonian itu bermula dari rumah..."Rumahku, Syurgaku."

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..Ingatlah perpatah ini " LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS..."Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa...Jangan kau jadi sekeras batu?kerana batu tidak mudah untukdibentuk...

Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANku...Kebanyakan lelaki dambakan wanita `cerdik'...Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...Cerdik mendidik anak-anak,Cerdik dalam `argument' dan lojik?.Jangan hanya jadi `pak turut'?Wanita pula dambakan lelaki yang ` alert'...Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...Jangan biarkan masalah menjadi `api dalam sekam...'Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat,kerana `sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidakmenyekutui Allah dan RasulNya...Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan kita menyusahkan isteri, selagi isteri tidak menderhaka kepadamu, Allah danRasulNya...`Beriman dan bertanggungjawab' memainkan peranan yang penting dalamrumahtangga...

Dan, jangan sesekali menuntut "suami" sahaja, atau "isteri"sahaja memainkan peranan...Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri."Itu la taarif "perkongsian hidup"...Peranan kedua-dua."Kongsi kasih sayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yangberkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama `suami dan isteri...'

`Teori' jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing...(`menunjukkan' di sini bukan bermaksud untuk dibanggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang.IsteriWAJIB beri peringatan...Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, jangan sesekaligentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN lelaki...Biar dia marah kita, katakan, `Allah lebih marah perbuatanmu...'Dan, katakan `kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...'Jika lelaki itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan ber'terima kasih' kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah...Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai teman hidup untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:"Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?"Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka perlu "berganding bahu" dengan utuh untuk membentuk `keluarga bahagia...'

Jangan sesekali `suami' menunding kepada `isteri' atau `isteri'menunding kepada `suami' bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian,kerana jika salah seorang mereka `sedar' terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak `diberi peringatan' kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...Di sini ilmu amat penting...Didik dengan lemah-lembut, tetapi `tegas' atau 'keraskan' suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ...Jangan biarkan `dia' mempermainkan perintah Allah SWT! Alam perkahwinan itu `amat manis'...semanis berbulan madu, tetapi menjadi `amat pahit'...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang `perfect'...tetapi memadai, "tanggungjawab" kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...

Dan pesanan terakhir untuk dikongsi, kita manusia tidak pernah terlepas daripada kesilapan..Kita adalah kita..Walaupun belum mengecapi alam perkahwinan,aku minat untuk mengkaji alam yang penuh cabaran ini.Sama-samalah kita...:)

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...