Ahad, 11 Ogos 2019

Pengorbanan sehingga terkorban...

Salam Aidiladha 1440H...

Setiap insan pasti berkorban,
Tidak kira masa, wang, jiwa, dan kasih sayang,
Sedar atau tidak, pengorbanan itulah
Ujian dari Allah..

Hadap sahajalah apa yang dihadapan,
Abaikan kisah lalu,
Ambilah kenangan terindah,
Bekalkan demi masa depan.

Wallahualam

Khamis, 1 Ogos 2019

Usaha itu Komitmen...

Assalamualaikum wbt...

"Aku matahari yang tidak mampu memberi kehangatan,
Aku pelangi yang tidam mampu memberi warna,
Aku rembulan yang tidak mampu memberi cahaya,
Aku bintang yang tenggelam dalam kegelapan malam..."

Setiap usaha dan komitmen tidak mampu dipaksa manusia lain, kerana ia hadir dari dalam hati yang sentiasa mengharapkan ihsan Allah...sentiasa berfikiran positif agar akal dan niat selari dengan kehendak diri dan makbul Allah Swt...

Wasalam

Ahad, 5 Mei 2019

Kejayaan itu...

"Tiada kepercayaan yang tidak mungkin digoncang, tiada dogma yang disanjung tinggi tidak boleh dipersoalkan, tiada tradisi yang telah diterima tidak boleh diancam kemusnahan"

Jumaat, 12 April 2019

Selasa, 2 April 2019

Manusia Sebagai Elektron

Asslamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Tika manusia itu menghuni di muka bumi,
Tugasan sebagai khalifah yang beramal,
Tetap bergerak selagi bernyawa,
Terus membekal tenaga di muka bumi...

Begitulah perumpamaan kitaran gas:
Nitrogen
Oksigen
Hidrogen
Karbon
Yang merosakan muka bumi adalah manusia sebagai elektron di muka bumi...

Sabtu, 16 Mac 2019

PEMIKIRAN LONCOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saban hari apabila menyusuri kehidupan ini, dapat dilihat bagaimana ragamnya manusia dan tindakannya....

Sekiranya, tindakan itu dilaksana demi kepentingan peribadi maka tidaklah ia memberi kesan kepada orang sekeliling sepatutnya. Namun, jika kesannya terkena kepada insan lain, jelas ketidakadilan berlaku.

Sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku, perlu dinilai secara holistik berdasarkan fakta dan hujah yang kukuh. Bukannya berdasarkan akal logik semata. Adapun hujah, itu bukan satu ketetapan hakiki, kerana tiadanya penganalisaan yang lemah dan rapuh.

Sudut pandangan kepada penyelesaian boleh berada 360 darjah, namun perlu berpaksikan kepada akar pokoknya, bukan hanya buah-buah yang dihasilkan. Bagaimana kan sebatang pokok dapat menghasilkan buah yang ranum, jika akarnya tidak berjaya mencari makanan.

Setiap daripada kita bergelar insan, dan bukan manusia semata perlu dibezakan. Kerana manusia mampu bertindak mengikut amarah dan serakah. Sedangkan insan itu mempunyai gaya pemikiran yang loncos bagi tiap tindakan.

Walhualam

Sabtu, 23 Februari 2019

TRIVIA....

"We failed to be success, because we failed to planning how to be success"

KEUPAYAAN

Asslamualaikum dan salam sejahtera....

Kali ini, apabila direnung tingkah laku manusia sebagai iktibar diri, dapat dilihat manusia mudah untuk membuat perbandingan berbanding kesakmaan.

Kerana apa, kita perlu mengesahkan keupayaan orang lain, sedangkan kita lebih berupaya dengan lorongan kita sendiri?

Perasaan itu perlu diluah, tapi bagaimana luahan itu diolah agar lebih mencapai objektifnya.

Bukan mudah bagi kita membuat penilaian ke atas rezeki, jodoh, maut...sebab usaha atas kita, Maha Kehendak lebih segalanya

Susunatur perasaan itu terletak pada diri kita, bukan orang lain...walhualam

Rabu, 6 Februari 2019

How do u feel as a gelandangan???

Asslamualaikum n Gong xi fa Cai...

Hopefully we always in Allah Bless any second of breath...

As a human,

Sometime we can feel as a boss,

Sometime we can feel as a labour,

Sometime we can feel as stupid,

Sometime we can ferl as a smarties,

What ever we feel, we just only the gelandangan in the alami..we can choose what do u want, but the best choice will choosen with Allah help...

Walhualam

Ahad, 3 Februari 2019

Kebahagiaan Di Sini Untuk Di Sana

Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Sesunggguhnya kita di sini mampu lebih berbahagia apabila membahagiakan orang lain...

Insyallah, nawaitu itu hanya milik Allah...

Ahad, 4 November 2018

Kesempurnaan.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Isunya,setiap kehidupan mereka inginkan kesempurnaan...

Tak kira apa cara sekalipun, mereka bertindak atas peraturan orang atau ciptaan mereka demi mencapai kesempurnaan...

Penggunaan setiap cara dicuba sehingga berjaya...

Akhirnya, mereka gagal jua mencapai kesempurnaan, kerana mereka diciptakan untuk menyempurnakan kehidupan bukan ingin menjadi yang sempurna...

Wallahualam

Sabtu, 20 Oktober 2018

Hari ini untuk esok yang belum pasti...

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Hari ini,
Telah berlalu dengan jayanya,
Telah berlalu dengan kegagalan,
Telah berlalu dengan seadanya.  

Esok hari,
Belum tahu berjayanya,
Belum tahu kegagalannya,
Belum tahu adakah seadanya...

Hari ini dilalui untu esok,
Esok yang belum pasti,
Namun esok masih sempat dirancang,
Kerna yang pasti Allah yang menentukan...

Ibadah kehidupanku hanya kerna Allah...
Kerna Allah Maha Mengetahui berbanding kalian...

Wasalam

Ahad, 30 September 2018

Kereta dan Manusia....

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Jika kereta rosak,
Kita akan bawa ke bengkel kereta,
Jika dibaiki baik, maka jadilah baik
Namun, jika tidak baik, rosaknya berbalik

Kesimpulannya,  bawalah ia ke tempat asal usul ciptaannya... Segalanya dirancang dan ditentukan oleh penciptanya...

Jika manusia itu bermasalah,
Manusia jadi stress dan gelisah,
Buat itu, buat ini semuanya susah,
Dibawa masalah ke tempat yang salah,
Gelisahnya hilang sementara,berbalik gelisah,
Maka carilah Allah Maha Yang Maha Permudah.

Kesimpulannya,  maka tiap masalah manusia pasti akan mudah jika kita berbalik kepada Allah.. Berfikiran waras, terlupa segera ingat, bila dah dekat teruskan niat ibadat pada tiap urusan, selagi hidup sentiasa fikirkan Allah.

Sabtu, 15 September 2018

Salam Maal Hijrah

Jangan jadikan dunia ini kerisauan terbesar kita , sedang setiap sesuatu hanyalah bersifat sementara. Letakkan akhirat dalam hati kita dan letakkan dunia di tangan kita agar mudah kita membahagikannya . jangan membeli Syurga dengan harga yang murah dan jangan gadaikan akhirat demi memiliki kesenangan dunia. Dunia ialah nikmat tetapi dunia itu menjadi kosong bila kita membuka mata sahaja dunia lah yang kita kejarkan.

pandang Allah dalam setiap sudut . besarkan Allah dalam hati kita, nescaya dunia ini menjadi kecil dan ia bukan lagi kerisauan kita.

Moga tahun baru ini lebih bermakna dibawah perhatian Allah tiap saat..

Amin

Ahad, 26 Ogos 2018

SUATU PENGORBANAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pengorbanan adalah satu tindakan yang membezakan keikhlasan dalam bertindak dalam sesuatu perkara atau hanya menurut perintah...

Walhualam

Salam Aidiladha

Rabu, 22 Ogos 2018

Kehidupan Menuju Kematian...

Assalamualaikum wbt...

Kehidupan semalam mengajar erti kebenaran hari ini...

Sejarah semalam menjadi kenyataan pada hari ini....

Jangkauan hari ini ada lipatan momen indah untuk esok....

Sukar dijangka tiap perancangan adalah ketentuan yang tetap...

Kejayaan dalam kehidupan bukan noktah abadi...

Kerana yang hidup telah dijanjikan mati....

Kehidupan perlu pengisian semaksima...

Agar kematian dan kehidupan akhirat yang abadi menjadi perkara yang tidak sia-sia..

Moga kita ditempatkan bersama umat yang diredhai...

Moga mereka yang dahulu pergi ditempatkan bersama org beriman....

Alfateha

Sabtu, 16 Jun 2018

Salam Aidilfitri...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,..

Asalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat kepada saya, anda dan kalian...

Mulakan memohon ampun sebaiknya, bagai membuka lemang...

Senyuman manis disembahkan, ibarat air sirap merah berbandung...

Gagahkan diri menerima kesilapan, ibarat dodol yang liat dikunyah,  sedap ditekak...

Sesungguhnya manusia tidak pernah membuat silap, namun Allah tidak pernah tidak mengampuni dosa kita...

Walhulama

Ahad, 15 April 2018

Anugerah Kehidupan....

Asslamualaikum wbt....

Dalam menyusuri 'millage' tiap langkah kehidupan, sudah pasti kita menyusuri penambahan angka umur...

Setiap langkah yang kita redahi,  diberi pakej pengalaman yang berbeza antara insan...

Susah senang, menjadi azimat semangat selagi nyawa dikandug jasad... Andai nyawa terpisah, tiada peluang kedua untuk dicuba...

Setiap kesedihan,  disulami hikmah yang tersendiri bila dek difikirkan secara positif, dan sebaliknya difikirkan akan menjadi kelemahan...

Setiap pencapaian cemerlang, bukan sekadar pengiktirafan kerja kuat, tapi tertulis rezekinya sejak azali... Dan juga menjadi kayu ukur bagi kelemahan yang perlu ditambahbaik...

Sekiranya,  yang dihajati itu masih belum tiba,  itu bukan pengakhiran, tapi itu satu mula langkah yang lebih jauh perlu difikirkan...

Dengan izin Allah,  kehidupan insani itu akan menjadi anugerah kehidupan yang tidak ternilai jika sentiasa berfikir...kita hanya mampu berfikir dan mengandai, namun perancang dan Maha Penentu, hanya dari Allah...

Alhamdulillah syukur....#berfikir dan bersyukur...

Ahad, 18 Mac 2018

The heart of The Leaderless Revolution

Assalamualaikum, salam sejahtera...

There are 4 simple ideas at the heart of The Leaderless Revolution.

1. The action of one individual or small group can affect the whole system very rapidly,

2. The action that convinces, not words,

3. About engagement and discussion,

4. The power to decide matters for ourselves...

Wallahualam

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...