Orang Melayu zaman dulu-dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu.
Mungkin pantang larang dan petua ini tidak semestinya benar dan mungkin juga tidak bertepatan dalam agama kita.Namun pengalaman dan petua ini boleh dianggap nasihat berguna untuk anak-anak kita.Adakah pantang larang ini masih sesuai pada masa sekarang? Tepuk dada tanya hati...
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
Wallhualam....
Perjalanan hidup ini tidak mudah yang disangka. Merintis kemungkinan, namun segalanya tetap ada hikmahnya dan segalanya datang daripada Yang Maha Esa...Yakin dan Percayalah... اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Sabtu, 6 Jun 2009
Sabtu, 16 Mei 2009
Past is past forever....???Or Not???

Maaf....
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di manape muda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepadabapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Hati adalah permata yang sukar dicari.Hati membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan..Hati juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka pintunya kepada kita.
"Maafkan sekiranya hati ini pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
Kerana setiap kesalahan itu adalah kelemahan,dan setiap kelemahan itu juga adalah ketidaksempurnaan,dan ketidaksempurnaan itu adalah ujian NYA dan jadilah pelengkap pada setiap kekurangan insan disekeliling anda...
Rabu, 13 Mei 2009
Gatal mulut???Realiti dan fantasi...
Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macampecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam herofilem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnyaya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memangbegitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder tocry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Adakah ciptaan seseorang ini adalah KALAU-KALAU?
Tiada alasan untuk kita merendahkan seseorang,kerana diri kita ini adalah cermin yang kita sendiri kadang-kadang terlupa bagaimana kita sebenarnya?
Setiap kekurangan tetap ada kelebihan dan setiap kelebihan pasti ada kekurangan.Lelaki perempuan dicipta untuk menjadi pelengkap kehidupan yang penuh dengan warna-warni ini.
Bersyukurlah pada ciptaan yang MAHA ESA...

Rabu, 6 Mei 2009
Kata-kata si warna-warni...
Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkar.Semua menganggap dirinya lah yang terbaik yang paling penting yang paling bermanfaat yang paling disukai
HIJAU berkata:"Jelas akulah yang terpenting. Aku adalah pertanda kehidupan dan harapan.Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan.Tanpa aku, semua haiwan akan mati.
BIRU menyampuk:"Kamu hanya berpikir tentang bumi,pertimbangkanlah langit dan samudra luas.Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan.Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa"
KUNING menjerit:"Korang ni serius ke? Aku membawa tawa, kesenangan,ceria dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan.
"OREN menyusul dengan meniupkan trompetnya:"Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang, tetapi aku berharga karena aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Pikirkanlah labu, jeruk, mangga dan papaya. Aku tidak ada dimana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazat saat fajar atau saat matahari terbenam. Keindahanku begitu menakjubkan hingga tak seorangpun dari kalian akan terfikir di fikiran orang."
MERAH tidak boleh diam lebih lama dan berteriak:"Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah-darah kehidupan!Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa.Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan.Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy."
UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu:Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan. "Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, Pemimpin dan para marhain memilih aku sebagai pertanda kuasa dankebijaksanaan. Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku."
Akhirnya
NILA berbicara lebih perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama:"Pikirkanlah tentang aku. Aku warna diam. Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua menjadi dangkal. Aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan kontra, untuk doa dan ketenteraman batin."
Jadi, semua warna terus menyombongkan diri, masing-masing yakin akan kehebatan dirinya.Perdebatan mereka menjadi semakin keras. Tiba-tiba, cahaya halilintar melintas membutakan.Guruh menggegar.Hujan mulai turun tanpa kasihan.Warna-warna sama-sama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.
Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara:"WARNA-WARNA , kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus,unik dan berbeza?
Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!"
Menuruti perintah, warna-warna berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudian berkata:
"Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing-masing dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagai busur warna sebagai mengingatkan bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian.
Pelangi adalah pertanda Harapan hari esok."Jadi, setiap kali HUJAN turun keras membasahi bumi dan saat Pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita MENGINGAT untuk selalu MENGHARGAI satu sama lain.
MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK, KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN DAN KELEMAHAN UNTUK SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU, MEMBERI KEKUATAN VISI KITA, KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN ....TIADA SESIAPA DALAM DUNIA INI MAMPU HIDUP BERSEORANGAN,KERANA SEMUANYA SALING BERGANTUNG DAN MENJADI PELENGKAP UNTUK DIRI MASING-MASING!!!
Persahabatan itu bagaikan pelangi:Merah bagaikan buah epal, terasa manis di dalamnya.Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.Biru bagaikan air jernih.Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.Nila-lembayung bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kalbu.
Top secret???
Hadis :Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda
"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:
1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan
Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.3) Tiada seorangpun
yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.
(Bukhari)
Huraian :Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan.
Firman Allah yang bermaksud
"Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

Jumaat, 1 Mei 2009
U asked me,i said u!!!
> > u asked me if i liked u, i said no.> > u asked me if u was pretty, i said no.
> > u asked me if u was in my heart,i said no.
> > u asked me would i cry if u walked away,isaid no.
> > >> > > So u walked away..but i grabbed ur arm and> > said...> > I dont like u,but I love u... > > Ur not pretty,but U r beautiful n cute...
> > Ur not in my heart,but U r my heart...
> > And i wouldn't cry if u walked away, i would> > > die...
Isnin, 27 April 2009
Tak semuanya kita tahu...So jangan EGO!!!!
1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)
Huraian :Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan.
Firman Allah yang bermaksud "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)
Rabu, 22 April 2009
Mengantuk dan Sangap....???
ADAB KETIKA MENGUAPHendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.
Mengikut adabnya hendaklah menggunakan sebalik tapak tangan kanan untuk tujuan menutup mulut ;
mengikut riwayatnya,
Juga disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung. Wallahu'alam
Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah SWT kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia dari syaitan.
Rasulullah SAW bersabda:Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi bersabda
"Sesungguhnya Allah SWT sukaakan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin danmemuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan"Yarhamukallah".
Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapatmungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.hadith riwayat Bukhari.
Rasulullah SAW bersabda dari Abu Hurairah RA katanya, "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar-lebar).hadith riwayat Tarmizi & Muslim
Hmmm...Jadi pandai-pandailah menjaga adap tika dan waktu sangap,takut-takut SETAN masuk dengan selamba...Wallahualam...
Selasa, 21 April 2009
Ada hikmah dalam ujian hidup ini sebenarnya...

Andai kata setiap permasalahan ada puncanya?
Apakah yang kita perlu uraikan?
Adakah lari itu satu jawapan?
Bukankah ia satu tambahan masalah?
Mengikut kajian,80%-90% manusia akan cuba lari dari masalah,
Namun tidak ramaii yang bersedia menghadapi masalah,
Akhirnya ia menjadi pekong yang akhirnya menjadi satu kerumitan dalam hidup,
Dan kadang-kadang menjadi satu halangan kehidupan...
Dalam 1001 ujian mahupun masalah manusia,
Sebenarnya tersingkap satu hikmah yang memang diturunkan sebagai dugaan,
Sebagai satu medan perjuangan untuk mencari kebahagiaan,
Sebagai satu titik tanda dalam menguji dan mendekatkan kita pada Maha Pencipta...
Sesungguhnya DIA Maha Yang Mencipta dan Maha Mengetahui segalanya...
Dekatkan diri pada-Nya bererti kita memudahkan setiap ujian yang ada...
Terpulang pada kita yang ada kiri dan kanan sebagai pilihan...
(Dalam gambar di atas,cuba fokus dan cari wajah seorang manusia yang berada dalam 1001 masalah iaitu anda sebagai insan yang mempunyai akal)
Ahad, 19 April 2009
Wahai Lelaki,diriku...
Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita. Tanpa wanita hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak.
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya.
Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia.
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Hiasilah ia dengan akhlak.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan bengkok.
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya.
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segala di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallahu Wajhah.
Pesanan buat diri ini yang kadang-kadang terlupa ciptaan Allah buat dirinya...
Ahad, 12 April 2009
Power of Girl's???Lets find that.....

KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.Tapi kemesraan layanan yang tidak kena kepada orang lain mampu membawa bencana kepada pasangan.Timbul salah faham kerana apa yang difikirkan perempuan kadang-kadang memberi maksud tersendiri kepada lelaki yang perasan.Ini terbukti terjadi apabila goyahnya kepercayaan lelaki kepada perempuan apabila datangnya orang ketiga.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.
So,sebagai lelaki yang sejati,wanita yang terbaik adalah impian selamanya.Walaubagaimanapun seseorang wanita itu,dimata lelaki yang menyayangi perempuan itu dapat melihat kesempurnaan yang ada lebih daripada kesyukuran.Be your self girl!!! For your men forever and ever...Hopely Allah always bless you now and after..InsyAllah.
Selasa, 7 April 2009
Mendekati Allah Bererti Mencari Kebahagiaan...

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Jumaat, 20 Mac 2009
Erti Anjakan Paradigma sesama insani???
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.Dalam cinta juga perlu sentiasa memahami kehendak masing-masing agar paradigma yang wujud benar-benar memberi kebahagiaan.Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya..
"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
One Goal Mindset!!!

Setiap daripada kita membina impian yang terbaik dalam diri mereka...Namun tidak siapa dapat membantu jikalau diri mereka sendiri yang tak mahu membantu diri mereka dalam menggapai segala niat dihati mereka.Setiap yang difikir datangnya daripada niat dihati kemudian barulah ia menggerakkan segala perbuatan kita ke arah hajat tersebut.Semuanya mampu berjalan lancar dengan restu Illahi...Dalam kerjaya seseorang juga,perlu diniatkan segala perbuatan dengan positif supaya seluruh perjalanan kerja dan aktiviti kerja sentiasa di bawah perhatian dan izin Yang Maha Esa...InsyAllah...
Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :
" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...
" Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA.
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat...kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki dan sentiasa mencari kelemahan orang...nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...Pilihan ada ditangan kita dalam membina jambatan duniawi untuk ke arah alam yang abadi...
Sabtu, 14 Mac 2009
Putaran kehidupan ini...

Kita hidup hanya sekali dalam bumi ini...
Tiada hukum karma yang boleh memberi peluang kepada kita...
Hargai diri kita agar menjadi insan yang terbaik untuk diri sendiri,
Jadikan hidup ini pentas untuk mencapai akhirat...
Sedari diri sendiri agar tingkah laku tersusun rapi,
Jadikan insan yang disayangi teman sejati,
Usah kita bermain api kesetiaan,
Kelak membakar diri...
Hidup kini lebih adil,
Kerana setiap perbuatan tertunai sendiri...
Ibaratnya roda yang sedang berputar,
Ia tetap menjadi putaran lengkap satu bulatan.
Begitulah hidup kita yang sentiasa adil dengan apa kita lakukan...
What u need? What u want?

Kadang-kadang kita lupa apa yang kita kejar di hadapan,
Kita lupakan apa yang mengejar kita di belakang...
Tidak dinafikan setiap impian mampu menjadi kenyataan...
Kenyataan dalam impian bukan mudah untuk dibualkan,
Bukan omongan kosong yang boleh menjadi sandaran..
Semakin kita laju berlari dari bayangan,
Semakin laju jugalah bayangan yang mengekori,
Apakah ini semua memang rancangan yang dibuat semata-mata?
Apakah ini semua memang rancangan yang dibuat semata-mata?
Untuk memfaktakan sesuatu yang terang-terangnya auta?
Semuanya hadir dan melalui satu siratan akal dan hati..
Entah bagaimana seseorang insan itu mampu terus bertahan,
Dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam suratan kehidupan,
Tidak mudah seperti yang disangka,
Melainkan keikhlasan dalam mentadbir diri sujud ke-hadrat Illahi...
Tidak mudah seperti yang disangka,
Melainkan keikhlasan dalam mentadbir diri sujud ke-hadrat Illahi...
Bukan susah nak jadi susah,
Dan bukan senang nak jadi senang...
Muhasabah diri tiap kali mata ingin terpejam mampu mengubah hari esok...
Ahad, 8 Mac 2009
12 Rabiul Awwal 1430H

Esok genaplah purnama kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita
Nabi Muhammad s.a.w.
Di sini marilah kita mengambil kesempatan berselawat kepada baginda,
Berdoa agar kita umat Islam di akhir zaman ini sentiasa dekat bersama baginda...
Agar mendapat syafaat baginda di mahsyar nanti...
Sunah Rasulullah kita ikuti lebih-lebih lagi dalam menghadapi ancaman mucuh Islam secara tersurat mahupun tersirat...
Sirah Rasulullah s.a.w untuk kita semua tatapi dan ingati kembali...:
1.Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber
yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan
Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau
bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal
tahun Gajah.
2.Menjadi Rasul dalam Rabiulawal ini juga semasa berumur 40 tahun dan seterusnya
berdakwah secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3.Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika
itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda
sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat
Jumaat yang pertama.
4.Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara
tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah
peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul
Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5.Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari
Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra
dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6.Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu
menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di
Dewan Bani Sa'idah.Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau
seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan
pengkebumian jenazah Rasulullah saw diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7.Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq
dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8.Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan
tentera Salib seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9.Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah
ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun
897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid
ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Sabtu, 7 Mac 2009
Motivasi Anda Bagaimana Agaknya???
Semua insan tidak mengira usia,latarbelakang jantina dan apa sahaja yang membezakan mereka tetap memerlukan motivasi.Tidak kisah lah motivasinya datang daripada orang lain mahupun dirinya mereka sendiri...Apa pentingnya motovasi??? Untuk apa??? Sedangkan motivasi ni dapat menjadikan seseorang tu orang yang HEBAT!!! Walhal orang yang kurang siuman juga ada cara maereka tersendiri!!! Dalam menzahirkan motivasi diri,kita perlu banyak BERINTERAKSI DAN BERKOMUNIKASI sesama insan.Di sini,kita boleh renungkan
APA KATA DATO' DR.FAZILAH KAMSAH melalui kajian beliau....
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksidengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengankita ialah:
1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang,senyuman, bantuan tenaga,
masa,nasihat, idea,pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum
kita memarahi seseorang.
6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain.Pastikan setiap orang seronok berinteraksi
6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain.Pastikan setiap orang seronok berinteraksi
dengankita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiapmasa. Peribadi yang kurang sopan akan
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiapmasa. Peribadi yang kurang sopan akan
membuatkan orang lain mual terhadap kita.
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada
kita.
10.Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri
kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.
11.Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.
12.Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan
11.Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.
12.Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan
mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13.Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14.Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15.Sampaikan berita baik tentang orang lain dansembunyikan keburukan dan kelemahan orang

lain.
16.Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah denganseseorang dan iringi perpisahan
16.Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah denganseseorang dan iringi perpisahan
dengan doa.
Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain.
Ingatlah pesanan seorang sarjana:
Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu),sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.
Begitulah alkisahnya...
SO????
Rabu, 4 Mac 2009
Cerita Kita dan Bantal-Bantal???
Dalam tidur dalam jaga kita semua ada watak dan perwatakan...Terdapat kajian menunjukkan perwatakan kita dan sang bantal mampu disandarkan dengan watak kita yang sebenar.Jadikan ia pengetahuan kita bersama....WALLAHUALAM...
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
SO??? WHO R U??? SENDIRI MAU FIKIR!!! IYE KE TAK SENDIRI TAU....

Selasa, 3 Mac 2009
Apa warna hidup kalian???
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.
Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.
Langgan:
Catatan (Atom)
A.i
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...
-
Banyak pendapat mengatakan MANUSIA dan INSAN adalah perumpamaan yang sama... Namun tanggapan ini adalah kurang tepat... Kerana WATAK dan P...
-
Ehsan daripada pembacaan seseorang mengenai...Perkahwinan... Setiap perkahwinan akan berada dalam salah salah satu daripada dua situasi; ...
-
What's mean of this? Seperti kata Hj Labu dalam cerita 'Nasib Si Labu Labi'...Dalam istilahnya nampak kelakar, tapi maksudnya ...