Sabtu, 14 Mac 2009

Putaran kehidupan ini...



Kita hidup hanya sekali dalam bumi ini...
Tiada hukum karma yang boleh memberi peluang kepada kita...
Hargai diri kita agar menjadi insan yang terbaik untuk diri sendiri,
Jadikan hidup ini pentas untuk mencapai akhirat...
Sedari diri sendiri agar tingkah laku tersusun rapi,
Jadikan insan yang disayangi teman sejati,
Usah kita bermain api kesetiaan,
Kelak membakar diri...
Hidup kini lebih adil,
Kerana setiap perbuatan tertunai sendiri...
Ibaratnya roda yang sedang berputar,
Ia tetap menjadi putaran lengkap satu bulatan.
Begitulah hidup kita yang sentiasa adil dengan apa kita lakukan...

What u need? What u want?


Kadang-kadang kita lupa apa yang kita kejar di hadapan,
Kita lupakan apa yang mengejar kita di belakang...
Tidak dinafikan setiap impian mampu menjadi kenyataan...
Kenyataan dalam impian bukan mudah untuk dibualkan,

Bukan omongan kosong yang boleh menjadi sandaran..

Semakin kita laju berlari dari bayangan,
Semakin laju jugalah bayangan yang mengekori,
Apakah ini semua memang rancangan yang dibuat semata-mata?

Untuk memfaktakan sesuatu yang terang-terangnya auta?

Semuanya hadir dan melalui satu siratan akal dan hati..

Entah bagaimana seseorang insan itu mampu terus bertahan,
Dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam suratan kehidupan,
Tidak mudah seperti yang disangka,
Melainkan keikhlasan dalam mentadbir diri sujud ke-hadrat Illahi...



Bukan susah nak jadi susah,
Dan bukan senang nak jadi senang...


Muhasabah diri tiap kali mata ingin terpejam mampu mengubah hari esok...

Ahad, 8 Mac 2009

12 Rabiul Awwal 1430H


Esok genaplah purnama kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita

Nabi Muhammad s.a.w.

Di sini marilah kita mengambil kesempatan berselawat kepada baginda,

Berdoa agar kita umat Islam di akhir zaman ini sentiasa dekat bersama baginda...

Agar mendapat syafaat baginda di mahsyar nanti...

Sunah Rasulullah kita ikuti lebih-lebih lagi dalam menghadapi ancaman mucuh Islam secara tersurat mahupun tersirat...

Sirah Rasulullah s.a.w untuk kita semua tatapi dan ingati kembali...:

1.Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber

yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan

Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau

bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal

tahun Gajah.

2.Menjadi Rasul dalam Rabiulawal ini juga semasa berumur 40 tahun dan seterusnya

berdakwah secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3.Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika

itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda

sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat

Jumaat yang pertama.

4.Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara

tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah

peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul

Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5.Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari

Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra

dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6.Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu

menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di

Dewan Bani Sa'idah.Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau

seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan

pengkebumian jenazah Rasulullah saw diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7.Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq

dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8.Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan

tentera Salib seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9.Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah

ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun

897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid

ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Sabtu, 7 Mac 2009

Motivasi Anda Bagaimana Agaknya???

Semua insan tidak mengira usia,latarbelakang jantina dan apa sahaja yang membezakan mereka tetap memerlukan motivasi.Tidak kisah lah motivasinya datang daripada orang lain mahupun dirinya mereka sendiri...Apa pentingnya motovasi??? Untuk apa??? Sedangkan motivasi ni dapat menjadikan seseorang tu orang yang HEBAT!!! Walhal orang yang kurang siuman juga ada cara maereka tersendiri!!! Dalam menzahirkan motivasi diri,kita perlu banyak BERINTERAKSI DAN BERKOMUNIKASI sesama insan.Di sini,kita boleh renungkan
APA KATA DATO' DR.FAZILAH KAMSAH melalui kajian beliau....

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksidengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengankita ialah:
1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.
2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang,senyuman, bantuan tenaga,


masa,nasihat, idea,pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum

kita memarahi seseorang.
6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain.Pastikan setiap orang seronok berinteraksi

dengankita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiapmasa. Peribadi yang kurang sopan akan

membuatkan orang lain mual terhadap kita.
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada

kita.
10.Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri
kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.
11.Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.
12.Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan

mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13.Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14.Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15.Sampaikan berita baik tentang orang lain dansembunyikan keburukan dan kelemahan orang

lain.
16.Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah denganseseorang dan iringi perpisahan

dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:

Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu),sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

Begitulah alkisahnya...

SO????

Rabu, 4 Mac 2009

Cerita Kita dan Bantal-Bantal???

Dalam tidur dalam jaga kita semua ada watak dan perwatakan...Terdapat kajian menunjukkan perwatakan kita dan sang bantal mampu disandarkan dengan watak kita yang sebenar.Jadikan ia pengetahuan kita bersama....WALLAHUALAM...


1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


SO??? WHO R U??? SENDIRI MAU FIKIR!!! IYE KE TAK SENDIRI TAU....

Selasa, 3 Mac 2009

Apa warna hidup kalian???

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.
Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.
Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Jumaat, 27 Februari 2009

Think Outside The Box!!!

Kelembapan arus kewangan globalisasi,
Kejatuhan saham seantero dunia...
Pemberhentian dalam sektor pekerjaan...
Pergolakan poltik dipelusuk kampung...
Kenaikan harga runcit barangan pengguna...
Kemiskinan yang terus memacu ekonomi...
Kebankrapan syarikat dan enterprise...
Kejatuhan mata wang...
Perperangan timur dan barat...
Kemusnahan muka bumi...
Pencemaran flora...
Kepupusan fauna...
Kerosakkan akhlak insani...
Permusuhan bangsa dan agama...
Penindasan kaum...
Ketidakadilan dalam politik...
Kehilangan kepercayaan...
Kejujuran yang semakin lupus...


Apa erti semuanya ini jikalau kita tidak memahami sebalik kejadian ini...
Adakah ia ujian semata atau petanda akhir zaman...
Entahlah...
Esok yang tidak pasti sukar dikenalpasti...
Segalanya dipemikiran kita...
Andaikata kita cuba berfikiran matang...
Dapatkan petunjuk yang datangnya dari MAHA PENCIPTA...
Yakinlah pada ALLAH bukan pada INSAN!!!

Apa keperluan dalam kehidupan???

Renungan bersama khallifah dunia..


Apa matlamat kita dalam kehidupan sebenarnya?

Kita sebagai pelakon di pentas dunia dan pengarahan telah wujud sejak azali lagi...

Apa yang kita cari sebenarnya?

Cinta semata?duit yang difikirkan?Teman bualan?Keseronokan berpanjangan?Mencari masalah?Mengelak ujian?

Atau,

Memegang iman berpanjangan?

Entah mana hala tuju yang dicari?

Tidak lengkap kalau hanya kata melampaui perbuatan...

Sedangkan diri tak tahu apa erti kehidupan...

Hanya sekali sahaja peluang dalam kehidupan,..

Hanya yang tabah mampu bertindak seiringan doa yang utuh bersama...

Maha Pencipta,Maha Esa,ALLAH S.W.T...

Fikirkanlah apa yang ada pada diri kita untuk diberi pada orang lain,dan jangan hanya mengharap yang terbaik daripada orang lain untuk
diberi pada kita...


Khamis, 19 Februari 2009

AKU CINTA KAU DALAM BAHASA LAIN???

AKU CINTA KAU

English
I love you

Vietnamese

Em ye^u anh (to male)

Vietnamese
Anh ye^u em (to female)

Urdu
mai aap say pyaar karta hoo

Thai

Chan rak khun (to male)

Thai
Phom rak khun (to female)

Tamil
Nan unnai kathalikaraen

Taiwanese
Wa ga ei li

Spanish
Te quiero / Te amo

Korean
Sarang Heyo


Latin
Te amo

Kannada
Naanu ninna preetisuttene


Japanese
Aishiteru


Italian
Ti amo


Indonesian
Saya cinta padamu

Hindi
Hum Tumhe Pyar Karte hae

Arabic
Ana behibak (to male)


Arabic
Ana behibek (to female)


Hawaiian
Aloha Au Ia’oe

Greek
S’agapo


German
Ich liebe dich

French
Je t’aime, Je t’adore

Filipino
Mahal kita

Czech
Miluji te


Croatian
Volim te

Cantonese Chinese
Ngo oiy ney a


Cambodian
Soro lahn nhee ah

Russian
Ya tebya liubliu


Bangla
Aamee tuma ke bhalo aashi


Romanian
Te iubesc


Portuguese
Eu te amo


Marathi
Me tula prem karto


Mandarin Chinese
Wo ai ni


Malayalam
Njan Ninne Premikunnu


Malay
Saya cintakan mu / Aku cinta padamu(Duhh!!)


Sign Language
,\,,/ (represents position of fingers when signing’I Love You’)
dedicate to my love there:)


Dalam apa jua ungkapan seantero dunia,ia tetap bermaksud yang sama buat yang tersayang...

Renung dan menung buat seketika...

....kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,

kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,

puas kita menangis mencari mana matahari kita,

rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah....


Orang-orang yang hebat bukanlah orang yang selalu memiliki hal-hal terbaik dalam hidupnya, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya

buat selamanya...
Hari ini adalah untuk esok...
Masih ada masa buat kita melakukan yang terbaik untuk diri kita dan yang tersayang...

Rabu, 18 Februari 2009

Dari mana datangnya cinta???

Andai dua pertemuan insan kekal nan abadi...
Bertemunya dalam dua hati yang beza,
Namun ia lumrah untuk menyatukan jiwa,
Kadangkala sukar dimengerti,
Kadangkala cukup membahagiakan...

Pautan hati membawa seribu erti...
Bagaikan membawa suluhan cahaya yang menyinar,
Menerangi seluruh kegelapan,
Mewarnai rentangan putih,
Mencorakkan lembaran suci...

Syukurinya agar diberkati,
Sucinya bak pasiran pantai kayangan,
Setianya sejak azali...
Sukarnya untuk diurai,
Namun ia tetap hadir,

Hadir dalam setiap insani yang berjiwa,
Ajalnya pemisah pertemuan,
DoaNya ikatan murni Illahi,
Kerana hadirnya dari Maha Pencipta,
Hilangnya juga dari Yang Maha Berkuasa...

Usah dipertikai hakiki dari Illahi sejak azali...

Selasa, 17 Februari 2009

Selemak manisnya coklat...

You can GET chocolate.
"If you love me you'll swallow that" has real meaning with chocolate.
Chocolate satisfies even when it has gone soft.

What for???
1.You can safely have chocolate while you are driving.
2. You can make chocolate last as long as you want it to.
3. You can have chocolate even in front of your mother.
4. If you bite the nuts too hard the chocolate won't mind.
5. Two people of the same sex can have chocolate without being called nasty names.
6. The word "commitment" doesn't scare off chocolate.
7. You can have chocolate on top of your workbench/desk during working hours without upsetting your work mates.
8. You can ask a stranger for chocolate without getting your face slapped.
9. You don't get hairs in your mouth with chocolate.
10. With chocolate there's no need to fake it.
11. Chocolate doesn't make you pregnant.
12. You can have chocolate at any time of the month.
13. Good chocolate is easy to find.
14. You can have as many kinds of chocolate as you can handle.
15. You are never too young or too old for chocolate.
16. When you have chocolate it does not keep your neighbors awake.
17. With chocolate size doesn't matter; it's always good

Dedicate for mylove...She always likes chocolate:)

Jumaat, 13 Februari 2009

Iman di hati...


ﻪﻟﻟﺍﻻﺍﻪﻟﺍﻻ
ﻪﻟﻟﺍﻝﻮﺴﺮﺪﻤﺤﻤ




……….iman tak dapat diwarisi

………dari seorang ayah yang bertakwa

……….ia tak dapat dijual beli

……….ia tiada ditepian pantai

……....walau apa pun caranya jua

……….engkau mendaki gunung yang tinggi

……….engkau meredah lautan api

……….namun tak dapat jua dimiliki

……….jika tidak kembali pada Allah…………..

Rabu, 11 Februari 2009

SETIANYA SANG CINTA

Semua insan dianugerahi dengan perasaan...
Perasaan yang pelbagai...
Tidak dapat dielakkan cinta sesama insan...
Kerana ia sebahagiaan ketentuan azali...
Tapi,
perasaan cinta insan adalah terbatas...
Kerana apa?
Perasaan dihati insan dikawal dihati,
Berpaksi difikiran akal kita,
Ia normal bagi insan yang mampu mangwal emosi...
Namun abnormal bila emosi menguasai kata-kata...
Aduh...
Sukarnya perasaan untuk dinilai,
Apatah lagi dibaca...
Setia cinta?
Masih lagi setia diperkata...
Andaikata kita mampu berkata tentang cinta...
Kita sendiri mampu mengawal setia...
Kerana hanya kita yang mampu untuk kita...
Jujur?
Membahagiakan?
Bersyukur?
Komunikasi?
Semuanya perlu ada...
Kerana Hatimu Hatiku Yang Satu...

WORK! WORK! WORK!

A long time ago, there was an Emperor who told his horseman that if he could ride on his horse and cover as much land area as he likes, then the Emperor would give him the area of land he has covered.

Sure enough, the horseman quickly jumped onto his horse and rode as fast as possible to cover as much land area as he could. He kept on riding and riding, whipping the horse to go as fast as possible. When he was hungry or tired, he did not stop because he wanted to cover as much area as possible.

Came to a point when he had covered a substantial area and he was exhausted and was dying. Then he asked himself, "Why did I push myself so hard to cover so much land area? Now I am dying and I only need a very small area to bury myself."

The above story is similar with the journey of our Life. We push very hard everyday to make more money, to gain power and recognition. We neglect our health , time with our family and to appreciate the surrounding beauty and the hobbies we love.

One day when we look back , we will realize that we don't really need that much, but then we cannot turn back time for what we have missed. Life is not about making money, acquiring power or recognition .


Life is definitely not about work!
Work is only necessary to keep us living so as to enjoy the beauty and pleasures of life.

Life is a balance of Work and Play, Family and Personal time.

You have to decide how you want to balance your Life. Define your priorities, realize what you are able to compromise but always let some of your decisions be based on your instincts.

Happiness is the meaning and the purpose of Life, the whole aim of human existence.
So, take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Life is fragile, Life is short. Do not take Life for granted. Live a balanced lifestyle and enjoy Life!

Watch your thoughts ; they become words.
Watch your words ; they become actions.
Watch your actions ; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your destiny.


Jumaat, 6 Februari 2009

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO DR. FADZILAH KAMSAH

OKTOBER
- cukup seimbang
- suka kepada orang yang sayang padanya
- suka ambil jalan tengah
- sangat menawan dan sopan santun
- kecantikan luar dan dalam
- tidak pandai berbohong dan berpura-pura
- mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
- sentiasa suka berkawan
- hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama
- ada kala cepat marah
- macam mementingkan diri sendiri
- tidak menolong orang kecuali diminta
- suka melihat dari perspektifnya sendiri
- tak suka terima pandangan orang lain
- emosi yang mudah terusik
- suka berangan-angan dan pandai bercakap
- emosi yang kelam kabut
- daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
- suka melancong, bidang sastera dan seni
- pengasih, penyayang dan lemah lembut
- romantik dalam percintaan
- mudah terusik hati dan cemburu
- ambil berat tentang orang lain
- suka kegiatan luar
- sukakan keadilan
- boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

- ada kalanya mudah patah semangat

Rabu, 4 Februari 2009

Biarkan ia berlalu....

Buat seketika bukan selamanya...
Biar renggang difana dunia,
Biar hina dimata manusia,
Biar semangat semakin tua,
Biar harta semakin tiada,
Biar akal semakin berusia,
Biar kedudukan kita semakin binasa,
Biar jurang pangkat kita semakin tiada,

Namun jangan biarkan maruah diri dan agama yang tergadai buat selamanya....

Who's LOVE? What's LOVE?



My HeartGive this heart to someone special...

Never take someone for granted
Hold every person close to your heart
Because you might wake up one day
And realize that you've lost a diamond
While you were too busy collecting stones...

What you give you can get back!!!
Nowaday life is cash to everybody!!!
So make sure that!!!

Selasa, 3 Februari 2009

Perkara yang Membuat Kita Susah



Perkara yang Membuat Kita SusahTerdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Isnin, 2 Februari 2009

Andai duit manjadi ukuran....

Duit bukan segalanya,tapi duit bukan untuk segalanya...
Sama prosa berbeza makna...
Bukan untuk dibangga...
Tapi helaian atau kepingan yang membinasa...

Semakin maju kita di dunia...
Semakin pentingnya erti duit setiap masa...
Sedarkah kita pentingnya duit kita?
Selalu mendampingi kita supaya bahagia...

Namun,apa erti bahagia?
Jika duit menjadi penghalangnya?
Sedangkan bahagia lahirnya dari hati asmaraloka...
Menjadi insan yang sentiasa redha dengan ketentuannya...

Selangkah kita mengejar duit,
Selangkah kita hampir mendapat sakit...
Carilah duit berpada-pada sikit...
Agar bahagia tetapp di timur dan barat...

Supaya mudah dunia akhirat yang selamat...

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...