Sabtu, 27 Februari 2010

Nilai setitis air mata...


La tahzan!!!
Begitulah satu laungan agar kita tidak terlalu sedih,
Telalu sedih dalam pentas duniawi ini.
Apakan daya manusia lemah tidak mampu menahan sebak dan air mata,
Apabila ditimpa ujian dan dugaan.
Semangat kental sekalipun, hatinya mampu terasa syahdu.
Kadang-kadang kita sentiasa memikirkan orang lain,
Sedangkan diri sendiri tidak dapat siapa peduli,
Melainkan Maha Pencipta Yang Maha Mengetahui.

Nilai titisan air mata ini sebenarnya adalah subjektif ertinya kepada semua,
Ada yang menangis sedih, gembira dan terasa hati,
Terpulang pada kita yang mentafsirkan nilai setitis air mata.


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Air mata yang tiada di tuntut:
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis kerana filem hindustan.
3.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.


"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jumaat, 26 Februari 2010

Kasih kekasih...

Salam Mulidurasul...

Mari kita meningkatkan keimanan diri dan mengenal lebih dekat kekasih ALLAH...

*Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
*Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
*Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
*Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
*Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
*Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
*Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
*Wajahnya seperti bulan purnama
*Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
*Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
*Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
*Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
*Mulut baginda sederhana luas dan cantik
*Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
*Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
*Janggutnya penuh dan tebal menawan
*Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
*Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
*Rambutnya sedikit ikal
*Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
*Rambutnya terbelah di tengah
*Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
*Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
*Seimbang antara kedua bahunya
*Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

*Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
*Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
*Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
*Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
*Warna kulitnya putih tapi sihat
*Kulitnya putih lagi bercahaya
*Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
*Badannya tidak gemuk
*Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
*Perutnya tidak buncit
*Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
*Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.

Siapa dia?

Muhammad s.a.w yang dilahirkan pada ..


20.4.570M (12 R/awwal)

Ahad, 21 Februari 2010

Kehidupan ABC???


A : Adil pada dirimu

B : Beranikan dirimu

C : Cekalkan hatimu

D : Derma selalu

E : Elakkan pertelingkahan

F : Fikir sebelum bertindak terburu2

G : Gembira selalu

H : Hormat orang tua

I : Ingat Tuhan

J : Jangan berdusta

K : Kasih akan daku

L : Lemah lembut amalan semua

M : Makan makanan seimbang

N : Nafsu jangan dituruti

O : Organisasikan diriku

P : Pentingkan kesihatanmu

Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu

R : Rajin berusaha

T : Tekun berusaha

U : Utamakan alam sekitar

V : Variasikan pengalamanmu

W : Wajibkan amalan baca Al-Quran

X : X-ray diri sendiri

Y : Yakin pada diri sendiri

Z : Zalim jangan sekali



Setiap kata dalam kehidupan semudah ABC namun untuk melakukan tidak semudah itu...Kesederhanaan adalah kesempurnaan buat kita...

Ahad, 14 Februari 2010

Gong Xi Fa Cai


Kepada rakan-rakan tionghua seluruh dunia...
Semoga kalian bergembira dengan perayaan 2010 ini...

Kek Coklat Perisa Sedap dimakan...???


-Antara kegemaran rakyat kita ialah makan.
-Kalau ada negara luar yang mati disebabkan kurang makan.
-Tapi di negara kita ramai yang mati sebab banyak makan.
-Pemilihan diet yang seimbang perlulah sekata dengan keperluan badan.
-Kalau rasa kurang berat makanlah yang boleh beratkan badan.
-Tapi kalau dah terlebih berat, fikir-fikirkanlah.
-Untuk berkongsi sedikit ilmu makanan ni.
-Bolehlah kalian mencuba resipi Kek Coklat Perisa Sedap ni...
-Kalau tak sedap, maksudnya kalian sendiri yang buat kek tu macam tu. Jadi pandai-pandailah ye...

Resipi dan bahannya:

1. Secawan coklat van houten,
2. 2 cawan tepung gandum,
3. 2 cawan gula pasir,
4. Secawan susu cair,
5. 2 biji telur,
6. Secawan minyak masak,
7. Sesudu  kfc soda berkarbonat,
8. Sesudu baking powder,
9. Secawan air panas

Gaul rata, bakar / kukus dalam 10 minit = SIAP!

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:


“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Rumusan tulisan ini: Setiap yang kita suka makan, tidak semestinya baik untuk kita, kalau makan haruslah berpada-pada. Bukan fikir perut lapar, makan banyak hingga tidak cukup kiri kanan tangan nak menyuap...

"Makan untuk hidup, dan bukan hidup untuk makan"

Rabu, 10 Februari 2010

Akhirnya...

Akhirnya...

Setelah beberapa hari meminta pengunjung Ilhamkuabadi memberi cadangan mengenai kepentingan kereta atau rumah sendiri sebelum perkahwinan, hasilnya kereta sendiri lebih utama sebelum perkahwinan...

Hujah 1: Kenapa kereta sendiri lebih utama?

Jawapan : Nak berkeluarga ada kereta sendiri lebih mudah dan mampu dimiliki untuk menjadi keperluan buat pasangan yang baru berkahwin.

Hujah 2: Untuk apa ada kereta, rumah tiada?

Jawapan : Kenderaan sendiri lebih selesa untuk bergerak dan membantu urusan harian bersama.

Hujah 3: Bukankah bagus ada rumah baru cari orang rumah?

Jawapan: Dalam kehidupan serba duit, kos terlalu tinggi untuk pasangan yang baru berkahwin,memadai ada rumah sewa dahulu sebelum mempunyai rumah sendiri.

Fikir jangkamasa panjang dan tidak perlu memikirkan apa yang belum mampu dilaksanakan. Jika sudah berkemampuan, sudah pasti semua perkara dapat dilengkapi. Jadi, hasil pengundian ini sekurangnya dapat memberi sedikit gambaran apa yang perlu dan apa yang tidak perlu sebelum berkahwin...

Kereta sendiri?


Ruma sendiri?



Ketika mengulas kelebihan perkahwinan ini, Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadis sahih:



"عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسَوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ فَإِنَّهُنَّ يَأْتِيْنَكُمْ بِالْمَالِ".


Maksudnya: Dari Aisyah Radiallahu-Anha, Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Berkahwinlah kamu, kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta".


(Riwayat Al-Imam Al-Bazzar)


Sabtu, 6 Februari 2010

Fikir-fikirkan untuk renungan bersama...

Kesian pada Palestin, tapi kita masih lagi beku tidak membantu walaupun sebesar zarah...
Walaupun satu sen sekalipun...


Serangan daripada semua lompong masa depan yang menunggu hari kemusnahan dan kebangkitan...

Ahad, 24 Januari 2010

Multiskill???

Mutakhir ini, banyak isu yang melibatkan siswazah di negara kita sukar mendapat tempat di alam pekerjaan. Adakah tidak dapat pekerjaan disebabkan majikan tidak memberi tawaran atau siswazah itu sendiri yang memilih pekerjaan yang akhirnya mereka sendiri menyalahkan pihak majikan atau kerajaan? Dan dimanakan silapnya pengangguran dan perlamabakkan orang berkelulusan tinggi yang tidak bekerja?


1.Dalam hal ini sebenarnya bermula dari rumah, iaitu didikan ibu bapa dalam mencorak fikiran anak-anak mengikut minat mereka semenjak kecil dan membawa ke cita-cita apabila besar.


2.Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan satu ketetapan kepada anak-anak untuk memilih bidang kerjaya apabila mereka dewasa, kerana ia mungkin berjaya dalam pengajian namun tidak beridea dalam kerjaya mereka. Berbanding galakkan yang berterusan daripada ibu bapa untuk anak-anak lebih berjaya dalam bidang yang digemari dan ada masa depan.


3.Pihak kerajaan juga memainkan peranan penting sebagai pemerintah dalam menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan mempelbagaikan penyampaian maklumat kepada seluruh rakyat bidang-bidang yang penting untuk memacu negara.


4.Siswazah itu sendiri juga perlu membuktikan diri mereka adalah yang terbaik daripada kalangan yang terbaik.


5.Tidak cukup hanya dengan segulung sijil/diploma/ijazah tanpa mempunyai nilai tambah yang boleh menjadikan mereka yang sepatutnya terpilih daripada orang lain.


6.Penyediaan diri untuk ke alam pekerjaan juga perlu disemai semasa dalam pengajian lagi, dengan moral dan sikap disiplin yang tinggi tidak ada sebab mereka tidak mendapat peluang pekerjaan.


7.Pemilihan kos/bidang pengajian yang bersesuaian juga amat penting kerana peluang pekerjaan hanya akan ada jika kerja itu sendiri memerlukan pekerja. Maksudnya, jika bidnag yang diceburi kurang kepentingan, skopnya semakin kecil untuk mendapat pekerjaan.


8.Dan akhir sekali, walaupun tidak berpeluang mendapat pekerjaan yang diimpikan, yang dipelajari di menara gading, bukan alasan kepada siswa-siswi untuk berdiam diri dan hanya menunggu apa yang dihajati.Tidak makan gaji juga boleh teruskan hidup, kerana rezeki tidak datang dalam satu sudut sahaja, tetapi datang daripada usaha anda itu sendiri.


9.Sahutlah dengan yakin apa sahaja peluang yang diperolehi dan buktikan anda seoarang yang MULTISKILL walaupun kerjaya anda itu adalah baru bagi anda.


10.Konsep bersyukur dengan rezeki yang ada, insyAllah ada hikmah disebaliknya.

Rabu, 20 Januari 2010

Keinginan dan kenyataan...???

Keinginan?

1.Setiap antara kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri sendiri tidak kira peringkat usia kita.
2.Semua inginkan bahagia, ceria dan kesenangan dalam kehidupan.
3.Apa sahaja keinginan dan kehendak sentiasa ada dalam hati masing-masing untuk memenuhi setiap sudut
   kehidupan.
4.Manusia akan dibuai asmaraloka dalam angan yang tak sudah.
5.Dengan usaha yang ada, matlamat yang jelas, izin Alalh tidak mustahil semua itu pasti dikecapi

Kenyataan?

1.Kita perlu mengukur baju dibadan sendiri, tanpa ada perasaan cemburu atau dengki dengan kelebihan
   orang lain.
2.Contohi apa yang telah dilakukan orang yang telah berjaya dengan diri mereka sebelum mengecapi
   kejaayaan itu.
3.Mensyukuri setiap pemberiaan Allah, dan sentiasa meletakkan kemampuan diri sendiri melebihi keinginan
   semata.
4.Capai apa yang jelas, kejar apa yang dihadapan, sisip apa yang diperolehi, redha menjadi keutamaan untuk
   sentiasa selesa dengan nikmat dan rahmat-Nya.
5.Jangan jadikan stress sebagai penghalang kejayaan kerana stress banyak membantu sebenarnya dalam
   muhasabah diri kita.

Keinginan akan menjadi kenyataan jika kita sentiasa optimistik, berdikari, insentif diri, bersyukur, ikhlas, komitmen, jujur, serta sentiasa mengikut contoh kejayaan Rasulullah, serta insan yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing. Dan jauhi diri daripada sifat tamak, dengki, tidak senang hati, menyalahkan orang lain, tidak berusaha, serta tidak menerima kenyataan dalam kehidupan yang akhirnya hanya berusaha dengan slogan tanpa hasil dan perbuatan. 

Sabtu, 16 Januari 2010

Pelangi dalam kehidupan kita...




....kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari untuk kita,



kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,


puas kita menangis mencari mana matahari kita,


rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah....


<<== Orang-orang yang hebat bukanlah orang yang selalu memiliki
hal-hal terbaik dalam hidupnya, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya...



Jumaat, 15 Januari 2010

Isyarat akal turun ke hati...




Dalam kehidupan kita setiap perbuatan, kata-kata dan tindakan adalah bergantung apa yang difikir, lantas menjadi satu kesimpulan dihati...

Mengapa dikatakan begini?

Perbezaan manusia adalah akal dan iman. Jika akal mampu berfikir dengan wajar, maka tindakan di hati pasti juga positif.

Namun,

Jika perasaan hati melebihi fikiran akal, itulah yang dikatakan "Ikutkan hati mati!"

Sebenarnya,

Gunakan akal fikiran sebelum bertindak, wajar atau tidak, betul atau tidak? Barulah hasil yang diperolehi berlandaskan akal dan bukannya ikutkan hati semata.

Cuma,

Perlu tahu, beza manusia dan makhluk lain adalah akal fikiran. Ada otak tapi tak berakal, adalah sama dengan dedaun hijau dan akhirnya mati kekeringan, binatang yang makan mangsanya, dan mati akhirnya.

Kesimpulannya?

Pastikan isyarat dari akal turun ke hati, dan akhirnya lahir dengan perbuatan dan kata-kata yang baik dan sewajarnya...

Apa yang dikata, adalah untuk ingatan diri yang sedang alpa akhir zaman...Astagfirullah....

Selasa, 12 Januari 2010

Viva Palestina...


Dalam sudut kehidupan dunia beredar,
Kita setiasa melihat kerakusan zionis di bumi anbia,
Kita sering dikejutkan dengan titisan darah muslimin muslimah,
Apakah kita sudi melihat kehancuran bangsa seagama kita?
Apakah tiada wira daripada kalangan kita yang sudi kehadapan?
Adakah tiada pemimpin dunia dalam dunia yang mampu menghalang?
Adakah kita di sini hanya mampu melihat dan mendengar?

Lihatlah dunia,

Teruskan berjuang dalam menuntut hak kebenaran,
Satu masa nanti pasti kita beroleh kejayaan,
InsyAllah

Parasit cinta...



Kuntuman bunga mekar di taman,
Di taman yang indah bersama kumbang berterbangan,
Terhenti sesaat,
Didatangi parasit dalam kebahagiaan.

Salam semua...
Dalam kehidupan kini, sering kali kita melihat sikap manusia yang sukar melihat orang lain bahagia.Termasuklah dalam alam perhubungan sesama insan dalam berumah tangga, pertunangan dan juga berkawan. Ada sahaja yang tidak senang melihat orang lain bahagia. Adakah konsep bersyukur mulai luntur sehinggakan ada yang tidak senang melihat orang lain dengan kehidupan mereka? Isu ini timbul bagi menghuraikan kisah dua sejoli yang bercinta, tetapi dihadiri tetamu tidak diundang yang sedikit sebanyak telah membawa tsunami dalam perhubungan mereka. Dalam agama kita, menggangu kebahagiaan sesama manusia adalah amat dilarang, apatah lagi dalam memporak-randakan rumah tangga orang lain, waima dalam pertunangan insani. Fikirkan lah saudara...Terus ke isu pertunangan, Islam melarang seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita yang sudah menjadi tunang orang lain. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:


لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya". Direkod oleh Malik dalam Muwatta, Syafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) dll.

Yang dimaksudkan dalam hadis ini apabila seorang lelaki telah meminang seorang wanita, dan wanita tersebut telah menyatakan persetujuan untuk berkahwin dengannya, maka haramlah orang lain bertunang dengan wanita tersebut. Adapun jika pihak wanita belum menyatakan penerimaannya, maka tidak mengapa orang lain cuba masuk meminang. (Al-Istizkar 5/382)


Dalam hal ini, pasangan yang telah mempunyai ikatan (pertunangan) seharusnya lebih memahami dan mengenali hati budi pasangan mereka agar bunga-bunga cinta tetap utuh walaupun parasit cinta datang mengganggu. Parasit tetap datang dalam apa jua keadaan, tetapi jika pasangan tersebut mempunyai kredibiliti dalam memastikan ikatan cinta itu ke jinjang syariat yang diredhai, maka sudah pasti kata-kata 'bila jodoh tidak ke mana' boleh diadaptasikan. Segala usaha, pasti di atas kehendak Tuhan Yang Maha Esa. Jika kita berniat ke arah kebaikan, alangkah murninya ikatan cinta kalian. Sentiasalah menggunakan senjata yang telah dibekalkan dari azali lagi, iaitu berdoa dalam setiap cabaran dugaan yang sentiasa melanda kita.Sesungguhnya Allah sentiasa menunjukkan kebesaran-Nya kepada mereka yang dikehendaki.

Ahad, 3 Januari 2010

Rokok, Gula dan Roti 2010...

Tahun baru 1431 dan 2010 telah pun meninggalkan memori 2009. Bermulanya tahun baru, kita dihidangkan dengan berita mengenai harga minimum rokok dan kenaikan harga gula.

Rokok: Harga minimum bagi 20 batang rokok yang dicadangkan ialah RM6.20 sekotak. Diumumkan kerajaan bermula Januari 2010.

Gula: Harga gula naik 20 sen bagi setiap kilogram. Kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak

Roti: Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.Ini kerana subsidi roti dimansuhkan daripada senarai barang kawalan.
 Barangan ini menjadi ruji harian segenap penduduk Malaysia, sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada pengguna. Bezanya, gula dan roti lebih penting daripada rokok. Kenaikan harga barang ini perlu dinilai kesannya lebih mendalam adakah ia memberi manfaat atau semakin memberi kesan dalam kehidupan rakyat, terutamanya yang kurang berkemampuan.

Selain pemantauan dan penguatkuasaan yang perlu ditingkatkan bagi mengawal pihak peniaga dan penyeludup daripada mengambil kesempatan dalam hal ini. Dalam ekonomi sekarang, putaran kewangan rakyat dalam sesebuah negara dapat membantu merancakkan ekonomi negara.

Kenaikan harga barang perlu dijelaskan terperinci objektifnya, di samping tonjolkan langkah-langkah yang akan diambil selepas kenaikan harga, agar rakyat lebih jelas memahami isu ini.

Cadangan, kenaikan harga di Malaysia perlulah lebih untuk mendidik pengguna dan tidak membebankan rakyat. Contohnya, kenaikan harga rokok ini dapat membantu kempen TAK NAK oleh kerajaan kepada perokok agar kurangkan dan berhenti hisap rokok.Selain itu, harga ARAK,BABI juga perlu diambil perhatian, kerana ia banyak menyumbang masalah kepada institusi negara kita.Mungkin boleh dikaji daripada menaikkan harga barangan keperluan rakyat.

Sebagai manusia, kita tidak akan lari daripada silap membuat keputusan, dan perkara yang telah terjadi, tetap terjadi, namun ia memberi satu pengajaran dalam kehidupan kita...Mari berfikir.

Jumaat, 25 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah 1431...
Bersamalah kita
Memantapkan ukhwah,
Memperkasakan ummah.

Tema tahun baru Islam 1431 peringkat nasional jelas menggambarkan bahawa pentingnya ukhwah kita dalam memperkasakan Islam dalam suasana moden kehidupan kini.
Kehidupan yang sangat mencabar sekarang, kadangkala menakutkan sangat bagi insan lemah seperti penulis ini untuk mengharungi tahun-tahun kehidupan yang ditetapkan Illahi.
Bayangkan dalam bertindak bersendirian di muka bumi sebagai khalifah dengan iman yang sebesar zarah, mana mungkin diri kebal menangkis godaan syaitan dan ancaman daripada pelbagai sudut.
Pehubungan sesama insani dan alami mempunyai satu rantai dalam kehidupan,
Setiap ciptaan di dunia ini ada Pencipta,
Tiada yang Maha selain Dia,
Sesungguhnya dalam menghadapi tahun baru ini,
Seharusnya kelengkapan jihad dalam kehidupan perlu dimantapkan,
Perlu dipertingkatkan,
Perlu dikekalkan,
Andaikata ini tahun terakhir kita dalam perjuangan kehidupan,
Adalah bermakna dalam menyusuri kehidupan yang sangat mencabar ini.
Buat mereka
Yang mampu hadapi hidup ini

Niat dihati,
Semat difikiran,
Usaha ditangan,
Doa pada Illahi,
Segalanya mungikin terjadi..
Impian terlaksana dan dirahmati Allah.
insyAllah

Jumaat, 11 Disember 2009

Spiritual Vs Ritual???

Spiritual Vs Ritual???

Adakah anda mengetahui beza  Spiritual & Ritual dalam kehidupan kita?

Orang kampung cakap:

Spiritual - Benda yang tidak nampak tetapi kita dapat rasa.

Contohnya, hubungan kita dengan Allah. Sesuatu hubungan iman yang akan membawa sesuatu petunjuk dalam kehidupan. Kita buat amal dapat pahala, buat jahat dapat dosa.Hasilnya di akhirat sana.

Ritual - Sesuatu yang kita buat dan dapat lakukan/kerjakan secara terus.

Contohnya, kita bekerja setiap hari dan mendapat pulangan gaji di akhir bulan. Jadi kita buat kerja, kita dapat gaji, kita tak buat kerja, tak dapat gaji.

SO,

Yang mana kita nak dalam kehidupan?
Jawapannya kedua-dua penting.
Tapi manusia sekarang lebih RITUAL dalam kehidupan, sedangkan SPRITUAL yang menjadi petunjuk dalam kehidupan.

Reenungkan:

SIAPA KITA?
UNTUK APA KITA DILAHIRKAN?
MAHU KE MANA KITA SEBENARNYA?


Jika 3 persoalan mudah ini dapat dihuraikan,
dapatlah kita mengenal kewujudan diri kita sebenarnya...  

It's my fault!!!

It's my fault!!!

Dalam kehidupan kita kadangkala kita sentiasa fikir kita hebat,
Kita yang sentiasa betul,
Kita yang sentiasa perlukan segalanya...
Kita juga tidak mendengar pendapat dan teguran orang.

Adakah kita berfikir sejenak,
Bahawa kita di dunia adalah ciptaan kerdil,
Sebesar zarah jika dibandingkan dengan matahari, langit dan bumi,
Kita sentiasa mahu orang lain sentiasa ambil perhatian,
Bagaikan kita sahaja yang tinggal di dunia ini.

Kita terlupa,

Tugasan kita di dunia ibarat roda yang berputar,
Berputar dalam menuju satu perjalanan yang mencabar,
Di atas dan di bawah sentiasa ada hikmahnya,
Tiada sesiapa yang mengetahui selain Maha Pencipta.

Kita terlupa,

Kadangkala tindakan kita melampaui norma perasaan,
Kita bertindak menggunakan tindakan perasaan berbanding akal fikiran,
Kita juga sentiasa anggap kita yang betul,
Kita tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Jangan susah untuk meminta maaf,
Dan mudahkan untuk memaafkan,
Salah dan silap manusia adalah lumrah,
Kerana manusia itu bukan sempurna setiap zarah...

Sabtu, 28 November 2009

Salam AidilAdha...

"Allahu akbar" (3x), "La ilaha illallah wallahu akbar, Allahu akbar walillahil-hamd" (3x)



"Allahu akbar kabiro wal-hamdu lillahi katsiro, wa subhanallahi bukrotan(w) wa ashila"


"La ilaha illallah wahdah, shodaqo wa'dah, wa nashora 'abdah, wa a'azza jundahu wa hazamal-ahzaba wahdah."


"La ilaha illallah wa la na'budu illa iyyah, mukhlishina lahud-dina wa lau karihal-kafirun"


"La ilaha illallah wallahu akbar, Allahu akbar walillahil-hamd".
 
 
SALAM AIDILADHA...PENGORBANAN YANG TIADA BANDINGAN NILAINYA BUAT AGAMA,DIRI DAN SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN DALAM KEHIDUPAN INI PASTI MEMBAWA SERIBU PENGERTIAN DAN PASTI ADA IMPAKNYA...
 
RENUNGKAN...

Selasa, 17 November 2009

Demi masa ini...



Masa berdetik tidak akan berundur,
Masa berdetik tidak akan menunggu kita,
Masa berdetik dengan pelbagai rasa,
Masa berdetik jangan dipersia....

Ahad, 15 November 2009

Old school Car...??? Relevan???

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.

credit:bharian.com.my Kereta 15 tahun masuk Puspakom-Posted on the October 29th, 2009

Mean of Old School by Urban Dictionary:

Anything that refers to a previous generation of a subject/idea/object/etc. Typically, they are highly regarded and sometimes the very thing that started it all.

Dalam bahasa Melayu adalah sesuatu perkara atau barangan yang boleh dianggap sebagai generasi yang terawal / tradisional / lama dan menggambarkan sudah ada pengganti yang baru.

Berkaitan dengan isu baru-baru ini menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia, di mana cadangan pihak kerajaan untuk mewajibkan kenderaan berusia 15 tahun ke atas menjalani peperiksaan di Puspakom, telah mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra. Akhirnya kehendak rakyat telah menjadi pilihan kerajaan untuk mempertimbangkan semula dengan pembatalan cadangan ini.

Pendapat yang boleh dilontarkan:

Perkara ini, adalah satu langkah bijak bagi sesebuah negara yang sedang dalam proses kemajuan kerana selain dapat memastikan setiap kenderaan pengguna berfungsi dalam keadaan baik dan mengikut piawaian keselamatan, ia juga dapat meningkatkan industri automotif negara secara tidak langsungnya.

Selain itu, pelbagai masalah termasuklah isu pelupusan yang kurang dan peningkatan usia kenderaan dapat di atasi dengan baik jika langkah perlaksaan ini diambil.

Namun, sebelum langkah ini diambil haruslah didahulukan dengan pelbagai langkah, kajian untuk tempoh masa yang panjang selain memantapkan industri negara.

Kenapa?

Langkah drastik ini akan memberi kesan kepada pengguna yang terlibat, dari segi ekonomi dan akan memberikan sedikit tekanan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Walaupun boleh diberi bayaran minimum, dalam cuaca ekonomi sekarang ia akan menambahkan bebanan kepada semua pengguna. Lambakan kereta berusia ini tidak semestinya sudah tidak mampu berfungsi dengan baik jika penggunanya seorang yang cermat dan teliti. Faktor keselamatan dan penggunaan adalah subjetif, tidak boleh dijadikan ukuran untuk semua.

Proses jangkamasa pendek?

1.Kerajaan bolehlah memberi galakkan kepada pengguna dengan memberi sedikit promosi agar rakyat membiasakan diri membuat pemeriksaan di Puspakom. Dengan ini, mereka dapat moral untuk memastikan kenderaan mereka selamat dan tiada tekanan jika sesuatu cadangan diusulkan pada masa akan datang.
2.Mantapkan industri automotif negara dengan piawaian / kualiti yang baik samada pengeluaran kereta tempatan mahupun kereta import.
3.Membuat akta kawalan kereta negara / import agar harganya mampu milik oleh semua rakyat.
4.Menggunakan akta sedia ada dalam penguatkuasaan kenderaan di atas jalan raya.

Proses jangkamasa panjang?

1.Memberikan baucer / insentif kepada pengguna setiap kali membuat pemeriksaan Puspakom agar dapat menarik minat dengan rela hati.
2.Menggubal akta pelupusan negara agar setiap kenderaan yang dilupuskan, benar-benar lupus dan tidak ada penyelewengan yang timbul.
3.Meningkatkan kawalan produktiviti dan kualiti setiap kenderaan yang akan dijual kepada pengguna.
4.Penyelarasan cukai import kenderaan luar agar tidak terlalu tinggi jika masuk ke dalam negara.

Kesimpulan:

Apa sekalipun tindakan yang diambil oleh kerajaan perlulah 'win-win situation' agar rakyat mendapat faedah tanpa tekanan dan kerajaan juga mendapat melaksanakan satu sistem yang bersistematik dalam memacu kemajuan negara kita.Sesuatu perkara itu mudah dicadangkan tapi haruslah memikirkan kesan positif dan negatif, jangkasama panjang serta jangkamasa pendek.Tindakan terburu-buru akan mengundang risiko yang tidak dijangka.

Pandangan daripada seorang rakyat terlibat dengan penggunaan 'Old School Car'...:)

Surah Al-Baqarah : 45

Setiap dari kita inginkan kejayaan dan kelapangan dalam kehidupan,
Mempunyai impian dan menggapai cita-cita hingga terlaksana.

Ia ibarat memetik bintang di langit yang tinggi,

Tetapi jika kita gagal, adakah perlu kita bersedih dan tiada jalan keluar setelah berusaha???

Maka,

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran "Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat" Al-Baqarah: 45...

Kesimpulannya, jika kita ingin memperolehinya lakukan dengan keimanan semata kepada Allah SWT, amal soleh dan sabar serta mohonlah pada NYA...

What u need, u can get, if u are always keep it, NOTHING'S IMPOSSIBLE!!!

Sabtu, 14 November 2009

Perjuangan hari demi hari...

Buat perjuangan tentera Islam yang menentang kafir:

Buatmu pejuang agama,
Moga iman perisai peribadimu,

Moga syahid menjadi milikmu,

Moga tenang jannatunnaim persemadianmu yg abadi

For people who's search themselves:

May God give u rainbow 4 every storm,

A smile 4 every tears,

A blessing 4 each trial,

A sweet song 4 every sigh & answer prayer.

Buat pencinta sejati:


Ketenangan hati ada disini,

tak jumpa kerana kau tak mencari,

kebahagiaan ada dihati,

tak rasa kerana kau tak menghayati.

For people have love:

love is patient, love is kind

it doesn’t envy, it doesn’t boast n proud,

its not rude, its not easily angered,

it keep no record of wrong
 
Selagi langit tidak menyembah ke bumi, selagi itu perjuangan perlu diteruskan...
Demi Allah, berdoalah untuk itu...

Khamis, 12 November 2009

Siapakah la agak ye???

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menambahkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka..

Sama-samalah kita fikirkan situasi ini...

Isnin, 9 November 2009

Drop water face???

What's mean of this?

Seperti kata Hj Labu dalam cerita 'Nasib Si Labu Labi'...Dalam istilahnya nampak kelakar, tapi maksudnya sangat mendalam iaitu 'jatuh air muka'...

Sesetengah orang memang pentingkan adat dalam kehidupan seharian, sehinggakan nak bertindak pun rasa malu sesangat...Tidak menjadi kesalahan, malah dipandang mulia disisi agama, tapi perlu meletakkan MALU yang bertempat. Dalam Islam, malu perlu pada Allah, Rasulullah, Malaikat, Manusia dan diri sendiri adalah dituntut.

Sebenarnya isu ini timbul apabila melihat segelintir manusia yang ada sifat yang MALU berlebihan dan hinggakan sesuatu perkara yang mudah telah menjadi sukar. Jangan rumitkan sesuatu keadaan yang ada kerna sikap MALU anda!

Jadi disarankan bahawa setiap daripada kita, termsuklah diriku sentiasa berfikiran terbuka dan mampu menjadikan MALU itu bukan satu penghalang yang menjadi trauma dan fobia dalam kehidupan seharian.

Asalkan perkara itu tidak menjatuhkan air muka orang lain, dan bertempat dengan situasinya, maka 'be urself here, to be a great man or gurl'...

Sabtu, 7 November 2009

Kecemasan boleh saya bantu?

Sungguh santun ungkapan ini yang disampaikan PEO (Professional Emergency Officer) di pusat panggilan kecemasan 999.

Tapi,

Bagaimana kita menghargai keringat mereka dalam menyalurkan bantuan untuk panggilan kecemasan?

Kita yang memerlukan bantuan, tapi kita langsung tidak menghormati tugas mereka!

Kita marah,  dan bertindak ikut perasaan kita walaupun panggilan ini PERCUMA!

Kita buat panggilan palsu, main-main dan pelbagai lagi panggilan yang bukan kecemasan!

Kita mengganggu trafik talian 999 untuk orang lain yang memerlukan bantuan mereka!

Kita tak kawal anak-anak yang bermain dengan panggilan 999!

                                          Akhirnya,

Seperti dalam iklan TV, sebanyak sejuta panggilan bukan kecemasan sehari telah dicatatkan!

Di mana moral dan tanggungajwab sosial kita dalam memberi kesan terbaik kepada perkhidmatan 999?

Sepatutnya rakyat Malaysia perlu menghargai dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan tugas murni mereka disebalik tabir 999!

Apa yang perlu dilakukan ketika memerlukan / menghubungi perkhidmatan ini?

1.Beri nama
2.Kes kecemasan
3.Lokasi kecemasan
4.No telefon

Bertenanglah memberi maklumat agar proses mendapatkan maklumat menjadi mudah...

Dengan wujudnya panggilan kecemasan 999,

Rakyat Malaysia sentiasa mudah mendapatkan bantuan jika kecemasan, kerana

Hanya Satu Nombor Satu Malaysia iaitu 999 yang dapat menyalurkan bantuan anda...

Sikap bertanggungjawab kita dituntut dalam memacu proses aliran di unit operasi 999....

Ke arah wawasan negara, sietem integrasi Polis, Bomba, Ambulan dan JPA3 ini adalah tepat!

Bersamalah kita bertanggungjawab dengan perkhidmatan 999! Hanya untuk KECEMASAN!!!

Satu Nombor Satu Malaysia Satu Hati...

Knowledge work & knowledge worker???

Knowledge work (e.g., writing, analyzing, advising) is performed by subject-matter specialists in all areas of an organization. Although knowledge work began with the origins of writing and counting, it was first identified as a category of work by Drucker (1973)[3]

Knowledge workers may be found across a variety of information technology roles, but also among professionals like teachers, lawyers, architects, physicians, nurses, engineers, PEO (professional emergency officer) and scientists.


So, anyone must be knowledge worker to get innovation, mission and vision in what are their job. Currently, softskill and knowlegde will make different to worker in an organizatiion. Knowledge worker is a added value for toward excellent in job.
 
hmm...you can choose that in yourlife. If you need that setup your way to get that, if u don't want, forget it!
planning your day, and your job and worksmart and ever workhard!
 
Hold on...hold on...!
 
Enjoy your work for good result end of work...

Riwayat Tarmizi

" Tidak akan bergerak kaki sesorang hamba muslim di hari qiamat sampai dia ditanya tentang bagaimana dia mengisi umurnya? Bagaimana dia manfaatkan ilmunya? Dari mana dia mendapatkan harta? Bagaimana dia mebelanjakan hartan-hartanya? Serta bagaimana dia menggunakan tubuhnya"

                                              Riwayat Tarmizi...

Kita sekarang sedang menyaksikan tanda-tanda akhir zaman dalam kehidupan kita.
Pelbagai kejadian telah membuktikan usia kita semakin pendek.
Namun selagi bernyawa,
Jadilah seseorang yang terbaik.
Jika tidak mampu menjadi terbaik buat orang lain,
Jadilah yang terbaik buat diri kita dan keluarga.
Jikalau diberi berpeluang.

Ada sahabat yang bercerita, dalam keadaan angkuh dan ampuh,
Ada sahabat yang berkata lurus lagi jujur,
Ada sahabat berkata gebang,
Ada sahabat berkata tenang dan santun.
Apa sahaja jenis manusia ini,
Tidak dapat lari dari isu umur, ilmu , harta dan kelakuannya.

Sesungguhnya semakin meningkat umur, semakin la pendek umur kita...
Renungkan sepanjang umur apa yang dah kita telah lakukan???
Fikirkan

Khamis, 5 November 2009

Concentrate on this Sentence

'To get something you never had, you have to do something you never did.' When God takes something from your grasp, He's not punishing you, but merely opening your hands to receive something better. Concentrate on this sentence... 'The will of God will never take you where the Grace of God will not protect you.' Something good will happen to you today; something that you have been waiting to hear.


This is not a joke; someone will call you by phone or will speak to you about something that you were waiting to hear. Do not break!


There comes a point in your life when you realize:


Who matters,


Who never did,


Who won't anymore...


And who always will.


So, don't worry about people from your past,


there's a reason why they didn't make it to your future.

One heart One Love One Day!

Sekilas mata hati...

Andai kata terlihat pandangan dihadapan kita untuk terus maju,usahlah kita terlupa apa yang telah berlalu,kerana ia tetap menjadi pengalaman dan pengajaran kita nanti

Banyak manusia hanya mampu memberi kata namun tak mampu memberi makna...

Fikir-fikirkanlah...

Put ourself in other people shoe???

Hmmm...apa kena mengena 'kasut orang lain' dengan diri kita?

Maksud sebenarnya ialah, setiap perbuatan / komunikasi / tingkah laku kita terhadap orang lain perlulah menjaga sensetiviti mereka.

Sensetiviti bagaimana? Yang bertempat dan bersesuaian la...kalau melampau, dah bukan sensetif namanya, tapi 'selfish'...

Kita bertindak, dengan menjiwai orang lain, barulah kita boleh menjalin satu sinergi yang tak kan dapat dengan sendiri kalau kita sendiri tak nak...

Contohnya: Ada seseorang perlukan bantuan kita, tapi kalau layanan kita tu tak dapat menyelesaikan masalah dia dan tidak ikhlas dan mencaci lagi, maka berkemungkinann besar kita tak merasai kesulitan diri oran gyang memerlukan bantuan itu. Kalau kita ditempat dia? fikirkan la...

Susah sebsnarnya kalau tak 'betul-betul' dalam kehiduapan ini...Pelbagai raham , kaum dan perbezaan antara kita.

Tapi kalau kita positif, memang inilah tujuan Allah buat kita berbeza...

Kenapa?

Supaya sesama insan itu saling mengenali dan memahami antara satu sama lain...(dinamic in life)

Kesimpulannya, setiap rantaian kehidupan sesuatu yang berlaku pada diri orang lain, satu masa mungkin kita juga akan berada ditempat mereka...

Isnin, 19 Oktober 2009



PERJUANGAN...
Ucap satu kata tentangan pada angin yang kecang ketika perahu tergoncang...
Ucap satu kata kepastian pada bimbang yang mengembang ketika cita ada di persimpangan...
Tapi,
Jangan ucap satu katapun tentang kekalahan jika perjuangan belum sampai...
Selama hidup belum usai...


Jumaat, 2 Oktober 2009

Skala ritcher???Bagaimana perlu dihadapi...



APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA GEMPA BUMI???


Sekiranya anda di dalam bangunan:


• Tinggal kekal didalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja yang tegus (kukuh) dan tempatkan diri anda di belakang pintu atau satu sudut. Bergerak sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berskruktur atau sebelah dalam bangunan ia kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impal yang jatuh) dimana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk keadaan dimana bangunan runtuh disekeliling anda.


• Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga, lain-lain objek berat yang boleh mengelungsur and jatuh. Gerakkan bergulung boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.


• Peluk sesuatu (kot,selimut,buku, akhbar,kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah sarap dan serpihan kaca.


• Jangan menggunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.


• Padamkan semua api

 
Sekiranya anda diluar bangunan


• Pindah kekawasan terbuka dengan berhati-hati jauhkan diri daripada talian kuasa, tiang eletrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar dari sampah sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi dari talian eletrik yang jatuh.


• Tinggal kekal di kawasan terbuka sehingga gegaran berhenti


Sekiranya di dalam stor yang sesak.


• Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lain mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan banggunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.


• Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh
 Sekiranya di dalam banggunan tinggi


• Berlindung dibawah meja atau perabot seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap


• Jangan tergesa-gesa keluar kerana memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.


• Adalah lebih baik mencari keselamatan dimana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian meninggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan


• Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.


• Tinggal kekal dalam banggunan yang sama


Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan


• Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk merlindungi diri daripada batu bata, kaca, kepingan sampah dan simen yang jatuh


Sekiranya di dalam kereta yang sedang bergerak


• Berhenti kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walaubagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh di atas anda.


• Tinggal di dalam kereta sehingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu benteng yang selamat untuk menilai situasi anda.


• Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwasapada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa seperti objek yang sedang jatuh, wayar eletrik yang terpendam atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

Sekiranya petunjuk ini adalah satu peringatan kepada dunia, maka hendaklah aku sentiasa beringat, nikmat dunia mudah ditarik balik dan usia yang semakin pendek hari demi hari...Wallahualam

Isnin, 28 September 2009

Ops Sikap Ke-20 @ Aidilfitri 2009!!!





Hari Raya semua orang gembira,
Miskin Kaya tak kira bangsa...
---------------> Dendangan raya di atas boleh menjadi tangisan hiba...

Akhbar Metro hari ini melaporkan Ops Sikap Ke-20 (aidilfitri 2009) hingga semalam telah mencatatkan angka kematian seramai 261 ORANG MAUT...

Berbanding Ops Sikap ke-17 (aidilfitri 2008) pula mencatatkan 208 ORANG MAUT pada hari yang sama..

Laporan juga menyatakan jenis kemalangan melibatkan:
Jln bandaran- 388 kes
Jln persekutuan- 284 kes
Jln negeri- 152 kes
Lebuh raya- 68 kes
Jln lain- 39 kes

Kemalangan tertinggi dengan MOTOSIKAL masih mendahului jumlah senarai korban dengan 12 kematian, diikuti lapan pengguna KERETA dan tiga melibatkan PEJALAN KAKI.

Adakah Malaysia yang telah menuju ke Wawasan 2020 kehilangan banyak nyawa hanya di jalanraya?
Adakah jalanraya atau pengangkutan yang menjadi masalah?
Adakah sistem perundangan yang tidak berkesan?
Ataupun datangnya daripada faktor diri manusia itu sendiri?

Anda bayangkan...

Bagaimana sekalipun, satu langkah yang terbaik perlu dilaksanakan segera oleh semua pihak agar musim perayaan tidak menjadi medan pertumpahan darah dari tahun ke tahun...

Antara cadangan yang boleh diambil:
1.Meluaskan kempen jalanraya bermula peringkat kanak-kanak seumur 7 tahun
2.Memperbanyakkan program jalanraya disemua peringkat secara berterusan
3.Dakwah agama yang tidak putus-putus
4.Melaksanakan program undang-undang lalulintas diseluruh pusat pengajian
5.Membuat kajian terperinci oleh pihak akademik dan ilmuan
6.Mewujudkan satu teknologi yang membantu dalam fungsi kenderaan
7.Mewajibkan kenderaan akan datang mempunyai piawaian keselamatan yang tinggi-mampu milik
8.Pihak berkenaan membuat audit berkala di atas laluan yang merbahaya risiko kemalangan
9.Menetapkan satu garis panduan dalam kelas memandu yang lebih rohaniah dan tidak praktikal semata
10.Membuat satu badan khas yang akan memantau dan memberikan laporan kepada pihak berwajib mengenai perancangan dan perlaksanaan dalam menghadapi hari perayaan utama yang boleh menyebabkan risiko kemalangan dari semasa ke semasa.

Akhirkata sebagai rakyat yang perihatin, kita tidak harus menunding jari kepada sesiapa dalam menyelesaikan isu ini, kerana ini adalah isu bersama dan perlu ditangani bersama...Anda adalah anda yang menentukan baik buruk yang anda hendak pilih...OPS SIKAP ANDA!!!

Selasa, 22 September 2009

Cegah dahulu sebelum...???


Selsema babi (H1N1) semakin hari semakin meningkat...

Hanya statistik yang hanya dapat dikira...
Tapi ramuan ubat?
Masih menghitung hari dan keadaan...

Kajian untuk menghasilkan ubat,mengikut kajian mengambil masa 6 bulan sekurangnya untuk siap...Ubat oh ubat,vaksin oh vaksin...

Namun ia belum tentu berkesan kerana banyak yang perlu dikaji...

Dalam Al-Quran juga telah ada pelbagai contoh yang boleh diikuti mengenai wabak...

Dalam sains pula membuktikan Al-Quran,

Antaranya:

-Dalam sains,basuhlah tangan jika ada simptom pada diri atau orang disekeliling yang bersin...
-Dalam Islam,daripada dulu kita perlu menjaga kebersihan...


Ambillah wudu' 5 kali sehari,
Bukan setakat tangan sahaja...


-Dalam sains kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk
membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting
meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

-Dalam Al-Quran,berwuduklah kamu jika sedang marah.Marah syaitan punya angkara.Syaitan
itu api,api lawannya air...

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Lihatlah dunia....

Betapa kuman/bakteria dapat dicegah dengan air...Pentingnya air,sehinggakan 75-80% bumi adalah air...

Seharian,kita pastikan jasad kita ini sentiasa bebas daripada segala ancaman penyakit...Terutamanya jangkitan yang boleh merebak daripada manusia ke manusia,haiwan ke haiwan dan haiwan ke manusia.

Tambahan dengan menularnya H1N1 gelombang kedua yang sedang aktif membunuh secara senyap...

Raya-raya juga,pastikan jaga kesihatan anda untuk hari esok...1 kesihatan 1 nyawa...
Berdoalah pada Yang Maha Mengetahui...
Nothing's impossible...If...?
We always pray and need from Allah S.W.T...Amin

Ahad, 20 September 2009

Aidilfitri to muslim of the world...

Assalamualaikum semua....

Sempena syawal yang menjelma ini,
Tiada erti jika kemaafan itu tidak diinsafi,
Aidilfitri yang datang setahun sekali,
Membawa seribu erti,

Bagi mereka yang bersyukur ke-hadrat Illahi...

Sedihnya ramadhan yang berlalu pergi,
Bagi mereka yang melalui tanpa intipati,
Gembiranya mereka yang melabuhi ramadhan dengan menginsafi...
Setiap daripada kita harus bersyukur kerna masih di sini...


Namun,

Bagi mereka yang tidak berkemampuan dan telah tiada jangan dilupai...
Sesungguhnya tiap yang bernafas daripada kita berhak merai...
Semua insan harus beraya dengan mensyukuri...
Persengketaan dan pertelingkahan kita harus dilupai...

Jadikan ramadhan kali ini menjadi momentum kebangkitan Islam seantero dunia...

Salam aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin Buat Umat Islam sedunia,
Moga kita sentiasa dirahmati dan dilindungi selalu...
Amin Ya rabbil alamin...

Sesungguhnya aku berasa cukup bahagia dalam hidup ini yang sedang meniti titian duniawi Bersama insan yang cukup memahami dan memberi hati buatku hingga nafasku terhenti...

Khamis, 17 September 2009

Sinergi kerjasama dalam genre kehidupan???


Satu hari nanti,pastinya kita akan berhenti bekerja dengan manusia...

Tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir...
Manusia terbahagi kepada dua jantina utama iaitu lelaki dan perempuan.Semestinya ada perbedaan antara genre ini yang mempunyai kehendakkan berdasarkan ciptaan azali lagi...Apa yang diperlukan masing-masing antara mereka dalam alam percintaan?

1.Wanita perlukan perhatian, namun lelaki perlukan kepercayaan
2.Wanita mudah difahami, lelaki mahu diterima seadanya
3.Wanita perlukan rasa hormat, lelaki perlukan penghargaan
4.Wanita perlukan kesetiaan, lelaki perlukan kekaguman
5.Wanita perlukan penegasan, lelaki perlukan persetujuan

Adakah ia suratan atau kebetulan???Fikir-fikirkan yang mana terbaik untuk anda nilai kenyataan ini...Sesungguhnya ciptaan keduanya mampu bersama untuk satu sinergi dalam kehidupan.Perbezaan bukan penghalang tetapi satu kekuatan dalam kehidupan ini.



Isnin, 14 September 2009

C.I.N.T.A

Cinta
Itu
Nyawa
Terpatri
Abadi

Seharusnya secebis kasih-MU membawa berjuta impian dan harapan dalam melayari kehidupan yang penuh tanda tanya?

Tidak siapa yang mampu menilik kehidupan hari esok,Tak siapa...Tak siapa sekalipun...

Kisah yang dicari tidak mudah kacangan untuk dilalui, kerana

Tersilap langkah kaki, terlajak perahu di perairan,

Tajamnya bagaikan tusukan duri, menongkah arus yang deras,

Namun jika ia mampu dilalui sebagai cabaran dan dugaan Illahi,

Ia tetap direstui-NYA dan akan menjadi sirah bahagia dalam kehidupan ini...

Seharusnya Kau & Aku lebih mengerti apa erti ciptaan ini,

Asmaraloka daripada setiap hikmah yang berlaku,

Akan menjadi pegangan abadi selamanya...

Indahnya syurga benda ghaib yang tidak dapat dilihat dihadapan kita kini,

Impian syurga tidak semestinya didakap jikalau usaha mendaki syurga tersasar ke neraka...

Dalam kehidupan ini sehebat manusia hadirnya dengan izin-NYA,

Cuma yang penting jadilah pelakon di atas jalan cerita azali dan syukuri nikmat-NYA...

ALLAHUAKBAR!!!!

Ahad, 13 September 2009

Mutiara kata:
Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir..

Isnin, 31 Ogos 2009

Buat apa nak kahwin??? Version 2...

Sahabat Mu'adz bin Jabal berkata: "Solat orang yang sudah menikah lebih utama daripada empat puluh rakaat solat orang yang belum menikah."

Sahabat Abdullah bin Abbas ra. Berkata: "Kahwinlah kalian kerana sehari bagi orang yang sudah kahwin lebih baik daripada ibadah seribu tahun."

Manfaat nikah adalah menyelamatkan pandangan dari kecerobohan, memelihara farji dan mengharap keturunan yang lebih baik. Juga mampu membersih hati, menguatkan tekad untuk beribadah dan beristirehat. Dapat mengatur rumah tangga sampai berusaha keras untuk melatih diri agar merasa cukup. Kaya harta juga termasuk manfaat nikah.


Abul Abbas Al-Wansyarini dalam karyanya berjudul Nawazilil Barzali, mengungkapkan bahawa seorang Syekh yang soleh, Abu Bakar Al-Waraqi berkata: "Setiap syahwat dapat membekukan hati, kecuali syahwat untuk senggama. Syahwat untuk melakukan senggama ini dapat membersihkan hati. Oleh itu para nabi melakukan senggama."

Sabda Rasulullah saw, "Wahai segenap pemuda, barang siapa mampu memikul beban keluarga, maka nikahlah. Di dalam riwayat lain: barang siapa mempunyai wang mas kahwin, maka kahwinlah. Dan barang siapa mampu memikul beban keluarga, maka nikahlah. Kerana sesungguhnya kahwin itu lebih dapat menahan pandangan dan menjaga kehormatan. Sedangkan barang siapa tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu merupakan benteng baginya."


Nabi saw bersabda: "Nikah adalah sunahku. Barang siapa cinta kepadaku, maka hendaklah melaksanakan sunahku."

Nabi saw bersabda: "Barang siapa menikah kerana menjaga diri, maka bantuan (pertolongan) Allah pasti datang kepadanya."
Terjemah Qurratul Uyun.

Ehsan Perdana...

A.i

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..Salam Muhibbah... Akhir ini, sibuk diutarakan A.i iaiti Artificial intelligence di dunia ini... Sedangka...