Isnin, 14 Oktober 2024

PERSONA PERANGAI

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera...


Satu ketika nanti, pasti dunia ini akan dihancurkan,
Setelah fasa-fasa kehidupan seorang insan di dunia,
Dunia untuk laluan perjalanan sementara,
Menuju syurga atau neraka, nauzubillah.

Di mana jiwa-jiwa yang melampaui batas?
Hanya Allah Maha Mengetahui....

Jika tidak mampu menyenangkan di dunia ini,
Janganlah cuba untuk menyusahkan...
Sikap berbalik itulah persona insan di dunia ini..

Wallahualam...

Ahad, 7 April 2024

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang,
Nak tahu luasnya padang, tanya belalang,
Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang

Nak pilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pandai,
Nak pilih pemimpin negeri,
Pertama elok kedua pandai

Sabtu, 10 Februari 2024

FANTASI ITU REALITI

"Ada tidak menambah, Tiada tidak mengurang"

Tapi,

"Work to be seen, Work not to be seen"

Terpenting,

"KeranaMu Allah"

Kerana,

"Dunia ini tempat ujian, Akhirat itu tempat tujuan"

Wallahualam 

Ahad, 14 Januari 2024

Pancaroba...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun berganti tahun,
Skrip dan lakonan baharu,
Sekadar menghiasi duniawi pegun,
Tetap dilayari bahtera bertuju.

Mudahnya kehidupan tanpa cabaran,
Bagaimana pula pencapaian tanpa ujian?,
Sukar ditafsir ketentuan Tuhan,
Usaha terus berdoa pada Tuhan.

Usailah yang dihadapan dengan tenang....
Optimis, Positive, Confidence, Considering

Wallahualam

Isnin, 28 Ogos 2023

5. PENCIPTAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejatera...

Hidup ini satu ujian,
Hidup ini satu perjalanan,
Hidup ini sejarah manusia,
Hidup ini satu persinggahan.

Terus berusaha selagi bernyawa,
Terus positif selagi demi kebajikan,
Terus berani selagi demi kenyataan,
Terus berharap selagi mohon Illahi.

Nothings in the best,
During the best,
Nothings to let,
Do the best.

Insya-allah ok 

Khamis, 15 Jun 2023

MAKANAN TEMURUN-SAMBAL JAWA

Sambal Jawa:
*Bahan-bahan*:
1. 1 kilo daging,
2. 400 g cili hidup (dihiris),
3. 5 sudu makan cili kering yg telah dimesin,
4. 6 biji bawang besar (dihiris),
5. 1 ulas bawah putih (dihiris),
6. 1 ketul halia (dihiris),
7. 1 ketul lengkuas muda (dihiris),
8. 1 ketul gula melaka (diketuk hancur),
9. Sedikit belacan (diramas),
10. Sedikit asam jawa (bersama air garam)
11. Serbuk perasa,
12. Tempe (dipotong kecil,siap goreng),
13. 1/2 kg santan,

*Cara memasak*:
1. Panaskan minyak,
2. Masukan cili hidup,
3. Masukan cili mesin,
4. Tumis hingga garing,
5. Masukan bawang puteh,
6. Masukan bawang merah, halia dan lengkuas,
7. Kacau sehingga sebati sehingga mesra,
8. Masukkan daging dan kacau,
9. Masukan sedikit air dan kacau,
10. Bila daging separuh empuk, masukan air asam jawa yang telah bercampur belacan dan kacau,
11. Masukan garam, serbuk perasa dan gula melaka,
12. Setelah daging empuk, masukan santan, kacau sehingga sebati dan akhir masukkan tempeh yang telah digoreng.

Sekian, terima kasih..selamat maju jaya👍

Jumaat, 31 Mac 2023

4. SATU RASA JIWA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selagi namanya kehidupan...
Gembira,
Sedih,
Marah,
Teruja,
Lesu,
Dan detik rasa di hati...

Itu la norma kehidupan kepada mereka yang waras...

Salam Ramadhan 31.3.2023


"Mereka yang berjaya dalam kehidupan, sentiasa BERANI ambil RISIKO dan BIJAK mentadbir setiap kemungkinan"

PERSONA PERANGAI

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera... Satu ketika nanti, pasti dunia ini akan dihancurkan, Setelah fasa-fasa kehidupan seorang i...