Khamis, 20 November 2014

Harga bagi sejam kehidupan buat anak...

Renungan utk anggota keselamatan...

ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
Ayah pun berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"

ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira...
ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"

ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.

Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat. Kita seharusnya ingt bahawa mereka sngt memerlukan kita.

Rabu, 19 November 2014

Hari Ini...

Hari ini adalah penentu hari esok...Untuk kita terus berpijak pada bumi yang nyata...
Muhasabahkanlah diri kita ini untuk menggapai segala impian yang dihajati...
Sudah menjadi lumrah alam, setiap insan yang bergelar MANUSIA...
Hidupnya tiada kesempurnaannya...

Dikurniakan kelebihan dan kekurangan, maka setiap insan yang bergelar manusia...
Haruslah pelajari untuk menerima kelebihan dan kekurangan diri sendiri...
Untuk kita buktikan agar suatu hari nanti kelemahan ini akan terbangkit dan kekurangan ini akan tersangkal...

Dalam erti kehidupan ini, janganlah kita takut untuk menilai setiap kekurangan dan kelebihan diri sendiri...
Dan...janganlah kita gusar seandainya ada pihak di luar sana cuba menilai tentang diri kita...
Dan jangan sesekali kita rasa tercabar bila adanya orang sekeliling cuba memberi teguran dan pandangan tentang diri kita...sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu titik permulaan untuk kita mengorak langkah dengan lebih jauh lagi...

Dalam meniti titian hidup ini, jangan kita terlalu yakin dalam berkata-kata, takut kelak...suatu hari nanti...kita tidak mampu untuk berkata-kata...

Bila kau sudah hampir menuju ke mercu, jangan kau toleh ke belakang lagi...
Jadikan apa yang terjadi pada hari ini sebagai satu rencana hidup untuk kau terus bangkit dan bangkit...
Jika setiap apa yang dilakukan jika disertakan dengan akal fikiran, iman, dan taqwa..nescaya hidup kita akan hampir mencapai kesempurnaannya...

Doa seorang teman itu akan sentiasa mengiringi kejayaan teman-temannya dan kejayaan teman-temannya adalah kejayaanhya jua...

28 Mac 2010

Rabu, 8 Oktober 2014

Nilai sebatang mancis....

��������������������
SEBATANG POKOK DAPAT MEMBUAT JUTAAN BATANG MANCIS,

�����������������TAPI SATU BATANG MANCIS JUGA MEMBAKAR JUTAAN POKOK.

⛔ ✅✅✅✅✅
JADI, SATU FIKIRAN NEGATIF DAPAT MEMBAKAR SEMUA FIKIRAN POSITIF.

������������������
MANCIS MEMPUNYAI KEPALA, TETAPI TIADA OTAK,

��������
OLEH ITU SETIAP KALI ADA GESEKAN KECIL, SANG MANCIS
TERUS TERBAKAR.

������
KITA PULA MEMPUNYAI KEPALA, DAN JUGA OTAK,


KITA TIDAK PERLU MUDAH TERBAKAR MARAH HANYA KERANA GESEKAN
KECIL.


KETIKA BURUNG HIDUP, IA MAKAN ULAT,


KETIKA BURUNG MATI,
ULAT MAKAN BURUNG.

������
WAKTU TERUS BERPUTAR.
KITARAN KEHIDUPAN TERUS BERLAKU.


JANGAN MERENDAHKAN
SESIAPAPUN DALAM HIDUP,
BUKAN KERANA SIAPA MEREKA, TETAPI
KERANA SIAPA DIRI KITA.

����
KITA MUNGKIN BERKUASA TAPI TUHAN LEBIH BERKUASA DARIPADA
KITA.

����
WAKTU KITA SEDANG BERJAYA, KITA RASA RAMAI TEMAN
DI SEKELILING KITA.


WAKTU KITA SUSAH, BARU KITA KENAL SIAPA SAHABAT KITA.

  ����
DAN WAKTU KITA SAKIT, BARU KITA TAHU BAHAWA NIKMAT SIHAT ITU SANGAT BERNILAI, JAUH MELEBIHI HARTA.


KETIKA KITA TUA, KITA BARU TAHU BAHAWA MASIH BANYAK YANG
BELUM KITA KERJAKAN.

������
DAN, SETELAH DI AMBANG AJAL, KITA BARU
TAHU BEGITU BANYAK WAKTU YANG TERBUANG SIA-SIA.

��������
HIDUP TIDAKLAH LAMA,
SUDAH SAATNYA KITA BERSAMA-SAMA
MEMBUAT HIDUP LEBIH BERHARGA.

����������������
SALING MENGHARGAI, SALING MEMBANTU DAN MEMBERI,
JUGA SALING MENYOKONG.
JADILAH TEMAN PERJALANAN HIDUP YG TANPA BANYAK SOAL DAN
SYARAT.


BELIEVE IN "CAUSE AND EFFECT"
APA YANG DITABUR,
ITULAH YANG AKAN KITA TUAI ....

Ahad, 5 Oktober 2014

Salam Aidiladha 2014

��Selamat      ��✨      
                 ✨��Menyambut   
       ��✨ �� ��AiDiLAdHa��      
               __|  |_______
             /__________/_\
����  | 四 |目| 四 |目|  ����
╭⌒╮ ��╭⌒╮✨
✨╭⌒╭⌒╮╭⌒╮✨
,✨︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣✨n
╬ ︱田︱田 田 ︱╬╬╬
����..����������
Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..

Khamis, 2 Oktober 2014

FANTASI ITU REALITI

"Ada tidak menambah, Tiada tidak mengurang" Tapi, "Work to be seen, Work not to be seen" Terpenting, "K...