Selasa, 27 Ogos 2013

Salam syawal dan salam sejahtera sekalian manusia....

Sebelum coretan ini dimulakan, marilah kita mendoakan semoga roh mereka yang telah ke rahmatullah berada dalam keadaan terbaik dan agar kita yang mempunyai peluang dan ruang di dunia ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayahNya...

Saban hari ada sahaja pertumpahan darah di sana sini...semuanya melihatkan kerakusan manusia dalam memastikan dunia ini tiada belas ihsan. Adakah manusia itu tiada akal dan perasaan...?

Ataupun dunia ini sudah tiada keadilan? Sedangkan akal ciptaan Allah adalah anugerah yang tidak ada apa pun yang setanding dengannya. Namun demikian nafsu adalah cabaran akal untuk bertindak waras...

Fikirkan la saudaraku di mana kita pada esok hari?

Wallahualam

Selasa, 13 Ogos 2013

Detik pertemuan berakhirnya sentuhan masa itu...

Sekejap bertemumu amat cukup bererti buatku,
Dapat melepaskan rinduku, menatap auramu...
Sentuhanmu memberi semangat yang zahirnya membuat diriku bersyukur kepada Nya...

Acap kali sendirian,
Sedetik bersamamu bermain difikiranku...
Hening malam dipenuhi senyuman dan tangisan kesyukuran...
Keindahan malam mu membangkitkan senangat bersyukur...
Detik suka-duka mengharungi perjalanan bersamamu,
Amat terang menyuluh cahaya kegelapan dalam mencari malam 1000bulan...

Alangkah indah sentuhan waktu itu dalam kenangan abadi...
Kenangan impian, cinta dan harapan...
Hanya padaMu wahai Maha Pencipta...
Tiada tolok bandingan, sentuhan masa ini,
Semoga ramadhan yang berlalu menjadi ukuran ramadhannakan datang...

Aku bersyukur dalam menjalani ibadah puasa dalam ramadhan...
Kini tiba syawal bulan kemenangan yang dijanjikan...

Allahuakbar! Walillahilham....

Aidilfitri! Maaf zahir dan batin!

Assalamualaikum....semoga aidikfitri disambut dalam keredhaan dan kesederhanaan...

Semoga ramadhan akan datang menjadi mioik kita semuanya...

Amin

Isnin, 10 Jun 2013

Doa Seorang Pegawai Bomba (Versi Melayu)

Assalamualaikum wbt...
Terjemahan dan gubahan daripada versi "The Fireman's Prayer"...

Apabila aku dipanggil untuk bertugas,
Apabila api mula menjadi marah,
Ya Tuhanku!
Berikan aku kekuatan untuk menyelamatkan kehidupan itu,
Tidak mengira apa usia yang ada disitu.

Bantulah aku untuk menyelamatkan seorang anak kecil,
Sebelum ia terlalu lewat,
Atau mereka yang tua disitu,
Dari ditimpa musibbah yang tak diingini.

Jadikan aku lebih berjaga-jaga,
Untuk mendengar jeritan yang paling lemah,
Jadikan aku bertindak dengan cepat dan cekap,
Untuk keluar menyelamatkan nyawa dari api.

Dengan rahmatMu,
Berikan yang terbaik kepada aku,
Untuk menjaga masyarakatku,
Dan melindungi harta benda yang ada.

Sekiranya takdir Mu,
Aku perlu berkorban nyawa,
Aku mohon kepadaMu,
Lindungilah anak dan isteriku...

Ahad, 9 Jun 2013

Kata Semangat Laungan Juara...

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah...

Sekadar perkongsian pengalaman..,

Bagi mereka yang aktif dalam bersukan, sudah pasti memerlukan semangat juang yang tinggi. Tak kiralah dalam apa jua lapangan sukan, semestinya mental dan fizikal sesorang ahli sukan itu perlu ditahap yang tinggi.

Namun demikian, mental sekiranya tidak sekuat fizikal, sudah pasti kita mempunyai konflik dalam menguji diri dengan sukan itu. Sebagai contoh, keadaan gelanggang yang hiruk-pikuk di luar gelanggang sudah pasti menjadi musuh dalam pertandingan itu. Ada ahli sukan yang hebat, tetapi gagal dalam menghadapi cabaran mental penyokong lawan di luar gelanggang.

Sudah pasti ini menjadi satu faktor dalam mengundang kekalahan yang berpunca daripada diri sendiri. Oleh demikian, faktor di luar gelanggang adalah satu faktor yang amat penting dalam pertandingan. Contoh laungan yang boleh diberikan oleh penyokong di luar dalam memberi semangat adalah seperti:

Sehati Sejiwa:

Kami turun ke gelanggang,
Sehati dan sejiwa...jiwa...jiwa....jiwa...
Go Pahang Go! Go! Go!

Ayuh Tok Gajah,

Ayuh...Ayuh...Ayuh...Tok Gajahku...
Hari ini kita mesti menang...

Kalahkan musuhmu..
Ha..re...Hare...Ho...

Kalahkan musuhmu pahlawanku....

OOOOoo...Tok Gajah...
OOOOoo...Tok Gajah...

Hareha...Ho...

Hogoh! Pahang Hogoh!....

Khamis, 6 Jun 2013

Kekalahan Bukan Ukuran Kemampuan!

Assalamualaikum dan Salam Isra' Mikraj...

Setiap apa yang kita lakukan di atas dunia ni ada assabab yang memang Allah berikan sebagai pendorong ketentuanNya...

Janganlah kita beriya sangat hilang selera dan beremosi sekiranya ditimpa kekalahan dalam pertandingan duniawi...

Ayuh, jadikan cabaran dalam dugaan kekalahan sebagai motivasi dalam memperbaiki diri menjadi yang terbaik daripada kalangan terbaik sebagai juara pada masa akan datang! Insyallah!

Selasa, 4 Jun 2013

The Fireman's Prayer

When I am called to duty,
God whenever flames may rage,
Give me the strength to save some life,
Whatever be its age.

Help me to embrace a little child,
Before it's too late,
Or some older person,
From the horor of that fate.

Enable me to be alert,
And hear the weakest shout,
And quickly and efficiently,
To put the fire out.

I want to fill my calling,
And give the best in me,
To guard my neighbour,
And protect his property.

And if according to Your will,
I have to lose my life,
Pless bless with Your protecting hand,
My children and my wife.

Selasa, 21 Mei 2013

Ilmu dunia dan masa???

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah.... Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok menjadi lebih baik daripada hari ini buat kita semua..hidup hanya sekali! Perkongsian bersama; “TEMPOH 14 HARI ADALAH ADALAH JANGKAWAKTU YANG DITERIMA SECARA UNIVERSAL SEBAGAI TEMPOH YANG MUNASABAH BAGI OTAK MANUSIA SIUMAN MENGINGATI SESUATU PERKARA ATAU HAL YANG LAZIM DALAM KEHIDUPANNYA” Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu , sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga. ”(H. R Muslim) Semoga kita memperolehi keberkatan dan keredhaanNYA di dunia dan akhirat dalam medan perjuangan ILMU ini. Wallahualam...

Rabu, 1 Mei 2013

Selamat Hari Buruh!

--- --- Sent by WhatsApp
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Keringat banyak jatuh terluruh,
Mencari rezeki demi hidup,
Selamat menyambut Hari Buruh!
Moga rezeki berkat dalam hidup...

Ahad, 28 April 2013

Perkara Dunia Yang Sementara...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Adakah kita dilahirkan di dunia ini untuk kekal selamanya?
Jika ia, pasti tiada saat kematian,
Dan jika sementara,apakah tujuan di dunia?
Sudah pasti Allah telah menyediakan ketetapannya.

Sedangkan manusia lalai dan leka mengejar dunia,
Sehingga banyak masa diambil untuk dunia semata,
Manusia memang alpa dan tidak yakin,
Dalam mengejar dunia bagi mendaki akhirat.

Sememangnya dunia hanya sementara,
Manfaatkan perkara dunia bagi kegunaan akhirat...
Peringatan dunia bagi aku!

Selasa, 16 April 2013

Bila Matahari Timur dan Bulan Barat...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Selamat membaca...http://www.hmetro.com.my/articles/Gusarbilajauh/Article Tq

Ahad, 17 Februari 2013

Nafas sejenak....

Apakah yang kita kejar dalam kehidupan?
Impian atau kepuasan?
Adakah ia akan tercapai?
Adakah jalannya berliku?
Bagaimana anda mengatasi?
Adakah anda bersedia untuk gagal?
Siapakah yang ada disisi?
Apakah pegangan yang disanjung?

Pelbagai soalan dalam kotak pemikiran untuk menghadapi kehidupan...

Namun semuanya adalah syarat untuk lebih berjaya,
Kelengkapan untuk menjadi 'khalifah super'...
Kepuasan mengejar impian perlukan sejenak nafas untuk bermotivasi dan bermusahabah diri...

Wallahualam

Mulakan hari dengan Bismillah dan senyuman...

Assalamualaikum wbt...

Sejak hari berganti hari,
Sejak kaki melangkah maju,
Semakin tinggi cabaran dihadapi,
Semakin pastas masa berlalu....

Dalam apa jua keadaan kini,
Yang pasti pentas dunia ini adalah persinggahan,
Untuk hadapi satu tugasan barzakh,
Yakin dan tawakal adalah bekalan untuk lalu di dunia.

Ubat dan kekuatan dalam cabaran?
Jawapannya doa dan senyuman seharian,
Adalah segalanya.
Redah saja apa dihadapan,
Berfikir positif dan matang membuat keputusan,
Berserahlah pada Illahi...

Rabu, 30 Januari 2013

Electricity Safety...???

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Sekadar empunya diri berkongsi kisah di mana muktahir terdapat banyak kes kebakaran yang melibatkan bangunan khususnya. Beberapa faktor boleh menjadi penyebab kebakaran. Paling ketara adalah disebabkan kecuaian dan teknikal daripada penggunaan barangan elektrik dalam bangunan. Antara pengawasan dalam penggunaan perkakas elektrik adalah seperti: Contoh Keadaan Yang Membahayakan • Jangan gunakan plug atau soket yang pecah dan rosak • Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca • Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat • Jangan cuba menggantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam • Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Mauliduurrasul

Musafir lalu di bumi mencari sunah dan ajaran Nabi Junjungan,
Dengan pelbagai ujian,
Datang dengan bertali arus,
Sabar dan yakin,
Demi mencari keberkatan mukmin sejati...

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...