Isnin, 28 November 2011

Banjir oh Banjir....

Assalamualaikum wbt....

Sekadar ingin berkongsi idea dan pendapat. Kepada mereka yang pakar dalam bidang ini bolehlah menjelaskan jika ada maklumat fakta yang lebih jelas dan tepat.

Pertamanya kita yang merupakan bukan daripada golongan pakar, melihat menggunakan ilmu yang terbatas berdasarkan penglihatan dan pemikiran sediri.

Adakah tuan pernah berfikir, geografi dunia kini semakin berubah??? Tidak kira samada benua daratannya, lautan dan juga iklim cuaca yang tidak menentu??? Dan dalam Al-Quran itu sendiri sebagai rujukan kita ada menyatakan rosaknya muka bumi adalah di atas tangan kita sendiri.

Pokoknya sekarang, kita nilai sendiri keadaan yang dekat dengan kita sekarang. Kalau dulu musim tengkujuh, adalah biasa bagi negeri di pantai timur. Sedangkan kini, kesan tengkujuh iaitu banjir boleh berlaku disetiap negeri dalam negara. Adakah ini sebagai petanda hujungnya kehidupan??? Marilah kita semak balik apa yang kita lakukan ke atas muka bumi kita...

Jika dilihat pelbagai perancangan dan kemajuan telah dibangunkan dengan pesat, di samping berlakunya perubahan muka bumi. Bukit ditarah, hutan ditebang, sungai ditegakkan semata atas nama kemajuan. Tidak cukup juga laut ditambak. Untuk apakah ini semua jika kesan negatifnya dapat kembali pada kita???

Bukit ditarah tanpa ada sistem yang terancang menyebabkan struktur tanah makin rapuh, dan kebarangkalian tanah runtuh pasti berlaku.

Hutan ditebang menyebabkan kurangnya tadahan hujan yang baik. Pokok yang menghijau membekalkan oksigen dalam meneutralkan karbon dioksida makin haus ditelan masa.

Sungai yang tidak bersalah ditegakkan menyebabkan aliran air sungai makin laju. Semakin laju semakin banyak pepejal ampai, keladak dan selut dibawa termasuk sampah sarap. Akhirnya jika tidak dikawal, sungai terhakis lalu aliran tersumbat sebelum ke laut. Sedangkan aliran air yang berliku adalah lebih dahulu wujudnya sebelum pembangunan yang dirancang, jadi bagaimana ia perlu diubah???

Aduh, laut yang terluas bentangnya memberikan panorama pantai yang indah telah ditambak. Jika dasar laut dulunya ditengah lautan, kini menjadi tebing pantai yang merbahaya. Ditambak dan terus ditambak lalu didirikan pembangunan yang berisiko. Ikan di pantai tidak sama dengan ikan lautan dalam. Ekosistem berubah ikan terancam, dasar laut yang esotik hilang ditelan pasir. Akhirnya air semakin laju dilaut, sekali ombak melanda tiada penangkis dan nelayan kecil terus menangis. Sungai yang dulunya mudah dan pendek mengalirkan air ke laut menjadi jauh. Jika air laut pasang dan berombak besar, air dari daratan pula tidak dapat mengalir ke laut.

Sesungguhnya kalifah yang bijaksana dalam bidang masing-masing adalah penentu keharmonian dan keamanan dalam setiap kehidupan. Marilah kita berdoa agar kita sentiasa menjadi insan yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Kehidupan yang indah di alam ini dicorakkan oleh tangan kita sendiri. Allah SWT itu adalah Maha Pencipta yang Maha Mengetahui...

Sabtu, 26 November 2011

Bayu hijrah di Muharam 1433H...

Salam Maal Hijrah kepada Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT...

Sekilas angin bayu menghembus embun pagi semalam...
Dinginnya terasa hingga ke tulang damainya...
Namun sekilas bisa amat mencengkam dikalbu...
Lumrah kehidupan mana yang tidak teruji???
Teruji bagai bayu mata angin yang dituju-tuju ke semua arah...
Bagai bayu menjadi angin lalu menjadi ombak ditepi pantai...
Akhirnya tidak terkawal menjadi bencana seolah tsunami...

Tapi,

Bayu angin yang meniup marak api,
Cukup memadai memadam api lalu menjadi Nur indah menyemai bunga...
Bunga disanubari mampu memberikan makna kehidupan kita...

Dan,

Kadang-kadang angin bayu yang meniup awan mendung tetap selubungi langit...
Kerna itu proses kehidupan dilangit antara geserab sang bayu dan awan...
Itulah ibaratnya persefahaman dituntut dalam kehidupan duniawi ini...

Sesungguhnya...

Bayu hijrah adalah titisan perasaan cinta pada kehidupan yang dinikmati dan dirasai oleh insan yang tercipta dan diciptakan oleh Allaw SWT...
Aku doa kau,
Kau doa aku,
InsyAllah selamat dunia akhirat...Amin...

Rabu, 16 November 2011

Belia akhir zaman...

Assalamualaikum...

Sekadar ingin berkongsi fikiran mengenai cabaran belia masa kini. Apa yang kita inginkan sebagai generasi muda? Takhta? Harta? Wanita? Kereta? Ini semua mudah dicapai walaupun pelbagai sengketa di dunia. Apa yang susah adalah untuk mencapai nikmat dunia dan akhirat sekaligus. Kita perlu mengimbangi dunia dan akhirat kerana keduanya saling penting bagi menjadikan kita produk terbaik di dunia dan akhirat. Sesungguhnya kebenaran serta keadilan sentiasa mengiringi kejahilan dan penipuan. Tekad bersemangat kerana benar, kendur bersemangat terus mundur...ayuh belia masa kini tetapkan misi dan visi dunia dan mantapkan iman dan taqwa...!!!! Bukan kau tapi aku yang perlu mula!!!

FANTASI ITU REALITI

"Ada tidak menambah, Tiada tidak mengurang" Tapi, "Work to be seen, Work not to be seen" Terpenting, "K...