Isnin, 22 Mac 2010

Over weight???

Ikut kajian berikut adalah komplikasi penyakit (anda berisiko tinggi) jika berat anda berlebihan:



1) Diabetes peringkat ke-2 (mustahil sembuh)
2) Darah Tinggi (Harapan Tipis)
3) Coronery Artery Desease dan stroke (kematian hampir)
4) Osteoartritis ( Sangat menyakitkan)
5) Canser (Kematian Hampir)
6) Sleep Apnea (Kematian Hampir)
7) Komplikasi Mengandung & Bersalin.

"Makan untuk hidup dan hidup bukan untuk makan"

Khamis, 18 Mac 2010

Doa SI Qalbu...

Qalbu....
Wahai hatiku....Ikhlaskan niatmu...Dalam menuntut ilmu....
Hormatilah guru......Juga ibubapamu......Dalam mencapai impian mu...
Wahai hatiku........ Niatmu perlu suci.......Dalam perjuangan......
Wahai hatiku.......Tingkatlah imanmu........Dalam menempuh dugaan...
Wahai hatiku...... Berhati-hatilah kamu......Terhadap ujian dunia......
Wahai hatiku......Tingkatlah amalmu......Semoga kamu diredhaiNya.....
Wahai hatiku........Amallah sunnah Nabi......Semoga kamu dirahmatiNya...
Wahai hatiku......Sedarlah kamu......Sebelum kamu dimatikan......
Wahai hatiku.......Ingatlah pada mati.......Kerana itu yang terbaik.......
Wahai hatiku....... Zikrullah kamu.......Dalam tatacara hidupmu........
Wahai hatiku.......Bersihlah anggota kamu......Dengan bersujud merendah diri.......
Ya Allah,Ya Tuhanku.....Ampunilah dosa-dosaku......Semoga aku diterima oleh kamu.........

Kisah Cinta Cicak...

Kisah Cinta Si Cicak



Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan satu

tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok

yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui

seekor cicak yang terperangkap diantara ruang kosong itu kerana kakinya

melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata

paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.


Apa yang terjadi?

Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan
terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa

bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama

10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!
Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa
yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian,

tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!


Orang itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain

yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan

pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat
dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti

memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang

kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir

tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara

lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi,

akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak

peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap

dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.


JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

Khamis, 11 Mac 2010

Kayuhan dihujung dunia...


Sebenarnya kehidupan kita,bagaimana bentuknya,adalah dibentuk oleh jalan fikiran kita,maka terpulang kepada kita mahu rasa senang atau susah.Tepuk dada tanya selera. Perahu sudah di air,pengayuh sudah ditangan,mahu berkayuh menuju destinasi hidup yang lebih baik, meggembirakan atau tinggal tanpa usaha berusaha membaiki diri dalam meghadapi cara hidup yang mencabar sekarang..

Kayuhan dihujung dunia yang semakin hampir ke tepian...

Isnin, 8 Mac 2010

Pertembungan Kehidupan dan Pengorbanan ?

-Setiap daripada kita sentiasa inginkan sesuatu yang bermakna dan bahagian sentiasa...
-Hanya orang yang tidak waras sahaja yang tidak mampu berfikir apa yang wajar...
-Semua orang hanya memikirkan 'Apa Pengorbanan' orang lain kepada mereka?
-Sedangkan. tidak memikirkan 'Apa Pengorbanan' dia kepada orang lain?
-'Apa Pengorbanan' negara kepada mereka,
-Dan tidak memikirkan 'Apa Pengorbanan' dia kepada negara?
-Erti kata lain hanya memikirkan kepentingan diri sendiri daripada memikirkan orang lain.
-Mutakhir ini virus ini mula merebak dalam kehidupan kita,
-Bagaimana kita hendak membetulkan yang salah ini?
-Jawabnya mudah, jika kita sentiasa memikirkan soal kehidupan ini adalah sementara,
-Sedangkan akhirat nanti kekalnya abadi...
-Pengorbanan tidak perlu dibalas manusia,
-Kerana ia terbalas sendirinya dengan hati ikhlas dan tinggi tempatnya dengan Maha Pencipta.


Sukar diperkata,
Jika hidup hanya memikirkan 'Apa Pengorbanan' orang lain kepada kita, tanpa memikirkan 'Apa Pengorbanan' kita kepada orang lain...Walaubagaimanapun, jika tiada pengorbanan bukanlah kehidupan namanya...

Renungan bersama...

Khamis, 4 Mac 2010

Siapa Dulu...?


-Apa yang dimaksudkan 'Siapa Dulu' dalam entri ini banyak maknanya.
-Tiada siapa yang perlu menjadikan ini masalah / isu besar dalam kehidupan.
-Setiap daripada kita, tidak kira jantina ada peranan masing-masing sebagai khalifah dunia.
-Dari azali lagi taat janji telah termeterai antara manusia dengan Maha Pencipta.
-Cuma kadang-kadang kita alpa, dan sering menyalahkan Lelaki / Perempuan / Khunsa.
-Sedangkan mereka itu telah tercipta seadanya, dan tidak perlu dipertikai kelahirannya bagaimana.
-Cuma yang mana kurang perlu dilengkapi antara satu sama lain dalam merealisasikan kehidupan.
-Nah, terbukti sudah tidak perlu ada pertikaian, pergaduhan genre, permusuhan sesama kita.
-Kerana setiap yang wujud ada misi dan visi yang berbeza tetapi mempunyai matlamaT yang sama.
-Iaitu menjadi khalifah yang bertanggungjawab dalam memastikan dunia ini penuh dengan keadilan saksama.

Kesimpulannya :

1."JANGAN HANYA MAMPU MENILAI ORANG LAIN JIKA DIA TIDAK SEKUFU DENGAN KITA, TETAPI BERSAMALAH MEMAHAMI UNTUK MERCU KEHIDUPAN YANG HARMONI."

2."PERISTIWA LALU ADALAH MIMPI HARI INI ADALAH REALITI DAN ESOK ADALAH HARAPAN INDAH, BAGI MEREKA YANG MENGERTI APA ERTI CIPTAAN MEREKA DI MUKA BUMI INI."

KEPIMPINAN

Nak tahu panjangnya sungai, tanya seluang, Nak tahu luasnya padang, tanya belalang, Nak tahu banyaknya ikan, tanya memerang Nak ...